Selalunya bila seseorang itu mengandung, orang akan kata "rezeki baby" bila rezeki tiba-tiba datang melimpah-limpah. Tapi dalam situasi saya pula... mana nak datang pula baby tu? haha. Ni probably rezeki kahwin :p Jual sampul raya boleh laku pula. Terima kasih adik Amira. Akak jual ye... ^_^
Mama pun ada tempah juga. Saya dah cakap dah kat mama, ambil je free. Mama cakap, "mana boleh. bisnes! Beli ye!". Haha... Dalam hati, ni semua rezeki nak kahwin ni. Terus ikat duit tu masuk dalam tabung. Kalau beli barang dan dapat baki duit syiling, terus masuk tabung tu.
Tabung ni dah lama. 3 tahun lalu lagi dah wujud. Lepas setahun kenal si dia, terus tercipta tabung ni :) Tapi separuh pun tak sampai tabung ni. Duit seringgit lama pun ada dalam ni. Berhenti kumpul duit sekerat jalan. Kejap jadi, kejap tak. Perhubungan ada naik turunnya... hati berbelah bahagi dengan ketentuanNya, keliru dengan kehendakNya. Kadang kala rasa tak ke mana simpan duit tu.
Tapi kalau dah berbuah rasa tanggungjawab, dah bersedia pikul amanah, dah ada matlamat, semua akan tercapai jua akhirnya, insyaAllah...
Gembira. Sangat gembira meniti saat-saat itu untuk tiba.
Gementar. Ye, gementar untuk menghadapinya. Takut tidak dapat suaikan diri dalam suasana baru. Takut tidak disenangi orang-orang baru. Takut bermacam-macam takut. Dan yang paling takut, takut hidup tanpa kasih sayang. Takut jika pada mula sahaja manis, lama-kelamaan semua akan menjadi tawar. :( Takut menghadapi kesunyian dalam berumahtangga.
Bila kita mengambil keputusan untuk bersama menghabiskan sisa hidup kita bersama seseorang, kita meninggalkan semua sejarah silam ke belakang. Termasuklah kenangan-kenangan yang cuba dihapuskan, termasuklah orang-orang yang terlibat. Tapi apa maknanya jika kita masih mencari sebahagian daripada kenangan kita? Bagaimana jika mereka menganggu kehidupan kita pada masa akan datang? Saya takut... memikirkannya buat saya sedih.
Saya seorang yang setia jika saya betul-betul sudah serius dengan seseorang. Dulu saya pernah bertepuk sebelah tangan. Pernah saya meletakkan setia pada seseorang yang salah. Selepas jumpa dia buat pertama kalinya, 3 bulan saya tak dengar khabar dia. Saya call, dia tak angkat. Saya mesej dia, tapi dia tak balas. Diperlakukan macam tunggul kayu, tapi saya tetap berfikir positif. Saya sayang dia.
Saya fikir mungkin dia ada masalah. Satu hari, setelah 3 bulan menyepi, dia mesej suruh saya call dia. Bila saya call, dia cakap, "saya nak minta tolong awak sangat. Kita putus." Saya sedih sangat masa tu. Dia cakap saya baik sangat. Tapi saya tahu, semua tu hanya alasan dia sahaja. Masa tu saya buat apapun tak kena. Kawan saya cakap saya dah macam orang gila. Masa tu kat kolej. Jauh dari keluarga. Keluarga saya pun tak tahu tentang keadaan saya. Sekarang dia dah bertunang dah, dan akan kahwin tak lama lagi.
Bagi saya, bukan mudah untuk kita bercinta lagi setelah dikecewakan orang yang kita sayang. Tapi jika kita ketemu seseorang yang lebih baik, kita mampu melangkah pergi, meninggalkan kenangan lalu untuk hargai orang yang kita ada sekarang, yang jauh lebih baik. Sebaliknya, jika kita rasakan orang yang dulu lebih baik, kita takkan mampu melangkah pergi daripada kenangan, ia tetap akan menghantui kita sampai bila-bila.
Sayang dan cinta. Dua perkara yang berbeza.
Tutup mata. Tanya hati... siapa sebenarnya yang kita betul-betul cintakan.
Pilihlah dia, hargailah dia :(
No comments:
Post a Comment