15.8.14

Restoran Bahagia VS realiti

Entri kali ni bukan sambungan cerita Restoran Bahagia tu, tapi nak ceritakan sesuatu yang agak mengejutkan aku. Sehari lepas aku nukil bab dua tentang cerita ni tiba-tiba datang sepasang suami isteri ke kedai makan tempat aku kerja. Yang paling memeranjatkan si suami tu seperti watak Faizal dalam cerita aku. Dia datang nak minta kerja partime belah petang lepas kerja, dan nak minta kerja dengan isteri dia di tempat yang sama. Hahaha.. Terkedu aku. Lepas ni aku nak tulis pasal lelaki hensem yang datang ke kedai, entah2 jadi kenyataan tak? :D 

Malangnya, boss aku tak nak amik pekerja lelaki kalau kerja belah depan. Hhuhu.. jadi keesokan harinya bini dia je datang kedai kerja. Ada partner la aku sekarang. Tapi dia macam aku masa mula-mula dulu. BLUR je. Tak tau nak buat apa. Tapi dia ni jenis malu-malu, nak tanya pun takut-takut. Cakap pun bisik-bisik. Aku risau dia ketinggalan je nanti. Aku kira untung la juga masuk time bulan puasa dulu. Tak ramai sangat orang. Jadi bila time bukan bulan puasa, bila waktu jadi sesak dengan customer, aku dah tak jeng sgt. 

Lepas dah kenal dengan bini dia, (Mira) bukan nama sebenar, aku dapat tau yang dia tersangatlah muda daripada aku. 17 tahun! 17 tahun dah married, dan baru anak first. Tengah pregnant sekarang. Aku macam serba salah je kadang-kadang. Walaupun aku lagi tua, tapi kalau time lenggang, aku bagi dia duduk kerusi. Bukan tak ada kerusi lain untuk aku duduk, BELAMBAK! tapi kerusi kat belakang kaunter ada dua je. Selalu aku mengalah bagi kat anak boss yang umur 18, dan Mira yang tengah pregnant tu. Aku risau gak. Banyak dengar cerita daripada orang, anak first ni kena jaga elok-elok. Takleh nak angkat berat sangat. Masa awal-awal ni takut baby tak tahan, nanti leh gugur. Anak Mira baru sebulan lebih. Tak nampak lagi perut dia. 

Rasa macam nak tergelak masa awal-awal kenal dia. Lepas dia tahu aku ni 'akak', first soalan yang dia boleh tanya aku , "akak berapa orang anak?"

kalau aku tengah minum time tu, tersedak mati aku kat situ.

Hahaha... Aku cakaplah kat dia, yang aku belum kahwin lagi. Dia mengangguk je. Mira ni tak sekolah dah. Sejak bila? Aku tak tanya la pulak. Rasa macam sensitif plak soalan tu. Tapi yang aku tau, sebelum kerja sini, dia kerja kat hotel belakang kedai selama 5 bulan dah dan sebelum ni kerja kat Johor. Tapi dia orang Kelantan. Haha. Aku alergik sikit kalau cakap sal Kelantan ni. Sebab sorang minah ni, aku jadi anti org Kelantan pulak. Nyampah dengar orang kecek kelate. Naseb baik Mira ni loghat kelate tak kuar. Tapi kadang-kadang kuar gak sipi2, aku buat-buat tak dengo je.

Habis minggu ni, tinggal lagi dua minggu sebelum aku berhenti kerja. Tak sabornye nak berhenti. Sejak kerja, aku tak cukup tidur. Normal kot. Masa aku praktikal guru pun aku tak cukup tidur jugak. Dengan letih kerja, dengan letih fikir masalah peribadi lagi... huhu.. jadi biol tiap-tiap malam. Kalau takde iman, rasa dah gile kot. 

Petang tadi aku macam hilang mood. Ada benda buat aku rasa macam nak mengamok je. Jadi aku kuar jalan-jalan kat AEON. Target nak perabih duit beli handset flip. Tapi tak jumpa pulak. Kedai semua berderet fon touchscreen. Gile bosan diorang ni. Tak ada kepelbagaian. Semua fon sama je. Dah tak ada fon butang-butang dah. Padahal tacskrin la yang cepat rosak. Bodo gk diorang ni. Macam tak reti jual je. Bukan semua orang cari fon macam tu =.= Ada gak orang cam aku yang nak cari pattern lama. Takkan tak ada. Kalau kilang tak kuarkan dah, mesti ada orang jual second hand punye.. Yang korean tiruan nak pulak jual, yang original korean brand tak nak plak jual. =.=" Pelik2 diorang ni.

Anyway, last-last aku jalan-jalan kat Kaison. Kedai tu, aku rasa kalau tension, boleh hilang tension jalan2 dalam tu. Kedai yang sangat mententeramkan hati dengan susunan barang dia, dengan barang dia yang comel lote, dengan lagu yang tenang. Best sangat. Nak dijadikan cerita, hari tu aku singgah Kaison, aku terjumpa binatang ni. Binatang ni buat aku teringat kat barang lama aku. Yang dalam gambar bawah ni.


Aku macam teringat kat binatang lama aku ni. Tapi nak beli memang tak arh...
Then tetiba hari ni masa jalan-jalan kat Kaison, jumpa balik binatang ni. Dia dok celah-celah barang-barang lain yang bukan geng dia. Dia dok situ sorang-sorang dia. Aku tengok kiri, tengok kanan... tak ada orang. Line clear... pastu aku cakap kat dia, "kau memang saje tak ada kerja nak kacau aku kan?"

Macam orang gila pulak cakap ngan binatang tak bernyawa tu.

Aku tengok natang tu... tiba-tiba timbul rasa sedih pulak. Nak marah, tapi tak jadi. Toleh kiri, toleh kanan. Sekat air mata. Terus hambek natang tu dari rak dan bayar kat kaunter. Dalam kereta aku cakap lagi ngan natang tu, "jangan nak suka sangat...aku kesian je kat kau duduk kat situ sorang-sorang. Tak ada makna apa-apa aku bawak kau balik".

Sekarang ni dia duduk sebelah aku masa aku taip entri ni. Kenalkan natang baru aku, nama dia Mok. Sebab dia lagi gemok dari natang lama aku, dan idung dia beso.


Tadaa!
k. malam ni xde mood. Mok, ang pi tidoq jauh2..
shuh2..

8.8.14

Restoran Bahagia Bab 2

Bunyi burung menyanyi pada pagi yang hening. Er. Cahaya? Burung? Aku dah lambat pergi kerja! Dah tengahari siot! Apasal la si Faizal tu tak kejut aku? =.=" Dengan muka mamai yang panik, telefon bimbitku berdering. Aku mengangkatnya. Faizal rupanya.

"kau dah bangun ke belum. Sodap kau tidur. Matahari atas pale dah weh, tak reti nak bangkit mandi ka? Tak nak pi kerja ka? Haha..."

Isk. Geram tul aku ngan Faizal tu. Boleh dia syiok pulak kenakan aku.

"Kau kat mana? nak gi mandi sat. Tunggu depan rumah, jangan pi mana-mana."

Tu la aku. Kalau dah terikut Faizal cakap utagha tu, tak ada berhentinya. Lantas aku cepat-cepat bersiap. Sabar je si Faizal tu tunggu aku kat luar rumah. Muka tak tension langsung. Sebab tu aku setuju kahwin ngan dia dulu. Riak muka dia tu ada semacam satu ketenangan yang tak dapat aku ceritakan dengan kata-kata. Senang cerita aku cakap dia ni ada wajah yang suci persis embun pagi. Ewah, jiwang plak aku.

Sampai di Restoran Bahagia, aku cium tangan dia macam biasa, tapi bila nak bukak pintu kereta untuk keluar, dia tarik balik dan cium tangan aku. Eh... eh... Time aku lambat ni la dia sibuk nak manja ngan aku. Dia tersenyum, dengan lesung pipit yang comel gile terserlah pada pipi gebu dia.

"Jom, aku teman kau masuk kedai." Tanpa menunggu sepatah pun kata dariku, dia matikan enjin kereta dan keluar dari kereta, terus masuk kedai. Terpinga-pinga aku sekejap. Masuk-masuk sahaja dalam restoran, kelihatan Faizal berbual dengan boss aku. Mak Siti. Dengan muka bersalah aku bersuara, " Maaf Mak Siti, saya terlambat bangun tadi. Er... ni suami saya, Faizal".

"Ya... Faizal ni baru sahaja cerita ngan Mak Siti. Dia nak kerja partime sini ya? Boleh je. Kami memang tengah mencari partimer untuk sebelah malam. Masa malam la pelanggan ramai datang. Agak sibuk sikit. Kalau kita-kita ni je, tak cukup tangan Ayu".

Aku menggangguk sahaja. Agak sangsi di situ, kerana Mak Siti baru sahaja menolak permintaan kerja seorang budak perempuan semalam. Tak tahulah kenapa dia tolak. Aih... jangan kata Mak Siti ni terpikat ngan suami aku pulak! =.=" Pesaing yang hebat ni. Seorang janda anak 3 orang. Pandai memasak dan masih cantik. Faizal bagai mengerti isi hatiku dengan hanya melihat riak mukaku, tersengih-sengih kat aku. Haa.. debuk! Sebiji tumbukan kecilku mendarat di lengannya.

"Aduh...sayang...sakit.."

Sayang? Haha... ngengade pulak dia depan Mak Siti ni. Aku cium tangannya lagi sekali dan melambainya pergi. Melihat keretanya hilang dari pandangan. Petang ni dia akan masuk kerja. Macam mana agaknya kalau dia dah kerja dengan aku? Tengah termenung sekejap tu, tiba-tiba ada customer masuk kedai. Sepasang anak muda yang kelihatan seperti pasangan kekasih. Senang je nak kenal orang tu gatal miang dari cara mereka duduk. Kalau yang gatal tu pasti akan duduk bersebelahan. Yang bercinta secara professional pula akan duduk menghadap satu sama lain. Suka sangat tengok. Ada adab, dan sejuk mata memandang. 

Aku memberi mereka menu, dan menunggu di kaunter sehingga mereka memanggilku untuk diambil ordernya. Dari belakangku, adik Umaira menjerit, "EEEEeeee geramnyaaaa!!"

Aku berpusing ke arahnya kehairanan. Apasal pulak budak ni tiba-tiba menjerit. Umaira ni anak Mak Siti yang bongsu. Semua orang kata dia gedik. Tapi sebenarnya, dia seorang yang sangat periang dan happy go lucky. Cara dia cakap macam manja, kebudak-budakkan. Yela.... bongsu la katakan...

"Apasal ni?" Aku tanya dia.
"Semut-semut ni naik botol syrup lagi!"

Aku melihat semut-semut yang dah mula mengerumun botol syrup mint tu. Dari dapur, Mak Siti datang melihat apa yang bising sangat kat counter depan tu.

Mak Siti, dengan muka yang serius, kelihatan bercakap dengan semut-semut itu.
"Haii anak-anak buah Nabi Sulaiman... Tolong pi jauh dari sini, kami nak kerja ni. Ni tempat kami kerja. Pi luar sana pi...". Selepas Mak Siti beredar semula ke dapur, Umaira mengambil botol spray pandan dan terus spray pada botol mint itu. Jatuh semut itu satu persatu setelah mendapat bau pandan itu.

"tak sempat pi..." kataku dalam hati.

Bersambung...

7.8.14

Restoran Bahagia Bab 1

Restoran ini yang menyembunyikan 1001 kenangan indah yang terukir. Beratus pasangan yang ketemu bahagia mereka di sini. Haha. Seolahku berada di Paris pula, padahal ini Malaysia! Baru nak masuk bulan kedua aku kerja di sini. Kadang kala lengang dari pelanggan, kadang kala pula terlalu sibuk hinggaku seperti lipas yang kudung. Ke sana ke mari menghantar makanan, mengambil pesanan, membuat air, membasuh pinggan, mengelap pinggan. Itulah kerjaku seharian. Ya. Sangat letih. Nak buat macam mana... diriku masih belum dipanggil untuk temuduga guru. Menjadi seorang pelajar lepasan universiti pendidikan negara yang terkenal masih tidak mampu membantu aku untuk mendapatkan posting guru dengan awal. Keputusan tidak secemerlang rakan-rakanku yang lain. 

Sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang. Mungkin sudah jodohku dengan kawan lama aku, Faizal. Kadang kala aku masih tidak percaya perkara itu. Tak sangka aku akan kahwin dengan kawan baik aku sendiri. Kini dia sudah selamat menjadi suamiku. Dia seorang yang sederhana, tidak melebih-lebih, simple sahaja. Nak kata hensem tu, tak ada la hensem sangat, tapi awek keliling pinggang dulu. Lepas kahwin dia dah slow sikit bab awek ni, takut aku marah. Yela aku ni kuat cemburu orangnya. Silap haribulan terbang pinggan mangkuk kat dapur tu. Macam mana aku boleh kahwin dengan dia? Er.. next time aku cerita okey.

Anyway, hari ni genap sebulan 4 hari aku kerja sini. Penat tu toksah nak kata la. Penat gile babi. Cian babi, asik kena je. haha. Balik kerja, suami aku mesti tanya, "kau penat ke?" Haa.. jangan terkejut. Dah kahwin pun kami pakai gelaran kau-aku je weh, tak ada nak sayang mayang ni. Geli geleman aku. Tu la jadinya kalau kau kahwin ngan kawan baik kau sendiri. Aku seperti kebiasaannya, akan baring di sofa bersebelahan dengan dia dan melunjurkan kakiku di atas ribanya. Gaya minta untuk diurut kaki. Dia gelak-gelak je. Kena buli, gelak, kena ranjit, gelak. Asyik gelak je dia tu. Apa yang lawak pun tak tau. Kadang-kadang rasa macam ada cop "lawak" kat muka aku. =.="

Tak kusangka malam itu dia menyuarakan pendapatnya yang diluar kebiasaan.

"weh.. Esok aku ikut kau gi kerja nak?"

Aku kehairanan.

"Bukan kau selalu ikut ke? untuk hantar aku?"

Dengan senyuman yang sukar untuk kuduga, dia jawab, "Aku bukan setakat hantar kau, tapi aku nak kerja sekali dengan kau. Ingat nak minta partime lepas habis kerja. Lagipun bosan la duduk rumah sorang-sorang. Kalau kat tempat kerja nanti boleh lama sikit lepak ngan kau."

Hahaha.. kebabian apakah ini. Tetiba ngengade plak mamat ni nak menyendeng ngan aku. Ada satu perasaan geli di dasar usus perut aku. Aku angguk jela tanda setuju, walaupun masih banyak persoalan dalam hatiku. Aku biarkan sahaja kerana aku sangat-sangat letih kerja seharian itu. Setiap hari aku akan bekerja daripada pukul 12 tengah hari. Faizal akan hantarkan aku sewaktu dia rehat untuk tengahari. Kemudian sambung kerja hingga pukul 5.30 petang. Manakala aku pula akan bekerja sehingga pukul 10.30 malam. Kadang kala hingga pukul 11mlm, kerana menunggu customer terakhir untuk pulang, dan mengemas di restoran tu. Faizal akan setia menungguku daripada pukul 10.30 malam, parking keretanya di kawasan parkir di luar restoran.

Untung juga dapat suami yang penyabar sepertinya. Yang tak boleh blah, balik kerja je aku penat. Faizal diberi amanah untuk mengurut kakiku sebelum kami masuk tidur. Kadang-kala aku terlelap sehingga tak dapat nak penuhi tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Tapi Faizal tak pernah merungut. Dia tak pernah kata apa-apa. Malah dia takkan mengejutkanku, dia akan biarkan aku terus terlena sehingga tiba waktu pagi, di mana dia akan terus ke tempat kerjanya, dan aku, selepas bersalaman dengannya, akan sambung tidurku sehingga tengahari. Ya, aku mengaku, aku ni isteri yang ntah apa-apa kan... Tu yang dapatnya bila kena paksa kahwin. Oops. terlepas cakap pulak. Ok, enough. Anyway, apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah, hampir tak ada banyak masa aku bersama Faizal, agaknya sebab itu kot dia nak kerja dengan aku. 

Aku sangsi juga, dia ni larat ke nak buat dua job dalam seharian. Dahlah kena urut aku lagi sebelah malam. Hmm.. Tapi sebagai isteri, aku terima jela. RedhO siot. Kerja Faizal tu aku tengok macam agak berat jugak. Dia ni macam dokter. Pesakit datang tiap-tiap hari kat dia untuk dia bagi baik balik. Tapi pesakit dia bukan manusia, tapi kereta. Aku tengok macam kerja berat je. Kena angkat enjin kereta la, korek sini sana. Aku tak banyak tanya dia, sebab kang aku tanya, dia mula la cakap istilah-istilah yang aku tak faham. Booskit la... drive shaft la... compressor la.. tak faham aku.

                                                      ******************************

Aku terjaga dari tidur. Entah bila entah aku terlelap. Siot betul. Tengah bercerita boleh tertidur pulak. Sori geng. Anyway, bila terjaga je tengok aku dah ada kat bilik. Bila masa pula aku ada kat bilik tidur ni. Ni mesti Faizal ni angkat aku naik bilik tidur. Aku pusing ke arahnya yang sedang lena tidur di sebelah aku. Hmm.. kesian pun ada, sebab aku tak layan dia betul-betul macam seorang isteri. Berdosanya aku. Kalau aku kena sambar petir malam tu memang mati derhaka aku.

Aku mendekatkan mukaku pada mukanya. Yek eleh.. bila masa pula tumbuh jerawat ni. Tergelak kecil aku. Faizal ni orangnya jambu. Kulit muka dia kalah licin daripada muka aku yang berparut sini sana. Nampak comel pula ada jerawat. Haha.

Tiba-tiba tangan dia bergerak dan peluk aku kemas. Erkk.. Terkejut aku.

Dengan suara yang perlahan tapi jelas dia mengomel, "maafkan abang tak dapat jadi suami yang baik."

La, mengigau ke dia ni?

Lemas pula dalam keadaan macam tu. Kang kalau aku cuba leraikan pelukan dia, mesti dia terjaga. Keras aku dalam posisi macam tu selama setengah jam sebelum dia berpaling ke arah lain. Phew..

Bersambung...

4.8.14

Mengumpul duit


Haha. Tajuk hari ini pasal duit lagi (dengan mata yang kuyu menahan ngantuk). Baru balik kerja ni. Setelah bercuti raya selama seminggu. Akhirnya bermula semula kerja partime saya. Tapi kali ini tidak bermula pada pukul 5 ptg, ia bermula pada 12 tengahari, dan seperti kebiasaan, berakhir pada 10.30 mlm. Tapi hari ini balik pukul 11. Tunggu customer semua balik, dan berkemas. 

Bila tiba masa untuk pulang, mama abah ambil. Amboi... Dah kerja pun mama abah ambil =.=" Nak buat macam mana dah mak ayah sayang. Haha.. Dalam kereta, saya berceloteh macam biasa. Tiba pada satu ayat saya ni mereka berdua tergelak...saya pun tak faham kenapa lawak sangat.

Saya cakap macam ni kot..

"Hari ni kakak kira-kira dapat RM33."

Tiba-tiba mereka dua gelak sakan =.="

Mama cakap, "baguslah tu. Baru dapat hargai duit." Abah pula menambah, "haa,... baru tau susah cari duit".

Ye...rasa susah betul. Sakit satu badan, kerja sejam RM3. Nampak macam sikit. Tapi bila dapat selapuk duit pada hujung bulan rasa happy sangat-sangat. Tak pernah dalam sejarah dapat duit terus simpan. Selalu terus guna untuk beli macam-macam 'keperluan' yang tak perlu. Baju la...tudung la...makeup...junkfood. Huhu.. Tapi kali ni, duit tu saya gunakan untuk belanje abah, bagi duit raya pada anak-anak sedara, bayar hutang orang, dan menyimpan. Tak sangka...Baki duit gaji saya tu, dan campur dengan duit raya yang saya dapat (yang tak seberapa) begitu banyak untuk disimpan dalam bank.

Saya buka akaun baru di Maybank.


Dipersilakan siapa nak buat sumbangan. HAhaha! (korang jangan ngade-ngade ey, tapi kalau ikhlas, i terima je. hahaha!) Tak pasal-pasal kang orang kata saya mengemis di blog plak. lol. femes plak nanti. (muntah darah).

So, nak dijadikan cerita... sebenarnya gaji saya dapat hari tu RM400, dan bos bagi duit raya warne kuning. Yang mengejutkan, balik rumah baru ada akal nak kira duit tu. Tengok-tengok duit tu ada lebih RM100! Mula-mula nak diam je, sebab hati kuat mengatakan yang itu rezeki daripada Allah. Tapi saya bertenang dan menggunakan akal. Duit tu konfirm bukan duit saya. Kalau saya guna juga tak boleh, dah jadi duit haram tu. Huhuhu... jadi tadi pergi kerja saya bagi semula RM100 tu. Tapi macam tak caye pula, saya boleh bank in sebanyak RM340 ni. Haha.. Hutang orang yang saya bayar balik pun dah RM100. Memang rezeki Allah nak bagi.

Buat masa sekarang saya nak kumpul je duit banyak-banyak. Nanti bila dah bosan, baru saya fikir nak gunakan untuk apa. HAhaha. :D pergi melancong ke korea ka... beli kereta baru ka... laptop baru ka.. Wahh... macam-macam boleh buat kan dengan duit yang banyak :p

k, nantuk dah. nunite. muahh..