Andai cerita kita terhenti di sini. Andai noktah itu sebagai pengakhirannya, aku rasa dah malas nak fikirkan pasal cinta. Cinta itu ada. Tapi aku akan berhenti percayakan diri aku. Kerana aku yang pilih dia, aku yang terima kekurangannya, aku yang bagi dia peluang. Jadi andainya ia berhenti separuh jalan, aku takkan maafkan diri aku kerana menghabiskan segenap nyawa aku mengabadikan dirinya dalam hidup aku, mengukir namanya dalam hati aku selama ni.
Andai aku berhenti berharap, hidup terbiasa dalam keseorangan, andai ibubapa mengesa aku juga untuk mendirikan rumah tangga setelah gagal atas usaha aku sendiri, maka aku terima sahaja pilihan mereka. Tapi sejujurnya, hati aku dah tawar untuk memberikan sepenuh perhatian lagi. Hati aku dah tawar untuk ikut kata hati aku. Kerana hati aku telah menganaiya kepercayaan aku. Hati aku yang tak pandai buat pilihan. Buta cinta.
Andai satu hari aku jumpa seseorang yang betul-betul rasa tidak boleh hidup tanpa aku, maafkan diri aku, kerana tak dapat nak berikan hati aku sepenuhnya. Hati aku sudah terkunci, tiada apa lagi yang aku harapkan. Andai kahwin tidak biasa berkongsi segalanya, dan sebahagiannya tersembunyi, rahsia bermaharajalela, mungkin aku tak layak memiliki hati sesiapa. Hidup terus dalam kecurangan, kesangsian dan kepura-puraan. Ah! Aku tewas lagi dengan bisikan racun.
Dalam hati cemburu dengan pasangan lain. Walau belum tiba masanya, semua ada angan-angan untuk bersama, merancang walaupun mereka tahu Tuhan telah tetapkan segalanya, dan mungkin ia tidak akan berakhir seperti yang dirancangkan, tapi mereka bahagia. Bahagia ada satu sama lain. Tiada rahsia, dan kejujuran menjadi milik mereka. Walau dipisahkan badai, namun hati masih rindu dan tercari-cari separuh nyawa yang dicipta sejak azali.
Aku sedar, semua yang ada dalam genggaman aku, akhirnya akan terlepas jua. Semuanya bukan milik aku. Tapi milik Dia. Aku tiada hak langsung atas semua yang aku ada sekarang. Kerdilnya aku di atas muka bumi Tuhan ini. Tiada apa-apa. Manusia paling miskin. Dalam sekelip mata sahaja Allah boleh tarik segala-galanya daripada aku. Tanpa izinNya, aku takkan peroleh apa yang aku ada sekarang.
Mungkin takdir aku kahwin dengan orang yang tak sayang aku sepenuhnya, yang masih sayang kat ex dia, kerana aku sendiri tak sempurna. Benarlah, lelaki baik untuk perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat.
Macam mana diri aku, macam tu la pasangan aku.
Kalau aku curang, aku takleh salahkan dia kalau dia curang.
Kalau aku pun perangai macam setan, aku takleh salahkan dia kalau dia pun perangai cam setan.
Sebab dia adalah aku.
Macam mana diri aku, macam tu la pasangan aku.
Kalau aku curang, aku takleh salahkan dia kalau dia curang.
Kalau aku pun perangai macam setan, aku takleh salahkan dia kalau dia pun perangai cam setan.
Sebab dia adalah aku.
sudah. mengarut dah aku ni tengah malam. Sumpah aku sedih. hidup aku tak bahagia macam orang lain... tapi aku tak nak salahkan Tuhan. pasti ada hikmahnya, cuma aku tak nampak lagi :(
lemah. itu yg aku rasa skrg.
No comments:
Post a Comment