9.7.14

Pertunangan

Terkilan. Seorang yang belajar agama tetapi tidak berpegang pada apa yang dipelajarinya. Umpama pokok yang tidak berbuah. Kita ada ilmu, tapi kita buat pekak dengan apa yang kita tahu. Macam tu ke nak jadi serikandi Islam? (apa saya bebel sorang-sorang ni??)

Tajuk kita hari ini, "Pertunangan". Rata-rata dalam search engine (saya tanya pakcik google), kebanyakan menceritakan tentang "lelaki yang ganggu tunang orang" atau "lelaki yang dah ada tunang tapi dok sibuk cari perempuan lain" atau "perempuan yang dah tunang tapi ada hati dekat lelaki lain", tapi satu pun saya tak jumpa tentang perempuan yang menganggu pertunangan orang lain. Jadi saya bukak post ni untuk renungan kita bersama.


Apa yang dimaksudkan dengan merampas tunang orang? Ada orang kata istilah itu tidak wujud, kerana tunang, bukannya menjadi suami isteri lagi! Jadi tak ada istilah rampas, melainkan pertunangan itu diputuskan. kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Tapi apa hukum menganggu tunang orang?

Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.
tahqiq / takhrij hadith dari Jab Hadith: hadith sahih - 

لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) 

Dalam hadith ni, mengatakan tidak boleh meminang atas pinangan orang lain. Dalam kata lain, tidak boleh diganggu tunangan orang. Kenapa tidak boleh ganggu tunang orang?

1. Mereka telah membuat perjanjian untuk menuju ke arah pernikahan. Buat apa tunang kalau bukan kerana ingin menikah. Tambah lagi bila dah kenal lama, "taaruf" sudah tidak perlu, kerana sudah kenal hati budi masing-masing.

2. Darah manis. Sebab tu tak elok tunang lama-lama. Bertunang ni banyak dugaanya. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menjolok rasa "orang ketiga". Syaitan nih cukup tak suka kalau anak-anak Nabi Adam ini mendirikan rumah tangga. Sebabnya kahwin itu menghalalkan sesuatu hubungan. Syaitan akan sedaya upaya menghasut agar kita menjauhi pernikahan.

Jadi salahkah kalau orang perempuan ganggu tunang orang? Apa beza dengan 'lelaki' yang ganggu tunang orang? Jawapannya, kedua-duanya sama sahaja. Sebab tu ada adab dalam pertunangan.

Elakkanlah rapat dengan orang lain yang berlainan jantina. Sedangkan dengan tunang sendiri pun ada batasnya, apatah lagi dengan kawan biasa. Bukak balik buku, baca tentang ikhtilat antara perempuan dengan lelaki. Sedangkan call dengan ajnabi pun dikira berkhalwat, apatah lagi dok mesej-mesej belakang tunang. Tu baru tunang, kalau dah kahwin esok? Memanglah, baru tunang, bukannya NIKAH lagi, belum jadi suami isteri lagi... buat apa jaga hati kan... kalau macam tu, apa gunanya bertunang?

Nikah bukan perkara main-main. Sepatutnya daripada pertunangan tu kita dah mula slow down, dah tak rapat dengan kawan berjantina lain, dah mula jaga perasaan, dah mula kenal tanggungjawab. Ni bukan awek lagi dah, ni BAKAL suami/isteri. Bakal suami/isteri yang kita sendiri pilih/setuju untuk bertunang. Kalau tak belajar dari sekarang sampai bila? Nak tunggu nikah nanti? Sedangkan sebelum nikah pun kita kumpul duit nak menuju ke arah perkahwinan. Inikan pula bekalan ilmu agama, ilmu rumah tangga, persediaan mental dan fizikal.

Saya bukanlah alim, bukan juga ilmuan agama... tapi ilmu yang saya ada, saya sampaikan. Maaf jika ada terguris hati sesiapa. Entri ini pun ditulis dengan hati yang terguris, tapi nak memberontak pun tak ada gunanya. Tak ada siapa yang faham apa saya rasa, hanya mampu pura-pura senyum je :) Terima je. Biarlah Allah je yang tahu, biar Dia sahaja yang layankan perasaan sedih, iri hati ni. Yang pasti, semua yang digariskan oleh Islam dalam AlQuran, dalam pesanan Rasulullah, semua ada hikmahnya. Cuba untuk fahamkan, dan kita pasti dapat layari hidup ini dengan bahagia.

2 comments:

  1. Thanks.. Sbb brkongsi ilmu yg ringkas tp jelas.. Juga ia mmbetulkan fahaman saya tentang hal ini...terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tapi macam mana pulak perempuan dgn tunang dia tuu buat maksiat dan lelaki tu panas baran dan naik tangan dkt perempuan tuu..saya ganggu hubungan diorang sebab taknak dia buat maksiat dan disakiti..bertunang sudah lama 2 tahun tapi takde effort nak kahwin langsung

    ReplyDelete