Pernah merasa hati terlalu sakit hingga kita jatuh rebah ke tanah, tak berdaya untuk berdiri lagi?
Pernah merasa hati terlalu sakit hingga luka luaran kebas tak terasa?
Seringkali aku rasa begitu. Sakit di jiwa melebihi sakit luaran.
Tapi hari ini, sakit luaran melebihi sakit di hati. Haha!
Sampai ada masalah di jiwa pun, aku tepis ke tepi dengan serta merta, kerana dek tak tahannya dengan sakitku itu. Lumpuh. Ya. Sukar dipercayai seseorang yang seperti sempurna di mata orang, sebenarnya cacat. Aku juga seperti kalian, punya kekurangan sini sana, tapi aku tetap tabah teruskan hidup aku. Sedangkan orang yang lahir tanpa kaki dan tangan pun mampu hidup dengan bahagia, inikan pula aku yang lumpuh sekali sebulan :)
Hati... aku tahu kau sakit, tapi sabarlah. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin dia hadir sebagai dugaan untukmu. Mungkin kau harus berhenti menunggu bulan jatuh ke riba, dan berpaling pada mereka yang tak pernah jemu berada di sisi kau.
Ya, aku tak nafikan... ramai yang menunggu, tapi aku masih begini. Masih menunggu yang tak pasti. Jiwa seolah trauma untuk memulakan perhubungan serius semula. Seolah terasa semuanya suatu penipuan, seolah terasa seperti takkan ada yang akan berakhir dengan pengakhiran yang baik. Pada hakikatnya, hati masih terikat kukuh dengan janji-janji dulu. Hati masih sayang, masih rindu... mana mungkin beralih arah dalam sekelip mata. Tak mungkin!
Aku takut... takut kecewakan orang yang benar-benar sayangkan aku. Perasaan tak boleh dipaksa, walau sekeras mana aku mencuba, aku tetap tak boleh alihkan hati aku. Tiap kali aku cuba, hati aku pasti berkecai, diiringi penyesalan yang teramat sangat. Terlalu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ya, seperti orang lain, aku sangat inginkan orang untuk sayangi diri aku dengan sepenuh hatinya. Memang ada orang-orang seperti itu yang hadir dalam hidup aku, tapi entahlah... perasaan bersalah sentiasa ada, kerana aku tak boleh nak sayangkan mereka balik sepertimana mereka sayangkan aku, dan itu membuatkan aku sedih sangat-sangat :(
Dulu, aku berikan kepercayaan, kasih sayang dan setiaku, tapi semua itu tak ada ertinya.
Mencintai itu senang.
Tapi mencintai orang yang juga mencintai kamu itu sangat luar biasa.
Mungkin... semua itu hanya cerita dongeng buat diriku.
Atau mungkin...mungkin takdir aku untuk berkorban perasaan.
Mungkin aku tak layak memilih.
Mungkin aku perlu ketepikan bahagia sendiri dan tumpu pada membahagiakan orang lain.
Mungkin takdir aku untuk membahagiakan orang lain di dunia ini.
Orang sakit macam aku...tak layak bercinta dengan orang yang aku sayang. Bila fikir balik... betul juga. Aku pun tak nak susahkan orang yang aku sayang untuk jaga aku. Tak adil bagi dia... Jadi mungkin memilih orang yang sayangkan aku itu jalan yang terbaik :(
Cinta... bahagialah kau bersama orang yang benar-benar kamu sayang. Aku relakan kau pergi. Kejarlah bahagia itu dan jangan lepaskan...
No comments:
Post a Comment