Saya: Ikram dah berapa tahun kerja situ?
Si Dia: Setahun setengah dah. Masuk bulan 10 ni dah 2 tahun.
Saya: Kat Proton pula berapa tahun dah kerja? (Proton kerjanya yang sebelum ini)
Si Dia: Kat proton tak sampai setahun. Lagi sebulan cukup setahun.
Dalam fikiranku mencongakkan jumlahnya, hampir 3 tahun lamanya. Mengimbau kembali kenangan lalu. Bulan 10 ni, boleh dikatakan 5 tahun kita sudah kenal hati budi masing-masing. Tiba-tiba teringat perbualan tempoh hari bersama rakan sekerja saya yang muda 7 tahun daripada saya.
Eira: Kak... Eira nak tanya soalan boleh?
Saya: Tanya la...
Eira: Hmm.... lama tak 5 tahun?
Saya: 5 tahun? Belajar ke?
Eira: tak kisahlah apa-apapun...
Saya berfikir sejenak. Kalau 5 tahun pelbagai onak dan duri yang telah saya lalui bersama si dia. 5 tahun lalu saya pernah berkata padanya, "5 tahun terlalu lama!" Ketika itu kami berbual berkaitan dengan perkahwinan. Dia mencadangkan kita kahwin lagi 5 tahun lagi. Saya yang masih berdarah muda ketika itu tidak sabar untuk ada ikatan sah bersamanya. Itu dulu. Sekarang dah 5 tahun berlalu, sungguh saya tidak sangkakan yang masa akan berlalu dengan begitu pantas. Baru seperti semalam saya menjemputnya ke rumah beraya. Kali pertama saya bersua muka dengannya. Saya takkan lupakan saat mata kami bertentang buat pertama kalinya.
Saya tersenyum. Saya pandang ke arah Eira dan mengatakan dengan tenang, "Tak. Tak lama pun. 5 tahun tak lama pun Eira".
*******************
Si Dia: Kenapa sayang?
Tersedar dari lamunan bila menerima pesanan ringkas darinya di wechat. Dalam hati tersentak. Sayang? Sejak bila pula dia mula panggil begitu kembali? Sejak kami berpisah, terasa dinginnya dirinya terhadap saya. Tapi Allah Maha Penyayang. Ditakdirkan kami bersama kembali dalam sebuah ikatan pertunangan. Walaupun belum rasminya majlis pertunangan kami, tapi telah dipersetujui antara kedua ibubapa kami setelah dirisik tempoh hari. Sejak hari itu, saya dapat rasakan Ikram mula mencuba untuk mesra kembali. Tapi saya rasa agak kekok. Mungkin sudah lama kami tidak berhubung secara telusnya. Terasa mata bergenang dengan airmata. Sukar untuk menceritakan perasaan saya ketika itu. Terharu? Sedih? Gembira? Perkataan 'sayang', terlalu besar maknanya bagi saya, tiba-tiba menjadi sensitif dipanggil begitu. Mungkin juga perasaan ini bercampur dengan perasaan rindu. Rindu akan kenangan lama. Entahlah..
Walaupun begitu, saya ketepikan, dan buat seolah tidak peduli. Meneruskan perbualan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa. Perbualan kami terhenti saat saya bertanyakan mengenai nikah khitbah.
Si Dia: La...biar la macam ni dulu erk.
Terlalu banyak persoalan dalam hati. Adakah sebab dia belum bersedia? Atau dia malu dengan kawan-kawan? Atau keluarga dia tak bagi? Atau....atau.. adakah kerana dia masih ada perasaan pada kekasih lamanya? Tangan saya menggigil menaip balas mesej.
"Saya faham..."
Jujurnya...terasa sedikit dalam hati. Lebih sedih bila terbayang kekasih lamanya yang mungkin menjadi punca. Tapi dengan penuh daya upaya saya cuba husnuzon. Allah mengatakan dengan sejelas-jelasnya,
Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain."
Mungkin Dia mahu saya sabar lagi, perbaiki diri lagi. Saya cuba gembirakan diri. Cuba untuk menyambungkan perbualan dengan si dia. Tapi dia sudah tidak membalasnya. Mungkin dia sudah tertidur. Saya melihat kembali pada awal perbualan antara kami pada hari ini. Dia yang memulakannya dahulu, bertanya khabar saya. Walaupun selang beberapa hari tidak berhubung, dia tetap mengambil tahu mengenai saya. Dia tahu saya sakit.
Tiba-tiba sebak. Tak seharusnya saya berprasangka buruk terhadap dia. Mungkin dia sudah cuba sehabis baik untuk perbaiki hubungan ini. Mata ini bergenang kembali.
Maafkan kekhilafan saya :'(
Bila saya terpandang cincin di jari manis saya ini, seolah semua seperti satu mimpi. Kadang-kadang saya tak percaya awak pilih saya. Saya sangat gembira menjadi pilihan awak. Tapi dalam masa yang sama, saya sedih sebab sia-siakan peluang yang ada untuk hargai awak. Saya cuma harap satu je.
Walau apapun yang terjadi.... Please, jangan putus asa dengan saya...
Kalau satu hari saya jadi lemah, tolong pertahankan apa yang kita ada..
Sungguh Allah lebih tahu, saya amat perlukan awak dalam hidup saya.
dan saya yakin, takdir ini menemukan kita semula kerana kita memang ditakdirkan bersama untuk melengkapi satu sama lain. Menutup kekurangan dan membantu membina kelebihan yang sedia ada.
Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku kepada bakal zaujku Ikram Ridzuan semoga aku menjadi kerinduannya. Meski siapapun dia, aku mohon Engkau peliharalah dia agar tidak mudah terpesona dengan keindahan yang tidak halal. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat menyampaikan rindu kita kepada insan yg tersangat istimewa dan hanya Allah jua yg dapat menyatukan antara dua hati. Siapapun kamu Dimana pun kamu berada Moga Allah jaga kamu.
No comments:
Post a Comment