13.10.14

3 Cara Menjimatkan Duit

Tak kisahlah kamu ni pelajar ke, dah bekerja ke, semua orang ada masalah daripada segi kewangan. Even orang kaya sekalipun ada masalah pasal duit. Ini 3 cara aku menjimatkan duit. Rajin tak rajin je cerita dia.

1. Beli apa yang perlu sahaja

Perempuan macam aku suka bershopping. Pantang tengok baju lawa sikit nak sebat. Dah terbayang bila pakai...pasti cun. Pantang ada duit, shopping sakan. Jadi sebelum kita beli sesuatu kita tanya pada diri sendiri... "Do I need this?" - sebaris skrip daripada Confessions of a Shopaholic. Contohnya... Tengah shopping, terjumpa baju cantik, tanyakan diri anda beberapa soalan. Seperti;

a) Cukup duit kah? Masa tengok harga, RM30. Duit dalam poket RM50. Ok lepas.
b) Baki RM20 tu cukup tak nak beli keperluan lain?
c) Penting sangatkah? Kalau tak beli, boleh mati tak?

Dapat soalan 'c' memang tak beli la baju tu. Haha. Yang pasti, kita tidak akan mati kalau tak pakai baju lawa tu. Banyak lagi baju kat rumah yang tak terpakai lagi. Melainkan baju tu untuk bawa pergi kerja. MATI kalau aku tak pakai uniform pergi kerja. Pernah tengok nurse pakai baju skirt ngan blouse kerja? NO. Exactly. Jadi benda penting mcm uniform tu kena la beli. 

2. Makanan

Ye, makanan memang penting. Tak makan boleh mati. Dalam seminggu kita tak makan apa-apa kita boleh mati. Jadi apa dehal dengan makanan ni? JENIS makanan apa yang korang makan. Nak jimatkan duit, kena la juga tengok jenis makanan apa yang korang makan. Mak aku selalu tegur, "Janganlah asyik makan maggi je.... memang la jimat, tapi makanan tu kan tak sihat". Dan adik lelaki aku memang pantang nampak maggi. Bukan pantang makan, pantang tengok. Nampak je dalam rumah, dia akan sembunyikan dalam bilik dia. Tak nak bagi aku makan. Wadehel -_-

Nak jimat, tak semestinya makan maggi je memanjang.

Dah tau duit tu tak banyak, janganlah tiap malam pergi restoran mahal makan sedap. Takyah nak sedap sangatlah. Seperti cakap abah aku, "makan-makan jadi taik juga" haha...

Ada lecturer aku pernah cakap, "Wa dah lama tak makan kepci sejak dah kerja dah berumah tangga ni, lu orang yang belajar lagi dah guna duit ptptn beli kepci tiap2 bulan...aiyoo"

So berpada-padalah. Nak makan sedap boleh, tapi terhadkan maybe sekali sebulan, atau sebagai ganjaran, contohnya Lulus exam pada akhir semester, baru belanje diri makan kepci.

Bersederhanalah, dan makan makanan yang sihat. Makanlah di kedai yang jual lauk tengahari, dan sebelah malam makan di kedai yang ada goreng-goreng. Jimat duit. Masak? Zaman sekarang dengan harga barang makin naik, aku rasa sama je makan dalam atau luar pun. Tapi kalau rumah sewa kau pun tak ada peti ais, tak ada dapur masak memang tak syiok la masak sendiri. Baik makan luar je. Jimat masa, tak yah susah2. Masak hampir satu jam, makan berapa minit je. Huk aloh. Tak payah nak pertikai kenapa kedai masak sekejap je. Diorang bolehlah... bahan2 semua dah siap sebelum masak, kita yang masak kat rumah kena siapkan bahan dulu. Baru freshh... LOL

3. Kumpul duit untuk perkara yang menjadi idaman

Kalau kita betul-betul inginkan sesuatu, kita akan berusaha. Betul? Aku memang berminat sangat nak beli kasut Dr Martin. Hari tu tengok kat kedai ngan tunang aku...rasa macam omaigod... I have to have this. Susah nak cari kot saiz aku yang comel ni. Muat-muat lak tu... Geram.

OH maii goddd comelnyeee.... #.#

Ok, benda-benda camnih, kalau kita beli terus, potong dari sumber kewangan kita, memang sakit la aku habaq terus terang. Harga RM330. Kalau gaji kita RM500 sebulan, baki tinggal RM170. Bayar sewa rumah pun tak lepas, apatah lagi makan minum. LOL! Jadi cara terbaik, kita simpan duit secara konsisten untuk tiap-tiap bulan, Sebulan simpan RM100. So tiga bulan dah boleh beli dah. Sabar je yang perlu. Tapi barang rare macam ni, selalu orang rembat je. Takut orang lain rembat dulu. Haha...

Benda lain, macam Kahwin. Nak kahwin ... cuba kalau famili bakal mentua letak hantaran RM10 000. Mana kau nak cekau? Lainlah kalau dari dulu kau memang ada simpan duit, esok pun leh kahwin. So benda macam ni ambil masa untuk kumpul duit. Tu yang sampai ada orang bertunang lama. Nampak macam tak patut je kan, tapi janji dua-dua bakal pengantin saling paham memahami. Setiap bulan kumpul la roughly RM500 untuk yang bergaji sedap. Dalam 20 bulan bersamaan dengan hampir dua tahun, dah beres. Haha. Sambil-sambil tu doakan la bakal mentua permudahkan majlis. Benda yang elok, elok dipercepatkan kan... haha....

k, itu sahaja tips aku pada hari ini... selamat beramal geng ;)

No comments:

Post a Comment