25.11.14

Cinta tak perlu dibuktikan dengan kata-kata :)

Bila teringat kembali tentang apa yang sudah berlaku pada masa lampau... rasa nak meronta-ronta! Haha... begitu banyak yang membuatkan aku sedih, geram...kekecewaan yang teramat. Namun aku tetap berada di landasan yang sama, tak berganjak walau sedikit dari tempat yang sama. Di sisinya. Walau sakit, walau pedih, semua badai aku lalui dengan tabah dan sabar, kerana aku yakin akan takdirNya untukku. Tapi seringkali aku dilanda rasa sangsi dengan pendirianya terhadap aku. Sayangkah dia padaku? Atau sekadar mengambil hati aku, kesian mungkin. 

Cinta...tak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Kerana walau kata-kata bisa menjadi tikaman yang paling berbisa, dan kadang-kala menipu. Tapi hati, tak dapat menafikan perasaan sebenar seseorang. Dia pernah mengucapkan yang dia tak pernah sayangkan aku, dia pernah mengucapkan yang semuanya dusta belaka, yang tak pernah wujud pun cinta untukku. Tapi pengakuannya yang menipu itu jua satu tipu daya. Egonya mempertahankan dirinya. Sedangkan yang ada di benak, sukar dilafazkan, kerana kepedihannya dua kali ganda.

Kalau tak sayang, kenapa dia masih menyimpan bantal yang aku berikan.
kenapa tiap malam dia masih memeluknya... walau setelah dia ketemu orang lain?
Apa simboliknya bantal tu?


Bantal yang masih tersimpan di sisinya. Menemani malam sepinya :)

Menyesal...kerana semua barang yang diberikannya padaku, aku pulangkan semula setiap kali kami bertengkar. Tapi barang yang aku berikannya, disimpannya hingga lunyai. Sayang sungguh dia. Membuatkan aku sedih :( Ternyata dia lebih setia. Allah... sungguh indah percaturan hidupMu. 

Lega hati kerana akhirnya terluah juga tentang kekhilafanku dari segi kesihatanku. Tapi dia tetap di sisi memberikan sokongan dan keperihatinannya. Allahu. PilihanMu juga adalah yang terbaik. Bersyukur kerana ditemukan dengan orang seperti dia. Walau kadangkala dia mengungkapkan kata-kata yang kurang rasional, tapi itu memang sikap semulajadinya. Dia terlalu jujur. Mengatakan sesuatu daripada hatinya, tanpa memikirkan akibatnya. Mungkin itu salah satu kekurangannya yang sudah aku lali. Mungkin orang lain akan mengatakan, "Kau memang bodoh sebab masih berada di sisinya!" Tapi bagi aku, aku sudah terima baik buruknya. Dan dia sebahagian daripada hidup aku. dan kami bakal melengkapi satu sama lain. Impian aku bersamanya hingga ke Syurga. Dia mimpi indah aku. Cinta dari ya Rabb. KurniaanNya yang besar bagi aku. Walau mungkin dia tidak sempurna di mata orang lain. Tapi bagi aku, dia cukup sempurna di mata aku. Kekurangannya membentuk kesabaranku, kelebihannya memuliakanku :)

Cinta awak <3

19.11.14

Having second thoughts.

This post is just my "2 cents" (2 cents= an english proverb that means "opinion/thoughts").

Lately... makin teruk maigrain aku. Tak tau kenapa teruk sangat sem ni. Banyak sangat yang difikirkan yang membuatkan aku tekanan (yang teramat sangat). First of all, projek final aku yang akan menentukan sama ada aku layak graduasi atau tidak. Risau tak dapat grad. Nanti kalau tak dapat grad, tak boleh kahwin. Haha... Sebab apa tak boleh kahwin? sebab tak boleh kerja, tak boleh cari duit. Duit nak buat apa? Nak buat hantaran, nak bayar balik budi ibubapa, nak bayar hutang PTPTN. Aku yang perempuan, tapi aku plak yang risau pasal hantaran. Bukan aku tak caya kat tunang aku, cuma, kita tau kemampuan kita. Dan aku tau sangat yang kita tak mampu melakukannya BERSEORANGAN. Kalau terpaksa lanjut satu sem lagi, PTPTN dah tak ada. Mana aku nak stay? nak cari duit lagi untuk satu sem tu? Kerja partime? Hmmm... terpaksa la nampaknya... (kalau jadi begitu).

Yang keduanya, risau dengan subjek 'cetakan' ni. Senior-senior, kawan-kawan yang pernah amik, kebanyakan dapat gred rendah. Walaupun lulus, tapi gred yang rendah tu akan menurunkan CGPA. Nampaknya...tak ada harapan aku nak dapat first class degree. Andai aku dapat 4 flat pun, tak mampu nak dapat 3.7 atas (yang membolehkan pengecualian daripada bayar PTPTN). Hmm...

Yang ketiganya, duit...duit dan duit... duitt!!! :( Walaupun terpaksa...dah sebulan makan maggi tengahari. Malam makan nasi. Sekarang maggi dah habis...duit pun dah habis. Asaimen bertangguh sebab duit tak ada. Dah 2 hari makan roti siang malam. Cuba minta dengan mama abah, tapi mereka pun bukannya orang senang. Orang tengok dari luar, nampak mereka macam senang...tapi diorang tak tau... hutang keliling pinggang. :( dan sebagai anak sulong, aku paling tak suka meminta duit dari mereka, sebab aku tau mereka tak ada banyak nak bagi. Tapi nak tak nak...terpaksa juga. Tapi time ada jela... Sementara nak tunggu duit pencen abah masuk esok, aku tak keruan...terpaksa keluarkan juga duit last dari tabung kahwin aku. RM50 yang terakhir dalam bank :( sebab lapar nasi sangat. Ya Allah...nikmatnya dapat makan nasi tadi... Macam mana agaknya orang yang tak makan berminggu. Deritanya rasa :'( Teringat pula aku pada satu malam minggu lepas... pulangnya aku daripada makan luar, aku parking kereta di luar rumah. Ada anjing hitam tidur depan pagar rumah.



Serius, kesian dengan dia. Anjing ni tak pernah kacau orang. Selalu kalau dia nampak aku keluar kereta, dia mesti lari dari aku. Aku yakin sangat kalau aku keluar kereta masa tu, dia mesti lari. Masa tu kesian tengok dia tidur macam tu. Teringat bila hari-hari hujan dia mesti berjalan-jalan kat luar cari tempat berteduh. Setiap pagar rumah dia pergi, sambil merenung ke dalam, mengharapkan ada orang sudi buka pagar untuk dia berteduh. Tapi sorang pun tak ada. Terfikir sejenak, dia tak demam ke selalu kena hujan? Kesian sangat. Kita tidur atas katil empuk, tapi dia...? Bagai pelarian... dunia ini rumah dia. Sambil tunggu dia terjaga, dalam kereta aku tak sedar air mata berguguran. Terasa satu perasaan keinsafan dalam diri. Bersyukur dan pada masa yang sama, menyesal kerana mensia-siakan nikmat Allah. :(

Tengok muka aku pun dah jelas nampak ketensionan, dengan tumbuhnya jerawat yang begitu banyak sekali. Dah macam apa je aku tengok. SELEKEH. Pakai tudung, baju yang sama berulang-ulang. Dah malas nak berhias. Buat apa berhias, nak tambat hati siapa? Allah tak pandang pun semua tu, kalau ibadah pun kongkang. Bersyukur sebab aku masih ada iman untuk ingat akan solat, walaupun kadang-kala lebur juga subuh, tapi aku qada selagi boleh. :(

Tak cukup dengan semua tekanan tu, aku ternampak pula status tunang aku. Pasal isu suami yang curang dengan isteri sebab isteri dia dah busuk, dah tak berhias. Dia cakap seolah semuanya salah isteri tu. Gugur air mata aku dengan bahasa yang dia gunakan. Sebagai seorang wanita aku terasa. Walau aku belum bergelar ibu, tapi aku boleh rasakan peritnya jadi seorang ibu. Dan kalau lelaki tau kesusahan seorang wanita... lelaki takkan letakkan semua beban pada perempuan. Tak payah pergi jauh, tengoklah ibu kita sendiri. Ingat senang ke nak kandungkan anak 9 bulan? Sakit membawa perut yang besar ke hulu ke hilir, sakit bersalin, sakit berjaga malam...tiap-tiap bulan sakit.. Walaupun begitu, cekalnya hati seorang wanita. Tak pernah nak fikirkan diri dia, tapi fikirkan anak dulu. Sambil menaip ni pun berguguran air mata aku nak cerita semua ni. terasa berat sangat rasa. Tersekat rasa kat kerongkong ni menahan tangis. Andai lelaki tau... begitu berharga pengorbanan, wanita fizikal dan mental... sanggupkah cakap semua tu??

Sebelum kahwin perempuan hanya ada keluarga, ada ibubapa, ada adik beradik yang menerima mereka seadanya... ada kawan-kawan. Tapi setelah kahwin... Allahu... semua tu terpaksa ditolak ke tepi, kerana kewajipan pada suami, pada anak-anak.... Sunyinya mereka, Ya Allah...Tuhan je tahu. Anak-anak akan membesar, semua akan pergi cari hidup masing-masing. Yang tinggal hanyalah suami... andai suami pun tak hargai wanita itu yang mengorbankan kecantikan tubuhnya untuk melahirkan anak, yang terpaksa berjauhan dengan mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan... kepada siapa lagi wanita ini ada untuk sokong mereka? Hanya Allah je yang ada. Andai wanita ini egonya seperti lelaki, aku rasa...mereka semua akan memilih untuk tidak berkahwin. Buat apa kehilangan terlalu banyak hanya untuk seorang lelaki yang bergelar suami, yang tak memahami?

Yang paling sedihnya.... ayat dia...

"Mula2 ja cntik tp lme2 aduh tgk pn xlalu"

Sedikit pun aku tak marah. Tapi kekecewaan itu melebihi segala-galanya. Sakitnya seperti ditikam berkali-kali.



Sehingga kini...air mata masih lagi menitis. Dan aku terfikir, "Layakkah aku teruskan dengan keadaan aku yang sekarang?" Kalau kecantikkan, kesempurnaan, kesihatan yang diinginkan...,
Aku... tak mampu.

Sedangkan sekarang pun aku tak terurus. Tiada sokongan sesiapa. Terpaksa berdiri di kedua-dua kaki sendiri. Berjuang hanya untuk meneruskan hidup, dengan sisa kudrat yang ada, sehingga mengabaikan perkara-perkara lain... Aku memang tak layak. Dengan sakit yang makin meragut hidup aku. Aku rasa nak give up. Maigrain makin teruk. Makan ubat pun tak nak hilang sakit. Mungkin semua ni atas dosa-dosa aku... Ya Allah ampunkan aku :(

Tadi hampir pitam dalam kelas. Kawan-kawan yang perasan, kata muka aku pucat gile. Rasa nak termuntah, badan bergetar... Aku tinggalkan kelas sebentar dan baring dalam kereta. Terfikir sejenak... bagaimana keadaanya jika tiba-tiba aku pengsan, dan tak terjaga sampai bila-bila? Terbayang wajah mama abah... tak sempat aku ingin membalas budi mereka... terbayang muka kawan-kawan... tak sempat aku nak katakan pada mereka yang walaupun mereka tinggalkan aku kadang-kadang, aku tetap sayangkan mereka... dan terbayang wajah dia....tak sempat aku nak katakan yang... walau sedalam mana dia sakitkan hati aku..aku tetap sayang dia, dan aku sendiri tak tau kenapa. Walau berkali-kali aku disakiti, tapi aku redha dengan pilihan yang Allah tetapkan untuk aku.

Andai jodoh aku dengan ajal terlebih dahulu...
Walau siapapun jodohmu selepas itu, pandanglah matanya yang sudah tua...menghabiskan sisa hidupnya bersamamu, walau selekah, berkedut sana sini... tapi lihatlah keikhlasannya dalam sinar matanya, kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi tu. Yang mengorbankan sebahagian besar hidupnya, hanya untuk menyempurnakan jiwa kamu wahai lelaki yang sekian lamanya kosong dan sepi. Hargailah dia... :'(

16.11.14

So many things to cry for

Too many things have been so hard on me lately. I can't help but cry. I dunno why I'm so emotional. Maybe I'm coming on my period. I dunno.

I've been crying for not having any money.
I've been crying for not having any friends to talk to.
I've been crying because nobody asks me out anymore.
I've been crying because my workload has been doubled.
I've been crying for all the long hours I had to do my assignment, and how complicated it is to finish.
I've been crying because I lost some friends, just to be with some other friends.
I've been crying because those friends i left for didn't appreciate me.
I've been crying for being so stupid to leave my friends, for friends who don't appreciate me.

and I'm always crying for being a loser.
Life sucks.


12.11.14

Kuaci


Tak tau apa kena ngan aku malam ni. Tengah bosan ke? Tension? Kuaci hamster pun jadi aku ni. =.="

Hahahhaa.... ok, shut up.

Hari ni dapat asaimen baru untuk cetakan. Gile banyak benda nak kena beli....
-sekuji 14 inci
-warna rubber dye putih
-masking tape (heavy duty)
-bekas tupperware bulat murah
-sudu besi sedozen
-botol spray air

Hmmmm.... rasa macam baru aritu minta duit mama untuk print.

FYP terpaksa buat sikit-sikit. Dengan lecturer penyelia dah 5 minggu tak jumpa, stress punye pasal. Haha... jahat tul aku ni. Sori pensyarah, bukan sengaja :(

11.11.14

I am so exhausted! -_-

Wow! Lama sudah tak berblogging, terasa nak luah segala-galanya!! haha... Firstly, Hamster aku beranak lagi! Kali kedua dah ni... :) Tapi kali ni, dia tak makan anak dia. Ada 6 ekor. Mungkin sebab aku tak pindah-pindahkan anak dia... Semua ikut bulu bapak warne coklat... Teringin sebenarnya nak anak hamster warna putih gold, tapi tak dapat =.="
Geram tengok masa baru lahir. Macam embrio siot. Dah la gerak kaki semua terkedek-kedek cam robot, comel siut.


Rasa macam hilang tension sikit bila tengok hamster. Kerja asaimen makin bertambah. Tapi alhamdulillah dah boleh melepaskan nafas lega sebab dah hantar satu asaimen cetakan. Ni satu hasil cetakan yang berwarna hitam. Haha. Ni final, satu lagi berwarna. Dua-dua hantar kedai nak buat bingkai, kos RM40. Haha.. Tension aku duit kuar macam ayor. Lesap macam tu je ke asaimen.


Yang bawah ni pula bunga crepe aku belajar dalam kelas pengajaran kraf. OMaigoddd...dah lama gile nak belajar buat benda ni. Tapi asik tak ada kesempatan je. cantik sioott... Aku kahwin nanti boleh jadikan bunga untuk bouquet aku. haha... jimat kos, pkai kertas crepe ngan dawai ja... suke suke!


Yang bawah ni pula belajar dalam kelas yang sama. Belakang dia ada pin. Ni brooch. Guna cengkerang dan gam dengan glue gun. Aku tak suka sangat guna glue gun, panas... haha. Ni brooch kawan aku punye. Cantik kan? Dia cakap dia buat bentuk ikan. Haha. Tang mana ikan, aku tak taulah.


Hari Ahad lepas Encik Tunang mai umah. Dia bagi satu bundle kertas A1, 30 keping. Haha... Aku order kat dia, sebab jauh kena beli kat Shah Alam. Alang-alang dia nak balik kampung, jadi aku pesan kat dia. Time nak hulur duit, dia cakap tak payah, simpan je. Huhu... Terharu rasa. T.T Masa tak ada duit ni, Tuhan hantarkan orang untuk menyenangkan kita. Nak nangis ase. Tapi aku tahan je. Haha.. Gile pe nak nangis depan dia. Malu kot. Dulu nangis depan dia sampai merah muka. Sumpah malu bila ingat balik =.="

Lepas tu dia ajak makan. Hehe. Dahlah tak gitau awal-awal nak mai aritu, sebab beberapa hari sebelum tu kata nak jumpa lepas balik dari kampung. So masa tu dah gi beli nasi lemak. Kenyang kot. Dia acah nak merajuk sebab tak nak makan ngan dia. Haha. Lepastu dia suruh ratah tomyam dia. Sambil sembang ngan dia, aku pun ratah la... sampai habis ayam dalam tomyam tu!! HAHAH! Dari kenyang boleh habis, sebab semangat layan dia sembang.. :P Nampak tak kuasa cinta? Haha.. poyo je ayat. Then tetiba dia ajak balik sekali. Haha...

Memandangkan tak ada duit masa tu, aku cakapla, boleh, tapi dia kena belanja minyak. Dia okey je. Hehehe..untung gile dapat balik kampung... Rindu mama abah :P Untung la tunang ngan orang yang sekampung ngan kite. hehe.

Sehari je, petang tu balik sini balik. Hmm... masa sampai umah, dia naik moto tu rasa macam bercampur perasaan. Sedih, happy..semua ada. Rasa macam tak nak lepas pun ada... Sayang...betul-betul sayang kat dia... :) Tapi aku berpegang pada kata-kata ini, jika dia milik kita, pergilah jauh macam mana pun, dia tetap akan menjadi milik kita.

Impian aku nak bersama dengan dia di Syurga... walaupun aku rasa diri ni tak layak... tapi itulah yang aku impikan dari dulu sampai sekarang... Allah... perkenankanlah...


Miss you Encik Tunang :(