22.7.14

Rezeki Baby

Selalunya bila seseorang itu mengandung, orang akan kata "rezeki baby" bila rezeki tiba-tiba datang melimpah-limpah. Tapi dalam situasi saya pula... mana nak datang pula baby tu? haha. Ni probably rezeki kahwin :p Jual sampul raya boleh laku pula. Terima kasih adik Amira. Akak jual ye... ^_^


Mama pun ada tempah juga. Saya dah cakap dah kat mama, ambil je free. Mama cakap, "mana boleh. bisnes! Beli ye!". Haha... Dalam hati, ni semua rezeki nak kahwin ni. Terus ikat duit tu masuk dalam tabung. Kalau beli barang dan dapat baki duit syiling, terus masuk tabung tu. 


Tabung ni dah lama. 3 tahun lalu lagi dah wujud. Lepas setahun kenal si dia, terus tercipta tabung ni :) Tapi separuh pun tak sampai tabung ni. Duit seringgit lama pun ada dalam ni. Berhenti kumpul duit sekerat jalan. Kejap jadi, kejap tak. Perhubungan ada naik turunnya... hati berbelah bahagi dengan ketentuanNya, keliru dengan kehendakNya. Kadang kala rasa tak ke mana simpan duit tu.

Tapi kalau dah berbuah rasa tanggungjawab, dah bersedia pikul amanah, dah ada matlamat, semua akan tercapai jua akhirnya, insyaAllah...

Gembira. Sangat gembira meniti saat-saat itu untuk tiba.
Gementar. Ye, gementar untuk menghadapinya. Takut tidak dapat suaikan diri dalam suasana baru. Takut tidak disenangi orang-orang baru. Takut bermacam-macam takut. Dan yang paling takut, takut hidup tanpa kasih sayang. Takut jika pada mula sahaja manis, lama-kelamaan semua akan menjadi tawar. :( Takut menghadapi kesunyian dalam berumahtangga.

Bila kita mengambil keputusan untuk bersama menghabiskan sisa hidup kita bersama seseorang, kita meninggalkan semua sejarah silam ke belakang. Termasuklah kenangan-kenangan yang cuba dihapuskan, termasuklah orang-orang yang terlibat. Tapi apa maknanya jika kita masih mencari sebahagian daripada kenangan kita? Bagaimana jika mereka menganggu kehidupan kita pada masa akan datang? Saya takut... memikirkannya buat saya sedih. 

Saya seorang yang setia jika saya betul-betul sudah serius dengan seseorang. Dulu saya pernah bertepuk sebelah tangan. Pernah saya meletakkan setia pada seseorang yang salah. Selepas jumpa dia buat pertama kalinya, 3 bulan saya tak dengar khabar dia. Saya call, dia tak angkat. Saya mesej dia, tapi dia tak balas. Diperlakukan macam tunggul kayu, tapi saya tetap berfikir positif. Saya sayang dia.

Saya fikir mungkin dia ada masalah. Satu hari, setelah 3 bulan menyepi, dia mesej suruh saya call dia. Bila saya call, dia cakap, "saya nak minta tolong awak sangat. Kita putus." Saya sedih sangat masa tu. Dia cakap saya baik sangat. Tapi saya tahu, semua tu hanya alasan dia sahaja. Masa tu saya buat apapun tak kena. Kawan saya cakap saya dah macam orang gila. Masa tu kat kolej. Jauh dari keluarga. Keluarga saya pun tak tahu tentang keadaan saya. Sekarang dia dah bertunang dah, dan akan kahwin tak lama lagi.

Bagi saya, bukan mudah untuk kita bercinta lagi setelah dikecewakan orang yang kita sayang. Tapi jika kita ketemu seseorang yang lebih baik, kita mampu melangkah pergi, meninggalkan kenangan lalu untuk hargai orang yang kita ada sekarang, yang jauh lebih baik. Sebaliknya, jika kita rasakan orang yang dulu lebih baik, kita takkan mampu melangkah pergi daripada kenangan, ia tetap akan menghantui kita sampai bila-bila.

Sayang dan cinta. Dua perkara yang berbeza.
Tutup mata. Tanya hati... siapa sebenarnya yang kita betul-betul cintakan.
Pilihlah dia, hargailah dia :(

19.7.14

Allah Yang Membolak balikkan Hati

Saya: Ikram dah berapa tahun kerja situ?
Si Dia: Setahun setengah dah. Masuk bulan 10 ni dah 2 tahun.
Saya: Kat Proton pula berapa tahun dah kerja? (Proton kerjanya yang sebelum ini)
Si Dia: Kat proton tak sampai setahun. Lagi sebulan cukup setahun.

Dalam fikiranku mencongakkan jumlahnya, hampir 3 tahun lamanya. Mengimbau kembali kenangan lalu. Bulan 10 ni, boleh dikatakan 5 tahun kita sudah kenal hati budi masing-masing. Tiba-tiba teringat perbualan tempoh hari bersama rakan sekerja saya yang muda 7 tahun daripada saya.

Eira: Kak... Eira nak tanya soalan boleh?
Saya: Tanya la...
Eira: Hmm.... lama tak 5 tahun?
Saya: 5 tahun? Belajar ke?
Eira: tak kisahlah apa-apapun...

Saya berfikir sejenak. Kalau 5 tahun pelbagai onak dan duri yang telah saya lalui bersama si dia. 5 tahun lalu saya pernah berkata padanya, "5 tahun terlalu lama!" Ketika itu kami berbual berkaitan dengan perkahwinan. Dia mencadangkan kita kahwin lagi 5 tahun lagi. Saya yang masih berdarah muda ketika itu tidak sabar untuk ada ikatan sah bersamanya. Itu dulu. Sekarang dah 5 tahun berlalu, sungguh saya tidak sangkakan yang masa akan berlalu dengan begitu pantas. Baru seperti semalam saya menjemputnya ke rumah beraya. Kali pertama saya bersua muka dengannya. Saya takkan lupakan saat mata kami bertentang buat pertama kalinya.

Saya tersenyum. Saya pandang ke arah Eira dan mengatakan dengan tenang, "Tak. Tak lama pun. 5 tahun tak lama pun Eira".

*******************

Si Dia: Kenapa sayang?

Tersedar dari lamunan bila menerima pesanan ringkas darinya di wechat. Dalam hati tersentak. Sayang? Sejak bila pula dia mula panggil begitu kembali? Sejak kami berpisah, terasa dinginnya dirinya terhadap saya. Tapi Allah Maha Penyayang. Ditakdirkan kami bersama kembali dalam sebuah ikatan pertunangan. Walaupun belum rasminya majlis pertunangan kami, tapi telah dipersetujui antara kedua ibubapa kami setelah dirisik tempoh hari. Sejak hari itu, saya dapat rasakan Ikram mula mencuba untuk mesra kembali. Tapi saya rasa agak kekok. Mungkin sudah lama kami tidak berhubung secara telusnya. Terasa mata bergenang dengan airmata. Sukar untuk menceritakan perasaan saya ketika itu. Terharu? Sedih? Gembira? Perkataan 'sayang', terlalu besar maknanya bagi saya, tiba-tiba menjadi sensitif dipanggil begitu. Mungkin juga perasaan ini bercampur dengan perasaan rindu. Rindu akan kenangan lama. Entahlah..

Walaupun begitu, saya ketepikan, dan buat seolah tidak peduli. Meneruskan perbualan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa. Perbualan kami terhenti saat saya bertanyakan mengenai nikah khitbah. 

Si Dia: La...biar la macam ni dulu erk.

Hatiku tenggelam.


Terlalu banyak persoalan dalam hati. Adakah sebab dia belum bersedia? Atau dia malu dengan kawan-kawan? Atau keluarga dia tak bagi? Atau....atau.. adakah kerana dia masih ada perasaan pada kekasih lamanya? Tangan saya menggigil menaip balas mesej.

"Saya faham..."

Jujurnya...terasa sedikit dalam hati. Lebih sedih bila terbayang kekasih lamanya yang mungkin menjadi punca. Tapi dengan penuh daya upaya saya cuba husnuzon. Allah mengatakan dengan sejelas-jelasnya,

Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain."

Mungkin Dia mahu saya sabar lagi, perbaiki diri lagi. Saya cuba gembirakan diri. Cuba untuk menyambungkan perbualan dengan si dia. Tapi dia sudah tidak membalasnya. Mungkin dia sudah tertidur. Saya melihat kembali pada awal perbualan antara kami pada hari ini. Dia yang memulakannya dahulu, bertanya khabar saya. Walaupun selang beberapa hari tidak berhubung, dia tetap mengambil tahu mengenai saya. Dia tahu saya sakit. 

Tiba-tiba sebak. Tak seharusnya saya berprasangka buruk terhadap dia. Mungkin dia sudah cuba sehabis baik untuk perbaiki hubungan ini. Mata ini bergenang kembali. 

Maafkan kekhilafan saya :'( 
Bila saya terpandang cincin di jari manis saya ini, seolah semua seperti satu mimpi. Kadang-kadang saya tak percaya awak pilih saya. Saya sangat gembira menjadi pilihan awak. Tapi dalam masa yang sama, saya sedih sebab sia-siakan peluang yang ada untuk hargai awak. Saya cuma harap satu je. 
Walau apapun yang terjadi.... Please, jangan putus asa dengan saya... 
Kalau satu hari saya jadi lemah, tolong pertahankan apa yang kita ada..
Sungguh Allah lebih tahu, saya amat perlukan awak dalam hidup saya.
dan saya yakin, takdir ini menemukan kita semula kerana kita memang ditakdirkan bersama untuk melengkapi satu sama lain. Menutup kekurangan dan membantu membina kelebihan yang sedia ada.
Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku kepada bakal zaujku Ikram Ridzuan semoga aku menjadi kerinduannya. Meski siapapun dia, aku mohon Engkau peliharalah dia agar tidak mudah terpesona dengan keindahan yang tidak halal. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat menyampaikan rindu kita kepada insan yg tersangat istimewa dan hanya Allah jua yg dapat menyatukan antara dua hati. Siapapun kamu Dimana pun kamu berada Moga Allah jaga kamu.

15.7.14

Bagaimana Menghilangkan Iri Hati

Sesuatu yang sukar bagi wanita : membendung atau melarikan diri daripada perasaan iri hati atau lebih dikenali sebagai 'jealous'. Kenapa Allah anugerahkan wanita dengan perasaan cemburu? Sedangkan isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah juga seorang wanita yang kuat cemburu terhadap isteri-isteri rasulullah yang lain. Cemburu suatu perasaan, anugerah bagi wanita yang menunjukkan sifatnya yang penyayang, dan setia. Tanpa sifat cemburu, seorang wanita boleh dikatakan tidak menyayangi atau dalam langkah untuk curang. Oleh itu lelaki harus berwaspada jika wanita yang disayanginya tidak lagi mempunyai sifat cemburu.

Saya sebenarnya boleh dikatakan seorang yang berjiwa tenang (dari luaran) biasanya saya akan menyimpan perasaan amarah atau tidak puas hati dalam diri, jauh dari pandangan manusia dalam alam realiti. Saya tidak mudah menunjukkan bantahan. Hanya membantah dalam hati. Tapi bila datang sifat cemburu tu... tiba-tiba rasa macam orang jahat. Hati seperti dirasuk syaitan. Walaupun saya cuba untuk menafikan, tapi saya memang seorang yang kuat cemburu. Walau bagaimanapun saya tidak kuat cemburu seperti kawan saya, saya boleh dikatakan moderate cemburu kot. Haha.

Memang perkara sekecil "menglike" status atau "mention" nama orang kesayangan saya, memang saya akan naik angin. Well, Tak ada la jadi hulk ke apa, tapi hati jadi tak keruan. Menyumpah saranah saya dalam hati. Yang bertambah marahnya saya bila orang kesayangan tu melayan perempuan-perempuan macam tu. Lagi menggalakkan mereka, memberi harapan pada mereka. Dan bila mereka gembira dilayan orang kesayangan saya, saya jadi The Hulk (ok, time ni memang jadi The Hulk). Dan bila saya jadi macam tu, saya hanya mampu cakap dalam hati, "tak ada sebab saya nak marah. Belum jadi isteri lagi nak halang itu ini". Tapi entah dari mana ada suara kecil memerli saya, "dah jadi isteri pun tak tentu lagi kau ada hak untuk halang itu ini, quota lelaki kan ada 4". LAGI NAIK BERANG SAYA!

Sungguh benci bila suara kecil itu mematahkan semangat saya =.="

Perkara seperti itu sebenarnya buat saya takut untuk melangkah ke alam perkahwinan, walaupun saya terlalu menginginkannya. Saya tak nak dimadukan. Saya tak sanggup :( Sanggup kahwin dengan orang miskin, sebab tak nak bagi dia kahwin lain. Tapi kalau dah miskin, gatal pun tetap akan lari Thai nikah =.=" wadeheyel. Aaaa.... frustnya saya fikirkan semua ni :(

Dalam hati nak cepat-cepat kahwin. Sekarang partime sebab nak tolong dia kumpul duit untuk kahwin. Tapi bila jealous datang nak je tarik balik niat tu, gunakan duit tu untuk benda lain. Biar tak payah tolong dia kumpul duit. Biar padan muka, nak sangat layan perempuan lain yang saya tak suka. Tapi kenapa ntah saya ni mudah sangat nak memaafkan dia... lepas nangis sepanjang malam (sampai nak tarik balik niat kumpul duit kahwin) selang beberapa hari, saya akan kembali dalam keadaan asal (yang tak sabar nak kahwin) dan kumpul duit. Saya tak reti merajuk lama-lama :( Saya takut nak merajuk lama-lama. Takut dia pergi lagi.

Walaupun saya mudah memaafkan dia, tapi lain pula dengan perempuan yang salu kacau dia. Saya tak boleh maafkan mereka, malah benci gile kat diorang! Geram! EEeeeeee!! (bayangkan muka bengis saya yang tengah gigit2 kunyah epal)

Hari tu masa saya sedih sangat, saya tarik al-Quran terjemahan dan baca. Dalam keadaan muka yang basah dengan air mata tu, saya terkedu pada satu ayat.


"Dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi sebagian yang lain. Maukah kamu bersabar?
Dan Tuhanmu Maha Melihat"

Lain kali saya iri hati, saya akan ingat ayat ni. Ayat daripada Allah... dan semua akan menjadi reda. Kerana saya yakin, semua ini hanya untuk menduga kesabaran saya. Dugaan saya kena layan perempuan-perempuan yang sentiasa mencari peluang untuk mesra dengan tunang saya. Dan dugaan saya kena sabar dengan tunang yang mudah kesian dan melayan perempuan-perempuan tu. 

Oh Tuhan... janganlah Engkau biarkan aku terus makan hati begini... sungguh aku tak terdaya.

9.7.14

Pertunangan

Terkilan. Seorang yang belajar agama tetapi tidak berpegang pada apa yang dipelajarinya. Umpama pokok yang tidak berbuah. Kita ada ilmu, tapi kita buat pekak dengan apa yang kita tahu. Macam tu ke nak jadi serikandi Islam? (apa saya bebel sorang-sorang ni??)

Tajuk kita hari ini, "Pertunangan". Rata-rata dalam search engine (saya tanya pakcik google), kebanyakan menceritakan tentang "lelaki yang ganggu tunang orang" atau "lelaki yang dah ada tunang tapi dok sibuk cari perempuan lain" atau "perempuan yang dah tunang tapi ada hati dekat lelaki lain", tapi satu pun saya tak jumpa tentang perempuan yang menganggu pertunangan orang lain. Jadi saya bukak post ni untuk renungan kita bersama.


Apa yang dimaksudkan dengan merampas tunang orang? Ada orang kata istilah itu tidak wujud, kerana tunang, bukannya menjadi suami isteri lagi! Jadi tak ada istilah rampas, melainkan pertunangan itu diputuskan. kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Tapi apa hukum menganggu tunang orang?

Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.
tahqiq / takhrij hadith dari Jab Hadith: hadith sahih - 

لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) 

Dalam hadith ni, mengatakan tidak boleh meminang atas pinangan orang lain. Dalam kata lain, tidak boleh diganggu tunangan orang. Kenapa tidak boleh ganggu tunang orang?

1. Mereka telah membuat perjanjian untuk menuju ke arah pernikahan. Buat apa tunang kalau bukan kerana ingin menikah. Tambah lagi bila dah kenal lama, "taaruf" sudah tidak perlu, kerana sudah kenal hati budi masing-masing.

2. Darah manis. Sebab tu tak elok tunang lama-lama. Bertunang ni banyak dugaanya. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menjolok rasa "orang ketiga". Syaitan nih cukup tak suka kalau anak-anak Nabi Adam ini mendirikan rumah tangga. Sebabnya kahwin itu menghalalkan sesuatu hubungan. Syaitan akan sedaya upaya menghasut agar kita menjauhi pernikahan.

Jadi salahkah kalau orang perempuan ganggu tunang orang? Apa beza dengan 'lelaki' yang ganggu tunang orang? Jawapannya, kedua-duanya sama sahaja. Sebab tu ada adab dalam pertunangan.

Elakkanlah rapat dengan orang lain yang berlainan jantina. Sedangkan dengan tunang sendiri pun ada batasnya, apatah lagi dengan kawan biasa. Bukak balik buku, baca tentang ikhtilat antara perempuan dengan lelaki. Sedangkan call dengan ajnabi pun dikira berkhalwat, apatah lagi dok mesej-mesej belakang tunang. Tu baru tunang, kalau dah kahwin esok? Memanglah, baru tunang, bukannya NIKAH lagi, belum jadi suami isteri lagi... buat apa jaga hati kan... kalau macam tu, apa gunanya bertunang?

Nikah bukan perkara main-main. Sepatutnya daripada pertunangan tu kita dah mula slow down, dah tak rapat dengan kawan berjantina lain, dah mula jaga perasaan, dah mula kenal tanggungjawab. Ni bukan awek lagi dah, ni BAKAL suami/isteri. Bakal suami/isteri yang kita sendiri pilih/setuju untuk bertunang. Kalau tak belajar dari sekarang sampai bila? Nak tunggu nikah nanti? Sedangkan sebelum nikah pun kita kumpul duit nak menuju ke arah perkahwinan. Inikan pula bekalan ilmu agama, ilmu rumah tangga, persediaan mental dan fizikal.

Saya bukanlah alim, bukan juga ilmuan agama... tapi ilmu yang saya ada, saya sampaikan. Maaf jika ada terguris hati sesiapa. Entri ini pun ditulis dengan hati yang terguris, tapi nak memberontak pun tak ada gunanya. Tak ada siapa yang faham apa saya rasa, hanya mampu pura-pura senyum je :) Terima je. Biarlah Allah je yang tahu, biar Dia sahaja yang layankan perasaan sedih, iri hati ni. Yang pasti, semua yang digariskan oleh Islam dalam AlQuran, dalam pesanan Rasulullah, semua ada hikmahnya. Cuba untuk fahamkan, dan kita pasti dapat layari hidup ini dengan bahagia.