7.8.14

Restoran Bahagia Bab 1

Restoran ini yang menyembunyikan 1001 kenangan indah yang terukir. Beratus pasangan yang ketemu bahagia mereka di sini. Haha. Seolahku berada di Paris pula, padahal ini Malaysia! Baru nak masuk bulan kedua aku kerja di sini. Kadang kala lengang dari pelanggan, kadang kala pula terlalu sibuk hinggaku seperti lipas yang kudung. Ke sana ke mari menghantar makanan, mengambil pesanan, membuat air, membasuh pinggan, mengelap pinggan. Itulah kerjaku seharian. Ya. Sangat letih. Nak buat macam mana... diriku masih belum dipanggil untuk temuduga guru. Menjadi seorang pelajar lepasan universiti pendidikan negara yang terkenal masih tidak mampu membantu aku untuk mendapatkan posting guru dengan awal. Keputusan tidak secemerlang rakan-rakanku yang lain. 

Sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang. Mungkin sudah jodohku dengan kawan lama aku, Faizal. Kadang kala aku masih tidak percaya perkara itu. Tak sangka aku akan kahwin dengan kawan baik aku sendiri. Kini dia sudah selamat menjadi suamiku. Dia seorang yang sederhana, tidak melebih-lebih, simple sahaja. Nak kata hensem tu, tak ada la hensem sangat, tapi awek keliling pinggang dulu. Lepas kahwin dia dah slow sikit bab awek ni, takut aku marah. Yela aku ni kuat cemburu orangnya. Silap haribulan terbang pinggan mangkuk kat dapur tu. Macam mana aku boleh kahwin dengan dia? Er.. next time aku cerita okey.

Anyway, hari ni genap sebulan 4 hari aku kerja sini. Penat tu toksah nak kata la. Penat gile babi. Cian babi, asik kena je. haha. Balik kerja, suami aku mesti tanya, "kau penat ke?" Haa.. jangan terkejut. Dah kahwin pun kami pakai gelaran kau-aku je weh, tak ada nak sayang mayang ni. Geli geleman aku. Tu la jadinya kalau kau kahwin ngan kawan baik kau sendiri. Aku seperti kebiasaannya, akan baring di sofa bersebelahan dengan dia dan melunjurkan kakiku di atas ribanya. Gaya minta untuk diurut kaki. Dia gelak-gelak je. Kena buli, gelak, kena ranjit, gelak. Asyik gelak je dia tu. Apa yang lawak pun tak tau. Kadang-kadang rasa macam ada cop "lawak" kat muka aku. =.="

Tak kusangka malam itu dia menyuarakan pendapatnya yang diluar kebiasaan.

"weh.. Esok aku ikut kau gi kerja nak?"

Aku kehairanan.

"Bukan kau selalu ikut ke? untuk hantar aku?"

Dengan senyuman yang sukar untuk kuduga, dia jawab, "Aku bukan setakat hantar kau, tapi aku nak kerja sekali dengan kau. Ingat nak minta partime lepas habis kerja. Lagipun bosan la duduk rumah sorang-sorang. Kalau kat tempat kerja nanti boleh lama sikit lepak ngan kau."

Hahaha.. kebabian apakah ini. Tetiba ngengade plak mamat ni nak menyendeng ngan aku. Ada satu perasaan geli di dasar usus perut aku. Aku angguk jela tanda setuju, walaupun masih banyak persoalan dalam hatiku. Aku biarkan sahaja kerana aku sangat-sangat letih kerja seharian itu. Setiap hari aku akan bekerja daripada pukul 12 tengah hari. Faizal akan hantarkan aku sewaktu dia rehat untuk tengahari. Kemudian sambung kerja hingga pukul 5.30 petang. Manakala aku pula akan bekerja sehingga pukul 10.30 malam. Kadang kala hingga pukul 11mlm, kerana menunggu customer terakhir untuk pulang, dan mengemas di restoran tu. Faizal akan setia menungguku daripada pukul 10.30 malam, parking keretanya di kawasan parkir di luar restoran.

Untung juga dapat suami yang penyabar sepertinya. Yang tak boleh blah, balik kerja je aku penat. Faizal diberi amanah untuk mengurut kakiku sebelum kami masuk tidur. Kadang-kala aku terlelap sehingga tak dapat nak penuhi tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Tapi Faizal tak pernah merungut. Dia tak pernah kata apa-apa. Malah dia takkan mengejutkanku, dia akan biarkan aku terus terlena sehingga tiba waktu pagi, di mana dia akan terus ke tempat kerjanya, dan aku, selepas bersalaman dengannya, akan sambung tidurku sehingga tengahari. Ya, aku mengaku, aku ni isteri yang ntah apa-apa kan... Tu yang dapatnya bila kena paksa kahwin. Oops. terlepas cakap pulak. Ok, enough. Anyway, apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah, hampir tak ada banyak masa aku bersama Faizal, agaknya sebab itu kot dia nak kerja dengan aku. 

Aku sangsi juga, dia ni larat ke nak buat dua job dalam seharian. Dahlah kena urut aku lagi sebelah malam. Hmm.. Tapi sebagai isteri, aku terima jela. RedhO siot. Kerja Faizal tu aku tengok macam agak berat jugak. Dia ni macam dokter. Pesakit datang tiap-tiap hari kat dia untuk dia bagi baik balik. Tapi pesakit dia bukan manusia, tapi kereta. Aku tengok macam kerja berat je. Kena angkat enjin kereta la, korek sini sana. Aku tak banyak tanya dia, sebab kang aku tanya, dia mula la cakap istilah-istilah yang aku tak faham. Booskit la... drive shaft la... compressor la.. tak faham aku.

                                                      ******************************

Aku terjaga dari tidur. Entah bila entah aku terlelap. Siot betul. Tengah bercerita boleh tertidur pulak. Sori geng. Anyway, bila terjaga je tengok aku dah ada kat bilik. Bila masa pula aku ada kat bilik tidur ni. Ni mesti Faizal ni angkat aku naik bilik tidur. Aku pusing ke arahnya yang sedang lena tidur di sebelah aku. Hmm.. kesian pun ada, sebab aku tak layan dia betul-betul macam seorang isteri. Berdosanya aku. Kalau aku kena sambar petir malam tu memang mati derhaka aku.

Aku mendekatkan mukaku pada mukanya. Yek eleh.. bila masa pula tumbuh jerawat ni. Tergelak kecil aku. Faizal ni orangnya jambu. Kulit muka dia kalah licin daripada muka aku yang berparut sini sana. Nampak comel pula ada jerawat. Haha.

Tiba-tiba tangan dia bergerak dan peluk aku kemas. Erkk.. Terkejut aku.

Dengan suara yang perlahan tapi jelas dia mengomel, "maafkan abang tak dapat jadi suami yang baik."

La, mengigau ke dia ni?

Lemas pula dalam keadaan macam tu. Kang kalau aku cuba leraikan pelukan dia, mesti dia terjaga. Keras aku dalam posisi macam tu selama setengah jam sebelum dia berpaling ke arah lain. Phew..

Bersambung...

No comments:

Post a Comment