Minggu-minggu hujung ni, macam-macam pula pensyarah ni minta kite buat. Hmmm... Pergi KL pun sebab kena cari lagi bahan untuk projek akhir sem ni. Duit dah nak kering. Haha. Habis aku keluarkan duit yang ada dalam bank. Duit dalam tangan tu la duit terakhir aku. Sebab tu susah hati bila ada orang nak pinjam walau sekejap. Haha... Sabtu semalam tengahari aku bertolak ke KL. Cadangnya nak pergi Ahad, tapi disebabkan kawan aku baru beritau yang kedai tutup hari Ahad, aku pun pergi la semalam. Pasrah je kalau kedai tutup awal. Tapi alhamdulillah. Ikut GPS, senang je sampai kedai tu kat Chow Kit. Cantekk... Kedai tu khas untuk Printing. Haaa... kat bawah ni gambar kedai tu dan isi-isinya. Siapa nak buat printing t-shirt boleh la cari barang silkscreen kat kedai ni. Terletak di belakang Hotel Vistana dan Bas Stesen Pekeliling. :) Kalau naik KTM, turun kat Titiwangsa tak silap.
Apa benda botol-botol ni? Haa.. ni la Rubber Dye. Pewarna untuk cetak baju. Tapi pakai yang ni lama-lama nanti tanggai gak. Sebab dia getah kn. Dia jual dalam kilo. Ada 0.8kg dan 1kilo. Macam aku pakai ni untuk belajar. So cetak pun atas kertas.
Then dah selesai beli barang kat kedai cetakan, aku pun ambil keputusan untuk ke Pasar Seni, cari kertas. Cadangnya nak balik rumah. Esok baru pergi Pasar Seni. Tapi dah alang-alang awal lagi, aku pun terus pergi cari. Guna GPS. Haaa tang ni yang sesat habis ni. Usya la gambar-gambar sesat aku kat KL. Berapa kali pusing-pusing, tapi tak jumpa-jumpa. Nampak Stesen Pudu, Nampak Masjid India.. tapi mana tah Pasar Seni. Grr...
Memang sesat la cerita dia. Last-last aku give up. Ambil keputusan untuk ke Masjid Sunway. Sebab dah nak Maghrib. Esok jela pergi cari balik Pasar Seni tu.
Kat sini je aku selesa nak gi solat. Tak tau la kenapa. Sebab masjid ni ramai orang kot. Tak macam masjid lain. Huhuhu...Sunyi sepi je. Keesokan harinya aku ditemani Encik Tunang ke Pasar Seni. Yeah! Ada orang teman :) Nak kacau dia, tapi fikir dia penat seminggu. Cian plak. Tengok-tengok dia nak teman, Hehehehe... Dia cakap aku merajuk. huhu... Padahal aku hilang mood bila awek lama dia tiba-tiba mesej dia. Arghh ilang mood aih. Boleh plak minah tu kacau time keemasan macam ni.
Agaknya sebab nak pujuk aku, encik tunang nak ikut aku gi Pasar Seni. Heheh...Siap payung duit minyak tu!. Yahooo malam ni leh makan nasi. :D Sepanjang perjalanan pergi balik, aku tolong balaskan mesej awek lama dia.. HAHAHA..kalau minah tu tau, mau tercirit dia. Hmmm...motif sgt dok contact balik encik tunang. Geyammmmm.... Tapi tengok encik tunang, dah lain la sekarang. Dia banyak jaga perasaan aku. Dia betul-betul serius ngan aku. Huhu. Sungguh, aku takkan sia-siakan kesetiannya itu. Aku takkan mengalah! (muka serius) Aku akan fight untuk hubungan ni, selagi mana aku boleh. :) Tadi cari kedai kat Pasar Seni tu. Rupa-rupanya kedai dia kat belakang. Haha...
Punyalah cari. Rupanya kat belakang. :P
Tapi barang yang nak cari, tak ada kat sini. Kecewa :( Mana nak cari mounting board tebal yang mahai. Kebuntuan. Ke nak cari kat curve plak? Penat mencari. Penat badan, penat duit woo.. Esok jumpa lecturer, harap-harap dia permudahkan urusan. Huhu... Tak tau mana nak cekau dah duit.
Selepas dah beli barang tu, jalan-jalan jap dalam Pasar Seni. Hehe Lepas tu balik. :D Happy sangat. Encik Tunang mcm tau je, keinginan perempuan untuk berjalan-jalan ni. Hahaha... puas betul cuci mata. Hahaha.. ;D bahagia rasa. Masa nak hantar encik tunang pulang ke rumah, tengok muka penat dia layan aku, rasa terharu sangat. Dalam perjalanan ngomel sorang-sorang sal duit. Dah macam rupa abah je, kira-kira duit sewa rumah, duit belanja, duit nak bagi aku, dan paling best, dia tak lupa nak bagi duit kat parents. Dah ada rupa betanggungjawab dah. :) My future husband. Nak cepat-cepat kerja, leh tolong dia dari segi kewangan. Boleh pergi jauh dengan bakat aku yang kreatif ni. Cewaaa... hahaha. :D Sekarang ni dalam fikiran aku ada beberapa perkara aku nak buat pada masa hadapan. Antaranya:-
-Jadi guru seni
-Part-time Pelukis
-Tuisyen kelas seni di rumah
-Freelance graphic
-Photography untuk wedding
-Book illustration
-Part-time Novelist
-Activist Malaysian Vloggers
Tapi camner kalau dah jadi mommy ek? Boleh ke nak buat semua ni? Hhahaaha...
Hm..berangan jela dulu.. untung baby tu nanti. Mommy orang seni, Daddy mekanik. :P
ambik. gabung terus sastera dan sains.
:D Ok meleret dah entry ni.
No comments:
Post a Comment