17.5.14

Duit

Ya, memang benar duit bukan segala-galanya dalam dunia ni. Tapi... tanpa duit, hidup turun pada satu tahap menjadi serba kekurangan. Beruntung mereka yang mempunyai kasih sayang. Kerana kasih sayanglah yang menyokong hidup serba kekurangan itu menjadi kuat, sebagai satu benteng daripada serba kemiskinan. Kaya kasih sayang, kaya hati.

Tapi bagaimana keadaanya jika seseorang kehilangan kedua-duanya? Kehilangan sumber kewangan, kehilangan kasih sayang?

Ini cerita aku.

Selama ni hidup serba sederhana mungkin. Sehingga ada teman-teman yang mengatakan aku seorang yang sangat beruntung. Mempunyai segala-galanya. Tapi sejak dua menjak ni, semuanya berubah dalam sekelip mata. Benar, jika Allah nak tarik sesuatu nikmat itu, dengan sekelip mata sahaja ia akan lesap daripada genggaman kita.

Sayang, kasih... makin lama makin menghilang. Begitu juga dengan sumber kewangan...

Aku tak kerja, seorang gadis biasa yang masih belajar, masih duduk di bawah bumbung ibubapa. Belajar di satu universiti kerajaan yang terkemuka dengan PTPTN sebagai sumber kewangan aku. Sejak semester satu di universiti itu, terlalu banyak wang yang aku gunakan untuk menyiapkan tugas-tugasan yang ada. Benar kata-kata seniorku, bidang kesenian merupakan bidang yang termahal, terlalu banyak pakai duit. Sekarang aku berada di semester ketujuh aku, praktikal di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Sangkaan aku, ingatkan tak pakai banyak duit. Rupanya lagi banyak duit nak pakai.

Dengan pengurusan sekolah yang serba tak kena, yang kedekut, kurang kebajikan terhadap guru-guru, aku tidak boleh harapkan pada pihak sekolah untuk membantu daripada segi bahan-bahan mengajar. Semuanya kena keluar daripada simpanan wang sendiri. Dalam seminggu ada 5 kelas. Tiap-tiap kelas ada bahan yang perlu dibeli untuk aktiviti murid. Nak harapkan murid untuk bawa bahan? Hampir kepada mustahil nak harapkan mereka untuk bawa. Ok, mari kita anggarkan, satu kelas perlu berapa banyak duit dalam satu hari:

Photostate nota dua helai untuk 38 murid = 38 X 2 X 0.10 = RM7.60
Kertas warna = RM10
Kertas Mahjong = RM1
Total = RM18.60

Ok, sekarang kalikan dengan 5 kelas seminggu = RM18.60 X 5 = RM93.00
Dalam sebulan ada 4 minggu = RM93 X 4 = RM372
Dalam satu semester praktikal ada 5 bulan = RM372 X 5 = RM1860

RM1860 hanya untuk beli barang untuk mengajar. Itu baru anggaran untuk pengajaran yang guna kertas warna, seni bukan sekadar kertas. Kelas yang menggunakan tanah liat? Satu tanah liat RM1.80. Darab dengan 22 orang = RM1.80 X 22 = RM39.60. Haha... RM39.60 untuk satu kelas.

Itu belum termasuk bil air, letrik, sewa umah yang dianggarkan RM100 sebulan. RM100 X 5 = RM500.

RM1860 + RM500 = RM2360. Oh... lupa pula duit makan minum! Macam mana nak kira tu ya?

Tak perlu kira kot. Selalu makan maggi je. Sekali sekala kawan ajak makan fastfood, okla... layankan.

Duit PTPTN dapat berapa untuk 5 bulan? Dalam RM2300.

RM2300 - RM2360 = -RM60.
RM60 + duit makan + duit minyak + duit emergency + duit keperluan harian = Sumber kewangan kedua.

Obviously sumber kewangan kedua itu parents. Alhamdulillah parents masih sihat dan bekerja. Itupun dah mula ada sakit-sakit orang tua. Tak sampai hati nak susahkan mereka lagi. Mereka pun tak boleh nak tolong sangat, banyak lagi hutang-hutang nak bayar. Tau-tau aje, tak sampai hujung bulan dah tak ada duit.

Kita kembali semula dengan keadaan aku.
Rasa lapar. Rasa sunyi. Dua perkara ini menyedarkan aku betapa aku lupa untuk bersyukur sewaktu aku ada semua tu dulu. Dan dua perkara ini juga menjadikan aku hampir gila. Tiap hari rasa sakit perut je. Tapi nak buat apa? Kalau pinjam duit kawan pun, bila nak bayar balik? I'm broke.

Ye. Memang duit bukan segalanya...
You can say that, because you got love.
What if you got nobody to care bout you?

Makin lama, makin sunyi. Bila kawan-kawan tau kita tak ada duit, diorang tak ajak kuar dah. Sebab diorang tau, kalau ajak mesti kne tolak. Kalau ajak makan, diorang dah tau dah, mesti makan maggi je. 

Dan yang aku paling risau, bila dah tak ada duit, tak ada kawan, aku akan cari 'kawan' lain di luar sana. 'Kawan' yang boleh bagi kedua-duanya. Tapi aku tak nak macam tu. Tapi hati mana yang tak goyah bila diduga begini? Sampai bila nak bersabar?

No one cares anymore.
No one asks if your fine.
They just assume you're fine, when actually you're dying.

Baru-baru ni aku keluar duit daripada tabung haji. Korek habis. The last place left. And you know what happened? The day after ada budak curi RM50 tu. Tak sempat guna pun. And aku sedar masa nak bayar mkn tghari lepas balik daripada sekolah. Nasib baik masa tu ada RM3 kertas dan duit syiling. 
My last meal :(

And now i'm back to RM0.

So now I'm living off of maggi and keropok yang ada.
Hey, I've lived like this before. I can do it :)
Abah call semalam. Dia concerned after dia baca status facebook pasal duit kena curi tu.
I said, "takpe abah, maggi ada lagi. Lagi dua minggu je nak balik kampung". DUA MINGGU JE LAGI.

And he said, "takpe, sementara ni puasa dulu."

Yea dad, puasa dan berbuka dengan biskut. Haha.

:)

I miss you dad. It's awfully lonely here. I have no one here. Please pray i won't find the wrong people to make friends with.

12.5.14

Sakit

Pernah merasa hati terlalu sakit hingga kita jatuh rebah ke tanah, tak berdaya untuk berdiri lagi?
Pernah merasa hati terlalu sakit hingga luka luaran kebas tak terasa?

Seringkali aku rasa begitu. Sakit di jiwa melebihi sakit luaran.

Tapi hari ini, sakit luaran melebihi sakit di hati. Haha!

Sampai ada masalah di jiwa pun, aku tepis ke tepi dengan serta merta, kerana dek tak tahannya dengan sakitku itu. Lumpuh. Ya. Sukar dipercayai seseorang yang seperti sempurna di mata orang, sebenarnya cacat. Aku juga seperti kalian, punya kekurangan sini sana, tapi aku tetap tabah teruskan hidup aku. Sedangkan orang yang lahir tanpa kaki dan tangan pun mampu hidup dengan bahagia, inikan pula aku yang lumpuh sekali sebulan :)

Hati... aku tahu kau sakit, tapi sabarlah. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin dia hadir sebagai dugaan untukmu. Mungkin kau harus berhenti menunggu bulan jatuh ke riba, dan berpaling pada mereka yang tak pernah jemu berada di sisi kau.

Ya, aku tak nafikan... ramai yang menunggu, tapi aku masih begini. Masih menunggu yang tak pasti. Jiwa seolah trauma untuk memulakan perhubungan serius semula. Seolah terasa semuanya suatu penipuan, seolah terasa seperti takkan ada yang akan berakhir dengan pengakhiran yang baik. Pada hakikatnya, hati masih terikat kukuh dengan janji-janji dulu. Hati masih sayang, masih rindu... mana mungkin beralih arah dalam sekelip mata. Tak mungkin!

Aku takut... takut kecewakan orang yang benar-benar sayangkan aku. Perasaan tak boleh dipaksa, walau sekeras mana aku mencuba, aku tetap tak boleh alihkan hati aku. Tiap kali aku cuba, hati aku pasti berkecai, diiringi penyesalan yang teramat sangat. Terlalu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ya, seperti orang lain, aku sangat inginkan orang untuk sayangi diri aku dengan sepenuh hatinya. Memang ada orang-orang seperti itu yang hadir dalam hidup aku, tapi entahlah... perasaan bersalah sentiasa ada, kerana aku tak boleh nak sayangkan mereka balik sepertimana mereka sayangkan aku, dan itu membuatkan aku sedih sangat-sangat :(

Dulu, aku berikan kepercayaan, kasih sayang dan setiaku, tapi semua itu tak ada ertinya.
Mencintai itu senang.
Tapi mencintai orang yang juga mencintai kamu itu sangat luar biasa.

Mungkin... semua itu hanya cerita dongeng buat diriku.
Atau mungkin...mungkin takdir aku untuk berkorban perasaan.

Mungkin aku tak layak memilih.
Mungkin aku perlu ketepikan bahagia sendiri dan tumpu pada membahagiakan orang lain.
Mungkin takdir aku untuk membahagiakan orang lain di dunia ini.

Orang sakit macam aku...tak layak bercinta dengan orang yang aku sayang. Bila fikir balik... betul juga. Aku pun tak nak susahkan orang yang aku sayang untuk jaga aku. Tak adil bagi dia... Jadi mungkin memilih orang yang sayangkan aku itu jalan yang terbaik :(

Cinta... bahagialah kau bersama orang yang benar-benar kamu sayang. Aku relakan kau pergi. Kejarlah bahagia itu dan jangan lepaskan...

11.5.14

Emosi

Hidup kita penuh dengan emosi. Kadang kala kita gembira, kadang kala kita sedih. Yang pasti kita takkan selamanya bahagia, dan kita juga takkan selamanya sedih. Dalam kehidupan ada turun naiknya. Allah jadikan setiap manusia mempunyai rintangannya yang tersendiri. Setiap rintangan sesuai dengan kesanggupannya. Allah takkan duga seseorang melainkan Dia tahu kita boleh melepasinya jika kita sabar :)


Kadang kala kita tengok orang tu diduga dengan dugaan yang ringan, tapi jatuh lemah. Kita ketawakan dia. Kita tak tahu, itu dugaan yang berat baginya. Sudah pasti kita akan diduga dengan dugaan yang jauh lebih berat. Setiap orang mempunyai emosi yang berbeza. Kekuatan seseorang itu juga berubah mengikut sebanyak mana pengalaman yang mereka lalui.

Bersyukur atas dugaan lalu yang kita berjaya lepasi, dan bersedia untuk diduga pada masa akan datang.
Sesungguhnya, dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, dan ia datang untuk meningkatkan iman, meningkatkan kesedaran diri dan memuliakan kita di sisiNya.

Sabar, tabah, kuatkan diri :)

10.5.14

First Post?

Bismillahirohmanirohim... dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sedap kan memulakan apa-apa dengan puji-pujian terhadap Allah? :) yela, kadang kala kita lupa. Seringkali hati terlompat kegembiraan sehingga kita lupa untuk bersyukur, terlupa tentang Dia yang memberikan kegembiraan pada kita. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mengecapi hidup ini, melangkah ke hadapan. Pelbagai rintangan terbuka di depan mata kita, perjalanan hidup yang penuh misteri.

Oh, lupa nak kenalkan diri. Assalamualaikum, nama saya Serikandi Hati :)
Saya nak jadi penyelamat hati awak, boleh?