31.3.15

Give Up


Andai cerita kita terhenti di sini. Andai noktah itu sebagai pengakhirannya, aku rasa dah malas nak fikirkan pasal cinta. Cinta itu ada. Tapi aku akan berhenti percayakan diri aku. Kerana aku yang pilih dia, aku yang terima kekurangannya, aku yang bagi dia peluang. Jadi andainya ia berhenti separuh jalan, aku takkan maafkan diri aku kerana menghabiskan segenap nyawa aku mengabadikan dirinya dalam hidup aku, mengukir namanya dalam hati aku selama ni.

Andai aku berhenti berharap, hidup terbiasa dalam keseorangan, andai ibubapa mengesa aku juga untuk mendirikan rumah tangga setelah gagal atas usaha aku sendiri, maka aku terima sahaja pilihan mereka. Tapi sejujurnya, hati aku dah tawar untuk memberikan sepenuh perhatian lagi. Hati aku dah tawar untuk ikut kata hati aku. Kerana hati aku telah menganaiya kepercayaan aku. Hati aku yang tak pandai buat pilihan. Buta cinta.

Andai satu hari aku jumpa seseorang yang betul-betul rasa tidak boleh hidup tanpa aku, maafkan diri aku, kerana tak dapat nak berikan hati aku sepenuhnya. Hati aku sudah terkunci, tiada apa lagi yang aku harapkan. Andai kahwin tidak biasa berkongsi segalanya, dan sebahagiannya tersembunyi, rahsia bermaharajalela, mungkin aku tak layak memiliki hati sesiapa. Hidup terus dalam kecurangan, kesangsian dan kepura-puraan. Ah! Aku tewas lagi dengan bisikan racun.

Dalam hati cemburu dengan pasangan lain. Walau belum tiba masanya, semua ada angan-angan untuk bersama, merancang walaupun mereka tahu Tuhan telah tetapkan segalanya, dan mungkin ia tidak akan berakhir seperti yang dirancangkan, tapi mereka bahagia. Bahagia ada satu sama lain. Tiada rahsia, dan kejujuran menjadi milik mereka. Walau dipisahkan badai, namun hati masih rindu dan tercari-cari separuh nyawa yang dicipta sejak azali. 

Aku sedar, semua yang ada dalam genggaman aku, akhirnya akan terlepas jua. Semuanya bukan milik aku. Tapi milik Dia. Aku tiada hak langsung atas semua yang aku ada sekarang. Kerdilnya aku di atas muka bumi Tuhan ini. Tiada apa-apa. Manusia paling miskin. Dalam sekelip mata sahaja Allah boleh tarik segala-galanya daripada aku. Tanpa izinNya, aku takkan peroleh apa yang aku ada sekarang. 

Mungkin takdir aku kahwin dengan orang yang tak sayang aku sepenuhnya, yang masih sayang kat ex dia, kerana aku sendiri tak sempurna. Benarlah, lelaki baik untuk perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat.

Macam mana diri aku, macam tu la pasangan aku.
Kalau aku curang, aku takleh salahkan dia kalau dia curang.
Kalau aku pun perangai macam setan, aku takleh salahkan dia kalau dia pun perangai cam setan.

Sebab dia adalah aku.

sudah. mengarut dah aku ni tengah malam. Sumpah aku sedih. hidup aku tak bahagia macam orang lain... tapi aku tak nak salahkan Tuhan. pasti ada hikmahnya, cuma aku tak nampak lagi :(

lemah. itu yg aku rasa skrg.

29.3.15

Jalan mati


Assalamualaikum dunia. Aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar semua?
Haha.. Siapa ternyanyi tu, meh nak bagi mike suruh karaoke.
Hari ni Ahad. Pagi tadi teman mama pergi Ipoh Ariani. Perh... Ada sale siot. Empat helai Tudung printed RM100, Empat helai tudung kosong RM50. Daripada harga RM880 jadik RM450. Sesak aku teman mak aku dalam kedai tu. Semua orang tolak menolak untuk mendapatkan tudung idaman. Hahahah... Mak aku beli tudung yang atas rak... Sehelai RM69. Perh. Itu kalau aku bawak gi AEON, dapat 6 helai t-shirt, dua ketul donat dan aiskrim kon dua bijik. Aku tahu apa korang pikir. Sebab aku dulu pun macam korang, pikir, "bapak kaya dia ni"...

Tapi itulah mak aku. Nak beli barang mesti nak yang berkualiti. Biar mahal, janji tahan lama. Pengajarannya aku belajar masa kat Uni dulu. Aku ni boleh dikatakan ikut perangai abah aku. Mesti nak beli yang murah je... Tapi tu le. Tiap kali aku beli barang murah, sekejap je leh pakai, lepas tu rosak. Pernah satu hari shopping barang keperluan kat kedai, aku tanya abah aku, "Macam mana nak pilih hanger untuk dibeli?" Abah aku ambil satu set hanger, dia cuba bengkokkan sikit. Aku hampir terjerit kat situ. Risau kalau hanger tu patah. Tapi abah aku ni acah-acah je. Sambil tu dia berkata, "Kalau nak pilih hanger, tengokla camni... hanger lembik. gantung baju basah yang berat, kejap je bengkok. Harga pun tengokla...murah memang murah.. tapi kualiti tak ada. Tu sebab mama suka beli barang mahal". Terdiam aku masa tu. Satu pengajaran yang bernilai aku dapat pada hari tu. Sebab tu sampai sekarang terngiang-ngiang apa abah aku cakapkan itu. Betul-betul belaka.

 Mak aku ni citarasa dia tinggi. Tidur pun bilik beraircon, kalau melancong satu tempat, mana main bilik-bilik bajet biasa yang bau hapak tu. Tapi aku tak pernah pertikaikan. Sebab apa? Dulu dia hidup susah. Kena buli plak ngan mak tiri dia masa kecik-kecik dulu. Lepas tu bila dah dapat kerja, dah pegang duit sendiri, memang layak pun dia gunakan duit dia untuk keselesaan dan kepuasan hidup dia. Sebab dia dah pernah susah. Ini reward untuk dia. Bertambah untung pula bila dapat suami macam abah aku, tak pernah merungut. Kadang-kala kesian juga tengok abah aku seolah "dibuli" suruh buat itu ini. Tapi bila dah meningkat dewasa ini, aku boleh pikir sendiri. Semua yang abah aku buat, atas dasar kasih sayang. Dia memang sangat sayangkan mak aku. Mak aku suruh kahwin lain pun dia tak nak. Dan mak aku pun dah terlalu banyak berkorban untuk keluarga aku. 

Aku masih teringat ketika mak aku baru keluar bilik bedah, buang rahim dan ovari dia. Pembedahan yang makan masa paling lama dalam sejarah. Tak ingat la berapa 3-6 jam? Masa tu aku kecil lagi... tak faham apa-apa. Yang aku ingat, aku pergi ke tepi katil mak aku, aku bisik kat telinga dia "kakak balik dulu" sbb time tu abah nak bawa balik, rehat kat rumah. Masa aku cium pipi mak aku masa tu, sejuk je... mak aku pun xleh gerak sangat. Bila teringat balik sedih rasa. Macam mana la kalau mak aku tak ada nanti. Keadaannya pasti begitu, cuma bezanya, mak aku takkan dapat lagi mengangguk kecil mendengar kata-kataku.

Tadi bakal mentua aku tanya bila nak datang rumah. Aku cakaplah aku sibuk kerja. Padahal dalam hati masih terasa kecik hati dengan mereka. Aku tak tahu la sampai bila aku akan rasa macam ni. Sedih, geram... Bolehkah aku hadapi nanti kalau dah jadi sebahagian daripada mereka? Serius... aku masih belum bersedia lagi untuk dipijak-pijak lagi. Mungkin sebab ni Allah melambatkan jodoh aku? Macam mana nak bagi sedia? Tak cukup matangkah aku lagi?

Bila aku cakap aku sibuk dengan kerja, dia buat ayat merajuk. Tapi serius, aku tak rasa macam nak layan. Mereka boleh nampak apa yang mereka nak, tapi ada mereka selami apa yang aku rasa? Takkan sama dengan perasaan mak aku yang sekali sekala menjenguk aku kat pintu bilik kerana dapat merasa sesuatu yang tidak baik pada anak dia. Bolehkah aku hidup dikelelingi oleh orang-orang yang takkan pernah faham dengan kehendak aku?

Tadi dalam perjalanan pergi Ipoh, mama bukak cerita pasal perkahwinan aku. Kalaulah telinga aku ni pekak, dah lama aku tutup alat pendengaran aku. Mama cakap, kawan-kawan dia kat sekolah semua dok tanya aku ni bila nk langsung. Mereka tanya mak aku nak bagi apa? Mak aku cakap, takyahlah tanya sebab belum tahu apa-apa lagi. Ada cikgu yang offer nak bagi cadar katil, ada yang offer nak buat pelamin... Mak aku cakap tak ada buat pelamin-pelamin.... Dalam hati aku, memang mak aku nak simplekan kepada kenduri sahaja. Allah dah makbulkan doa aku ke? tapi hati aku tenggelam bila teringat dengan sikap bakal mertua aku.

Mama tanya aku, "kakak...tak ada cerita apa-apa lagi ke?"

Aku hanya mampu mereka cerita yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.

"Entahlah.. tahun depan kot. Mungkin diorang nak ikut perjanjian masa merisik dulu. Masa merisik kata nak kahwin lagi dua tahun lagi kan..."

Mak aku angguk sahaja. Kemudian dia berpesan, "Nanti gitau Ikram, kalau nak buat tahun depan, buat awal-awal. Sebab mama nak ready nak gi konvo adik kamu kat UK tu, entah bila. Kalau ujung tahun takpe, jenuh kalau July...tak tau nak amik cuti apa".

Aku cuma angguk dan diamkan diri, dengan harapan mak aku tidak lagi meneruskan perbualan tentang topik tu. Sampai sekarang aku tak gitau dia lagi sal pesanan mak aku tu. Sejak semalaman gaduh dengan dia sebab cakap sal "benda yang tak pasti" ni. Aku dah lebih berhati-hati supaya tidak cakap pasal kahwin, walaupun kadang-kala dia yang mulakan dulu. Dia tak suka, tapi dia yang cakap sal kahwin. Aku hanya mampu tukar topik sahaja, supaya tidak melalut. 

Tak apalah, kalau tak jadi ikat tahun depan pun, masih ada tahun lagi satu. Gunung takkan lari kalau dikejar pun. Dan kalau dia rasa lambat sangat, mungkin Allah nak jodohkan dia dengan orang yang lebih baik. Kalau aku melepas pun tak apalah. Kecewa sepanjang hayat pun, kat Syurga aku tetap akan bahagia. Masih terfikir, aku belum matang lagikah, benda macam ni pun aku dah pandai redha dan pasrah. Hahaha... Yakin rencana Allah itu yang terbaik.



Cuma jujur aku cakap... selagi tak ada kata putus, aku pun dah hilang mood nak buat apa. Kata nak tolong kumpul duit, tapi haprak pun tak ada. Semua aku spend bagi kat mama abah, guna untuk diri sendiri, adik-adik, anak-anak murid. Tak ada semangat nak kumpul untuk kahwin, sebab sejujurnya... aku tak nampak lagi jalannya. Seolah memandang satu pintu yang tertutup. Menunggu untuk ia buka... walaupun kunci ada dalam tangan, tapi masih harapkan orang yang di dalam untuk membukanya dan mengalukan aku untuk masuk.

Hidup tanpa keyakinan, suatu jalan yang mati.

23.3.15

Pilihan

Kalau cinta, tak semestinye memiliki.
Kalau sayang, jgn hrpkn yg dia juga syg.
Kerana akhirnya... Kita takkan ada byk pilihan.
Semua sudah tertulis.
Hanya ada dua pilihan; terima dgn hati yg terbuka, atau tinggalkn dgn hati yg pasrah.
Bukan mudah untuk bahagia.

21.3.15

Terlampau excited

Hmm... Aku ni beria sgt ke nk kawin? Menyesakkan ke tiap kali aku bukak cerita sal kahwin? ... Mungkin aku terlampau excited kot. Expectation pun tinggi sgt. Angan-angan pun tinggi. Tak padan dgn bajet. Miskin tapi nk perkahwinan ala2 mcm princess. Tak padan langsung. :(

Dahla asyik bebel sal kawinnnn je. Cam takde benda len nk ckp. Itu je perkara yg boleh buat aku happy and lupa masalah sekeliling. Hmm... Hidup aku penuh dgn warna hitam kelabu. Tak menarik. Kadangkala tercalit sedikit warna ungu kerinduan.

Hidup tak selalunya indah, namun juga tak selamanya mendung. Tapi harapan itu tetap ada. Percayalah dan yakinlah.

Sebab tu aku beli buku. Nak tenggelam dalam pembacaan agar aku tak melemaskan kau. Tapi tiba-tiba dpt idea plak buat hantaran. Layankan jela jiwa oii.. Aku dah mereng. Dah lama aku tertunggu saat itu. Hanya satu sahaja yg dapat memisahkan kita. Ajal. Andai ia menjemput aku dahulu, kau teruskan jela hidup kau dgn org kedua yg kau syg. Kau kn byk pilihan. Keliling pinggang. Pilih saje!

Impian aku dari dlu hanya satu je. Nk bersama kau kt Syurga. Andai aku sakit tenat pun aku akn gesa parents aku utk nikahkn kita ngan segera. Sbb aku nk tunggu kau kt pintu syurga. Tapi kalau tak sempat pun xpela... Sekurangnya aku dh cuba. Biar takdir yg bawa kau pada aku skrg.

Klau kau x suka aku yg beria ckp sal kawen xpela. Aku cuba cari bnde len utk hiburkn hati aku...

16.3.15

Apa Salah Aku?

Satu perasaan yang aku paling tak suka, ialah perasaan sedih. Sedih. Suatu perasaan yang selalu menjengah hidup seorang perempuan. Ada kalanya ia datang tanpa sedar, tanpa mengetahui asal usulnya, tanpa sebab. Tapi selalunya kalau aku sedih, tu tandanya aku nak datang period. Entahlah... kebelakangan ni sedih tak tentu fasal je. Skit-skit sedih. Baru-baru ni hamster kesayangan aku pergi meninggalkan aku selamanya aku tak tau nak sembunyikan mana rasa sedih tu. Bila teringat kat dia air mata ni bergenang laju je membasahi kelopak mata. Kali pertama aku rasa kehilangan sesuatu yang aku sayang sangat-sangat. Masa arwah atok pergi, aku tak ada rasa sedih macam ni. Sebab aku tak rapat sangat ngan atok aku. Tapi Hero ni hamster yang paling baik aku pernah jaga. Dia tak pernah gigit aku. Lagi manja-manja ngan aku ada la. Selalu kalau dia tengah tidur, dan aku datang dekat ngan sangkar dia, dia mesti terjaga sebab bau aku. Bangun semata nak sambut aku. Paling sedih aku dah janji nak main ngan dia... tapi aku selalu sibuk ngan kerja kebelakangan ni. 

Masa mak aku cakap tu, aku macam tak caya je. "Dah gi tengok hamster ko? dia dah tak ada dah"
Time tu aku tak bangun lagi. Mamai-mamai lagi. Bila gi tengok, Hero dah kereh dah :'( badan dia penuh ngan air liur dia yang meleleh dari mulut. Hero :'( Seriusly, bila nak angkat dia, menggigil tangan aku, air mata turun laju-laju. Sekujur tubuhnya yang aku selalu pegang, selalu lembut, hangat, kini keras dan kaku. Sedih sangat. Aku sebak sangat bila nak tanam dia. Depan abah aku habis nangis. Tak tertahan dah. Tapi Allah lagi sayangkan dia. Aku rela lepaskan dia, tapi hati aku sedih sangat sebab aku tak dapat nak tunaikan janji aku untuk main dengan dia. Rasa bersalah menyelubungi diri aku. Maafkan aku Hero :'(

                                                           * * * * * * * * * * * * * * *
Dah 3 hari berlalu sejak Hero tak ada. Aku masih rasa kehadiran dia dalam rumah ni. Macam ditakdirkan pula dia pergi pada hari yang aku buat appointment untuk job photoshoot ngan seorang klien untuk hari perkahwinannya. Jadi seharian tu aku busy ambil gambar, tak ada masa nak bersedih. Tapi bila ada orang sebut pasal Hero atau bila teringat kat dia, automatik aku jadi sedih. Bagi aku, Hero yang paling rapat ngan aku. Yang faham aku. Aku memang jenis anti sosial tak ramai kawan. Jadi bila ada pet, aku rasa macam special sangat, macam ada orang care aku. Sebab tak macam manusia, dia takde kutuk mengutuk, bagi aura negatif, tak ada marah-marah, merajuk-rajuk lebih-lebih, dan tak ada nak jatuhkan aku. Dia cuma tau main je dan manja-manja.

Tadi aku mesej tunang aku. Aku saje je gurau-gurau cakap dia mesej ngan awek. Kebelakangan ni dia macam busy je. Macam dah tak ada masa nak pikir sal aku. Jadi aku saje usik dia. Tapi tadi kena marah plak. Dia cakap aku tuduh dia bukan-bukan. Dulu kalau gurau macam tu, dia mesti nak pujuk ke atau tanya mana aku dapat info tu, buat-buat risau yang aku nk dump dia, tapi sekarang tak ada dah. Skit-skit nak marah. Aku dahla alergik ngan orang yang marah-marah ni. Sedih aku. Bila hari bekerja, sibuk. Balik rumah pun sibuk main game. Aku kalau busy pun nak gak selit mesej dia... Kalau macam ni gaya, tak best dah kalau nak kacau dia.

Tiba-tiba teringat kat budak kelantan tu. Try cari profil dia tak jumpa. Takkan dia block aku plak? So aku pun bukak la fb tunang aku. Aku ni gatal tangan skit. Pantang kalau tak tekan butang inbox tu. Aku saje tekan. Niat bukak fb dia pun sebenarnya nak tengok kalau minah tu blok aku atau tak. Tapi aku tak search pun nama dia lagi. Bila dah tertekan butang inbox, ternampak plak gambar dia dalam inbox. Dalam hati aku, "ohhh.. dia blok aku rupanya. tapi... eh? dia baru mesej?"

Tengok-tengok.... 4 hours ago. Hmmm... patotle tunang marah. Agaknya dia ingat aku dok intip inbox dia, pastu tuduh bukan2 sebab tengok mesej budak kelantan tu kot. Mengeluh panjang aku. Kalau ye pun, takyah marah kot. Dulu tak ada pun camni... Leh je gentle lagi layan aku.

Tu la sebabnya kadang-kadang rasa macam aku bukan orangnya. If I was the one, he would treat me nicely like he don't want to lose me. Entahla. Aku banyak tengok drama cinta banyak sangat kot. Cakap pasal drama cinta, teringat ayat dia hari tu. "Abang tak suka cakap pasal benda yang tak nampak..." Dalam hati aku, "Benda yang tak nampak macam 'aku' la?" Mungkin sebab tu dia tak ada mood nak cakap ngan aku. Sebab aku tak ada depan mata dia. Buat aku lagi sedih bila dia cakap camtu. Macam aku sorang je yang terhegeh. Macam dia langsung tak ada angan2 ngan aku.

Pasal budak Kelantan tu... entahlah.. Aku nak marah dia pun tak ada guna gak. Nak marah budak tu, nama pun 'budak' lagi. Memang sah la dia tak reti bahasa. Yang aku marah tu, aku dah cakap aku tak suka dia layan budak tu, tapi dia reply gak mesej budak tu. Takleh ke dia ignore je buat dek? Dulu ada lelaki kacau aku, dia tak bagi aku mesej budak tu, sebab dia tak suka. Bila aku tak suka dia mesej perempuan tertentu, dia layan gk. Adil ke?

Mungkin aku memang tak layak kot untuk dia. Aku memang layak untuk orang pijak-pijak je. Tak ada harga diri pun. Mak ayah dia pun macam tak nak bagi kawin je. Mama cakap, selagi diorang tak datang, apapun takleh nak buat. Nak tunggu duit dah cukup... Aku baru habis belajar Januari lepas. Baru sebulan kerja... nak minta aku tolong cari duit... I'm trying here. but its never gonna be enough. Isn't it? Bukan nak minta bayar hantaran tu terus. Nak bincang je pun. Mana nak tau daripada perbincangan tu, boleh dipermudahkan lagi. Sedih... Bila mama ngan abah nak permudahkan... pihak lelaki plak nak susahkan diri sendiri.

Biar kita semua susah. Takpe, saya redha. Saya cuma ikut aturan Allah. Tapi sejujurnya, hati saya dah tak sekuat dulu. Kalau dia pun tak kuat nak pertahankan, apatah lagi saya.

Heran gak. nape kn... bile ank first... sanggup gi melaka pergi balik, ada risik, tunang, nikah,...
Hantaran RM10 000, ada kenduri sambut menantu...

tapi bila turn aku...
bila famli nak permudahkan...
saje nak susahkan diri. lepas risik, nak tangguh lagi dua tahun. saje nk menambah dosa. tapi nak minta lagi mudah. mcm mana tu. Teringat ayat bakal mentua dulu masa merisik, "Janganlah gitau mama abah. nanti diorang panggil ramai-ramai... kita tak nak ramai-ramai nanti macam2 yg diminta". Tergelak aku dan terguris rasa hati. Belum cuba lagi belum tahu tapi dh tuduh bukan2. Ngan orang lain sanggup. Tapi bila ngan aku? Semua orang nak pijak-pijak aku... nak pergunakan aku.
belum jadik famli lagi, tapi terasa sangat macam dianak tirikan.

Dan dalam semua kesedihan yang aku tanggung sorang diri ni...
Kedengaran syaitan mengilai gembira.

aku sedih sgt. xde org yg fhm.