Assalamualaikum abg. Abang sihat? Dah makan? Abang buat apa hari ini? Abang ada masalah? Citela dengan orang..
Merupakan antara soalan-soalan yang sering membuak-buak ingin aku tanyakan, tapi dipendamkan saje. Nak tanya, tapi takut mengganggu. Kalau dah tanya, tapi tak ada respons, takut makan hati pula. Jadinya, last-last simpan saje soalan2 tu dibenak. Tak terluah. No. Aku tak obses. Aku just terlampau sayang. Terlampau ambil berat. Terlampau nak tahu, kerana segalanya tentang abang melengkapkan hari-hari aku.
Dulu masa ada password FB abang, aku suka usya inbox abang. Abang selalu marah sebab menceroboh privasi abang, tapi sebenarnya, aku bukak pun sebab nak baca perbualan abang dengan orang lain. Bila baca perbualannya dengan orang lain, aku rasa seolah dia berada di sini, dekat dengan aku. Hilang rasa rindu aku. Rindu dalam diam. Tapi dia tak pernah tahu. Disangkanya aku hanya ingin mencari point untuk jeles dengannya.
Abang... abang sihat? Abang selalu nampak sihat je. Sejujurnya... aku jeles. Sebab diri ini sentiasa jatuh sakit. Dan bertambah sakit bila fikirkan abang tak pernah peduli. Bila kali terakhir abang tanya khabar Amni? Teringin rasanya nak dengar abang tanya, "Amni sihat hari ni?" dan dengar ayat-ayat seperti, "makanlah ubat.. " "Amni kena kuat untuk abang".
Bila kali terakhir abang bagi semangat kat Amni abang? Bila? Tiap hari amni cuba hubungi abang nak cari semangat yang dah hilang tu, tapi abang selalu elak. "Abang tengah tengok movie ni"... "abang tengah main game". Selalu abang online whatsapp, abang sembang dengan siapa? Cemburunya kerana ada orang lain yang abang luangkn masa dengan, tak kiralah dia perempuan atau lelaki... Amni jadi cemburu, sebab abang tak ada masa untuk luang dengan Amni tapi dengan orang lain, abang ada masa. Sedih Amni :(
Hari tu mama abah gaduh. Amni tak tau nak luahkan kat siapa. Abang kan bakal suami Amni bakal jadi sebahagian daripada keluarga amni, jadi amni carilah abang... malangnya seperti hari-hari biasa, abang tetap sibuk dengan hidup abang. Sedih amni... Dahlah tengah sedih time tu dengan masalah famli, bertambah sedih bila tak ada orang Amni leh cakap dengan. Rasa nak bunuh diri je malam tu. Abang tau kan amni tak ramai kawan... kenapa abg tinggalkan amni bersendirian? Abang tak takut ke kalau jadi apa-apa kat Amni?
Tapi malam tu dah berlalu. Amni kuat.
Apa yang Amni sedih sangat...setiap kali Amni cari abang, abang tak pernah nak ada.
Amni hepi...bila abang mesej amni. Tapi tiap kali abang mesej, mesti pasal duit bisnes abg.
Tak ada abang tanya sal Amni.
Tringin rasanya nak abang tanya "Macam mana amni hari ni?" "Amni dah makan?"
Apatah lagi nak dengar abang ckp "Abang sayang amni, rindu amni" memang jauh sekali.
Bila Amni beri pilihan kat abang sama ada nak terus contact atau tak... abang suruh amni jaga diri je...
Abang pilih tak nak contact ngan amni sampai bulan 4. Susah sangat ke abang nak luang masa untuk Amni? :(
Abang pilih tak nak contact ngan amni sampai bulan 4. Susah sangat ke abang nak luang masa untuk Amni? :(
Tapi takpela... amni tak nak paksa abang... nanti kalau amni paksa, abang tawar hati dengan amni. Amni dahlah tak lawa, tak bijak, tak ceria, tak peramah cam perempuan lain. Nanti abg boring plak ngan amni. Tapi baik macam ni je. Tak ada la Amni nak makan hati tiap kali abang dah 'seen' mesej amni tapi tak balas pun. Memang abg dah mls nk layan karenah amni. Takpe...amni faham.
Amni selalu tengok fb abang. Amni nak cakap tahniah... sebab dah dapat level 2. Hope lagi 3 level abg dapat lulus dengan cemerlang.
Amni harap abang tak lupa kat amni :(
Amni rindu abang...
Abang jaga diri tau :'(
Sayang abang sgt2...
No comments:
Post a Comment