25.11.14

Cinta tak perlu dibuktikan dengan kata-kata :)

Bila teringat kembali tentang apa yang sudah berlaku pada masa lampau... rasa nak meronta-ronta! Haha... begitu banyak yang membuatkan aku sedih, geram...kekecewaan yang teramat. Namun aku tetap berada di landasan yang sama, tak berganjak walau sedikit dari tempat yang sama. Di sisinya. Walau sakit, walau pedih, semua badai aku lalui dengan tabah dan sabar, kerana aku yakin akan takdirNya untukku. Tapi seringkali aku dilanda rasa sangsi dengan pendirianya terhadap aku. Sayangkah dia padaku? Atau sekadar mengambil hati aku, kesian mungkin. 

Cinta...tak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Kerana walau kata-kata bisa menjadi tikaman yang paling berbisa, dan kadang-kala menipu. Tapi hati, tak dapat menafikan perasaan sebenar seseorang. Dia pernah mengucapkan yang dia tak pernah sayangkan aku, dia pernah mengucapkan yang semuanya dusta belaka, yang tak pernah wujud pun cinta untukku. Tapi pengakuannya yang menipu itu jua satu tipu daya. Egonya mempertahankan dirinya. Sedangkan yang ada di benak, sukar dilafazkan, kerana kepedihannya dua kali ganda.

Kalau tak sayang, kenapa dia masih menyimpan bantal yang aku berikan.
kenapa tiap malam dia masih memeluknya... walau setelah dia ketemu orang lain?
Apa simboliknya bantal tu?


Bantal yang masih tersimpan di sisinya. Menemani malam sepinya :)

Menyesal...kerana semua barang yang diberikannya padaku, aku pulangkan semula setiap kali kami bertengkar. Tapi barang yang aku berikannya, disimpannya hingga lunyai. Sayang sungguh dia. Membuatkan aku sedih :( Ternyata dia lebih setia. Allah... sungguh indah percaturan hidupMu. 

Lega hati kerana akhirnya terluah juga tentang kekhilafanku dari segi kesihatanku. Tapi dia tetap di sisi memberikan sokongan dan keperihatinannya. Allahu. PilihanMu juga adalah yang terbaik. Bersyukur kerana ditemukan dengan orang seperti dia. Walau kadangkala dia mengungkapkan kata-kata yang kurang rasional, tapi itu memang sikap semulajadinya. Dia terlalu jujur. Mengatakan sesuatu daripada hatinya, tanpa memikirkan akibatnya. Mungkin itu salah satu kekurangannya yang sudah aku lali. Mungkin orang lain akan mengatakan, "Kau memang bodoh sebab masih berada di sisinya!" Tapi bagi aku, aku sudah terima baik buruknya. Dan dia sebahagian daripada hidup aku. dan kami bakal melengkapi satu sama lain. Impian aku bersamanya hingga ke Syurga. Dia mimpi indah aku. Cinta dari ya Rabb. KurniaanNya yang besar bagi aku. Walau mungkin dia tidak sempurna di mata orang lain. Tapi bagi aku, dia cukup sempurna di mata aku. Kekurangannya membentuk kesabaranku, kelebihannya memuliakanku :)

Cinta awak <3

No comments:

Post a Comment