Ketika ini, fikiran aku dibelenggu oleh pelbagai perkara yang remeh. Memang aku boleh memilih untuk lari dari semua tu, tapi jika aku lari pun, sampai bila? Masalah takkan hilang selagi kita tak hadapinya. Haih...Sedih dengan perangai kawan yang suka ambil kesempatan. Rasa tenang lagi masa gaduh dulu. Masing-masing tak bertegur siapa. Walaupun agak sunyi masa tu, sebab tak ada kawan, tapi sekurangnya banyak masa untuk diri sendiri. Bila dah berbaik balik, dia mula la perangai lama dia balik. Dahlah pentingkan diri sendiri! Dari dulu, tak pernah berubah. Tak pernah pikir, "aku ni menyusahkan orang ke tak?" Janji kerja dia siap, susahkan orang pun takpe. What the hell.
Hari ni memang tahap sabar aku dah sampai ke hadnya. Rasa nak meletup je tadi, tapi sedaya upaya aku tahan. Berapa banyak kali sudah aku beristighfar di bawah nafas kemarahan aku. Cungap-cungap menahan marah. Dalam hati, sabar....sabar Seri...jangan sekali-kali meletup. Aku tau, kalau aku meletup, memang maki-maki aku nanti. dan Kata-kata itu sesungguhnya berbisa, bertahun lamanya pun tak mustahil lukanya masih merah lagi. Aku pun bukan jenis yang suka menyakiti hati kawan, tapi kalau orang tu sendiri tak jaga hati kawan, macam mana aku nak jaga hati dia? Berapa kali juga tadi aku asik tersasul marah kat dia masa tolong dia. Aku tolong dia angkat barang nak ke kampus, sebab dia ada penilaian dengan pensyarah. Masa tu tinggal lagi stengah jam nak ke kelas. Dia dah cakap awal dah, dia nak ponteng kelas tu. Tapi aku tak boleh nak ponteng, aku kena pergi juga kelas tu. Takut ada informasi yang aku tak dapat nant. Dan sudah tentu untuk mengisi kedatangan yang ada. Tak naklah nanti kena fail subjek semata-mata sebab tak hadir kelas.
Dua kali jugak hangkut barang pergi dan balik. Sebab barang yang diangkut tu pun besar. Kena ikat atas kereta dia. Siap letak plastik kat bumbung kereta, takut kena calar. Al-maklumlah, kereta baru. Puih. Nyampah gila. Pastu time nak balut barang dia tu, buat trip yang kedua, langit dah gelap, macam nak hujan, tapi belum hujan lagi. Aku tengok macam tak hujan lagi. Aku cakap la kat dia, "letak je atas kereta, nanti kalau takut hujan, plastik tu kemudian baru ikat." Tapi dia xnk dengar cakap aku. Dia nak ikat jugak satu-satu plastik. Terhegeh-hegeh dia ikat.. makin lama, makin teliti konon dia dok perkemaskan balutan. Aku dah pening dah. Dalam fikiran dok risau lambat pergi kelas. Yang aku geram, aku dah cakap aku nak pergi kelas. Dia boleh buat-buat lambat pula. Taulah dia tak nak pergi kelas, tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain! Bodoh.
Nak minta tolong orang, tapi menyusahkan orang, buat apa?
Lagi aku fikir, lagi aku nampak yang AKU je yang banyak tolong dia. Ada dia tolong aku buat apa2? Tak ada pun. Dia tolong pun, mesti ada niat tersembunyi nak suruh aku tolong dia. Geram aku! Patutlah aku tengok member dia yang sebelum ni dah tak pergi kelas sama ngan dia.
Hmmmm... Pastu tadi, setengah jam jugak lambat sampai kelas. Hujan lebat gila. Bertakung barang dia dengan air. HAHAHA padan muka! Bila dah siap, dia nak cover la kunun dia ambil berat, "Eh, takpela..pergila ke kelas." Tapi buat apa kalau dah lambat stengah jam? Aku sampai kelas je tadi lecturer tengok aku semacam. Tak sampai 2 minit, lecturer cakap, "ok, jumpa minggu depan"
What the hell? Kelas dah habis??? Banyak benda aku dah miss! Bila tanya kengkawan lain pasal apa yang pensyarah nak minggu depan, semua bagi jawapan samar-samar. Tak puas hati betul tak dapat dengar dari mulut pensyarah tu sendiri :( Ni semua DIA punye pasal! Kalau tak naik kereta dia, memang aku dah balik dah. Masalahnya aku naik kereta dia tadi. Nak tak nak kena balik ngan dia petang nanti.
Then, aku dah janji dengan penyelia projek nak jumpa lepas kelas tu. So dalam hujan tu aku rushing pergi studio. Tunggu 1 jam juga, sampai dapat mesej dari penyelia yang dia tak dapat jumpa. Postpone esok pula. Hmmm... Yang kawan aku tu pukul 4.30 baru datang balik nak penialaian dengan pensyarah dia. Masa tu pukul 3.30. Aku pun mesej la kawan aku. Aku cakap, nanti dah habis, mesej aku. Aku tunggu la hampir tiga jam! Asar, maghrib solat kat studio. Orang lain semua dah balik. Dia tak habis menyelia lagi. Hmm...Time balik, pensyarah dia tak bagi bawa balik barang dia. Sia-sia je aku tunggu. Bukan nak kena tolong ke apa. Macam orang bodoh tunggu dia. Baik aku balik rumah buat kerja. Ni tak, tidurlah aku kat studio tunggu dia. Babi btul.
Bila dah time nak balik, dia cakaplah, "pensyarah tak bagi bawa balik. Esok baru bawa balik". Aku cakap la laju-laju, yang aku tak boleh. Dengan selambe dia cakap, "tak pe, tak pe.... si A ni ada untuk angkat" Babun betul. Seolah aku tolong dia tu, macam tak ada apa-apa. Pastu tak reti nak minta maaf plak tu...
Aku lambat pergi kelas... bukan masalah dia.
Aku tidur dalam studio tak buat apa-apa... bukan masalah dia.
Aku kena hujan, sakit, maigrain....bukan masalah dia.
Yang paling bengang masa nak balik tu. Dia cakaplah kat si A, yang duduk seat depan kereta dia.
"Hmmm laparlah. Dari pagi sampai malam ni tak makan lagi, Seri dah makan?"
Dia dah tau aku dari pagi sampai petang, ikut dia, stay kat studio tunggu dia... Dia boleh tanya dah makan ke tak? Aku geram sangat, aku balas balik, "Rasa-rasa?"
Si A gelak je ngan jawapan aku. Dia tak tau aku tengah tahan marah. Naseb baik duduk belakang kereta, sempat la aku kuarkan air mata jantan aku. Sedih sangat kawan buat aku macam ni! Dia pikir diri dia je. Orang lain susah, dia tak nampak.
Lepas ni, kau susah, aku malas nak tolong kau dah. Aku tolong, sebab aku kesian kau sebagai kawan. Tapi kau suka susahkan orang lain tanpa rasa bersalah. Kau pentingkan diri sendiri.
Aku teringat peristiwa sebelum ni... Masa tu print kerja asaimen dengan kawan-kawan. Ada masalah dengan komputer kedai, lambat buka file dia. Masa tu dah nak habis Maghrib. Aku cakap la kat dia, "dah nak habis Maghrib ni. Kita balik solat dulu la... nanti datang balik print", Dia cakap... takpe tunggu la sikit lagi kot. Sebab dia sorang, Aku ngan 3 orang kawan lagi tak solat maghrib. Dalam kedai tu juga aku tegur dia, sebab dah geram sangat, aku cakap kat dia, ngan mata aku terjegil, "weh... kau sedar tak Maghrib nak habis ni... entah-entah file ni tak bukak sebab kita tak solat lagi...jomlah balik solat dlu...buat yang wajib dulu". Boleh dia cakap, "takpela...korang balik la dulu, aku nak stay sini" Aku cakap, "kau ni tak nak solat ke?" Dia boleh cakap, "aku ada lagi skit kot"(period hujung). Dah tau tengah period, tak cakap awal-awal kat kami suruh balik dulu. Kami punyalah tunggu dia, dia boleh halau macam tu je?? Solat boleh main-main. Entah betul ke tidak period pun tak tau. Pentingkan diri sendiri, sampai leh heret kawan-kawan tak solat, heret kawan tak pergi kelas. Kawan apa macam tu?
Orang lain yang tak kenal dia, memang la cakap dia baik. Dia tu talam dua muka. Dia cakap, lembut je, ayu je...sweet talker betul. Tapi perangai.... Ya Allah.. kalau tak duduk serumah, takkan taulah...
Macam mana la pakwe dia leh tahan dengan dia. Ngan pakwe dia, toksah cakapla. Lagi teruk kena buli. Dari KL, suruh pakwe datang hari ni jugak, takde kompromi. Datanglah mamat tu. Ada password FB pakwe, habis semua perempuan dia blok. Punyerlah sekat pakwe dia dari berkawan, tapi belakang pakwe dia, gatal dengan jantan lain. Suka sangat bila lelaki ngorat dia, mcm dia hot sangat. Please la... Kalau aku kawan yang jahat, habis rahsia dia semua aku repot kat pakwe dia. Tapi buat apa aku buat macam tu? Biar ar Tuhan je yang balas perbuatan dia terhadap pakwe dia. Tapi kalau perkara yang melibatkan aku, jangan harap kau boleh main-mainkan aku lagi.
No comments:
Post a Comment