Hidup ini sukar. Sesukar-sukarnyAAAaaaa.. haha. yela, tak hidup la kalau semua benda senang je kan? Jadi sultan pun banyak tanggungjawab. Jenuh nak pikul. Apatah lagi kita yang orang biasa sahaja. Baru je habis final semester aku awal januari hari tu. Sekarang tengah cari kerja. Hmmm... Mak aku plak tak bagi duduk jauh-jauh. Biar duduk sini je kat kampung. Kampung pun tak ada la kampung sangat. Duduk kat bandor juge kat Perak ni. Haizz.. tapi sini, gaji tak ada la mewah macam kat Keyel tu. Bagi aku, RM900-RM1K pun dah kire okla tu, sebab duduk rumah je, makan minum abah provide. bill semua mama abah bayar. Haha. Minyak krete pun abah topup. =.=" Jadi la kalau nak kumpul duit dalam setahun ni untuk kahwin sahaja. Tapi.... nak cari kerja yang payah tu .. hmm..
Aku memang dah putus asa dah nak teruskan ngan cita-cita aku dalam seni. Punah harapan. Huhu..haritu baru ada semangat sikit nak berkarya. Tapi ... tak ada orang yang sokong minat aku. Bukan senang nak berkarya kalau dah kerja nanti. Nak berkarya memerlukan banyak masa untuk mencari ilham, untuk membuat research, untuk mengumpul bahan. Tapi kalau terjual hasil karya, pergh.... dua bulan takyah kerja dah. Duit selapuk macam tu. Aku rasa akulah manusia yang paling malang kalau diceritakan daripada segi mengejar impian.
Apa bezanya realiti dan fantasi?
Satu soalan yang dengan mudahnya membuatkan aku menitiskan air mata. Sebab aku takleh terima penyataan tu. Walau daripada soalan itu tidak jelas apa yang ingin dinyatakan, tapi aku tahu apa yang sebenarnya yang ingin dikatakan. Bahawa fantasi sebenarnya tak wujud, dan hanya sia-sia.
Aku takleh terima, sebab orang lain yang berfantasi seperti aku, dapat apa yang mereka inginkan. Mereka berusaha, mereka tak ada sebab untuk putus asa. Yang bercita menjadi kartunis, sekarang sudah jadi kartunis, iaitu kawan vlogger aku, Aman Wan. Kawan sekolah aku, Faiz, dulu mak dia membantah gila-gila dia nak amik seni, suruh dia jadi cikgu matematik. Aku ingat lagi, dulu dia meluahkan semuanya kat aku. Aku ingat lagi muka sedih dia. Tapi ada dia lupakan cita-cita dia? TIDAK sama sekali. Dia teruskan jugak dalam seni dalam uitm, dan sekarang dah jadi graphic designer yang berjaya. Kenapa... kenapa aku takleh jadi seperti diorang? kenapa??
Dan mungkin aku dah sampai satu tahap, bahawa aku sedar... kadangkala Allah jadikan sesetengah manusia seperti aku, yang wujud di muka bumi ni bukan untuk mengejar cita-cita, tetapi untuk membantu orang lain untuk mencapai cita-cita mereka. Mungkin inilah yang ditakdirkan untuk aku.
Mungkin aku hanyalah seorang manusia yang tak layak untuk bermimpi. Awak, berpijaklah pada bumi yang nyata. Memang hidup ini untuk berkorban. Mungkin pada mulanya kita berkorban, tapi sampai bila? Sampai roh terpisah daripada jasad akan aku berhenti berkorban.
Maybe that's why Allah put me on this earth. To sacrifice for others.
Ya, aku tahu ramai di luar sana yang bernasib baik, yang kaya, yang hidup senang. Tapi aku yakin, Allah dah tunjukkan aku jalan yang terbaik yang harus aku lalui, semua dengan rahmatNya. Syukur, kerana Dia masih ada, kerana Dia masih sayang.
Walau perit, aku harus tabah.
Ini bukan zaman kanak-kanak.
Ini bukan zaman sekolah.
Ini bukan zaman belajar di institusi tinggi lagi...
Ini dunia pekerjaan! Satu dunia yang sangat berbeza, yang sangat mencabar...
Hmm... bukan senang. Aku paling bengang bila orang tanya, "kau tak pergi sini ke cari kerja? sini ke sana ke?" Aduiiihhh... Dah macam-macam aku buat. Dan kadang-kadang cadangan yang diberi itu buat aku meluat, sebab aku seriusly takleh kerja benda yang aku tak minat... Cuba bayangkan apa akan jadi kalau aku kerja kat bakery. Mau hangus semua roti kat kedai tu. OMG, hell. Baru kerja dua hari nanti boss fire aku. HAHahaha..
Oh well... usaha sahaja, dan tawakal. Ada rezeki kerja nanti, ada la tu. Sod Ba Ro... :)