30.9.14

What is a crush?

Ramai yang tak tahu makna 'crush'. Meh aku bagitau korang yang tak tahu tu. Crush ni ada dua makna, satu yang biasa kita gunakan membawa maksud, menghancurkan. Contoh: I crushed the biscuit to pieces to feed the birds. Maksud ayat ni: Saya menghancurkan biskut itu menjadi kepingan-kepingan kecil untuk beri makan kepada burung-burung. Satu lagi makna crush yang tidak ramai tahu ialah Seseorang yang kita minat dalam diam.

Cakap pasal crush ni. Dulu masa aku belajar kat Scotland, ada seorang mat salleh ni aku minat sangat. Dia boleh dikategorikan bawah lelaki yang comel, sangat sweet dan baik sangat. Nama dia Steven Laird. Dulu aku rasa aku tak ada la perasan sangat kewujudan dia, sehinggalah kawan aku, Parbeer bertanyakan satu soalan kepada aku.

Parbeer: Hey Amni, what do you think about Steven?

Masa tu aku tengah salin kasut nak masuk perkarangan sekolah. Sekolah aku kalau nak masuk kelas, kena tukar kasut indoor. So kat tempat tukar kasut tu, nampak la Steven duduk sebelah Parbeer. Aku cakaplah kat Parbeer, "He's nice..." Masa tu pelik juga aku tengok diorang ni. Steven... haha aku takleh lupa masa tu dia tengah sengih malu-malu. Tiba-tiba Parbeer cakap.... "Steven likes you". 

Serius aku tak ingat apa aku buat masa tu. Malu...mungkin. Aku tak ingat apa aku cakap, tapi aku berlalu dari situ macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi sampai sekarang aku boleh ingat keadaan itu. Baru-baru ni buka Facebook, ternampak pula satu gambar. Steven dengan awek dia. Selalu aku macam , "wadeva..." tapi kali ini Steven nampak lain. Dia memakai baju kebangsaan Scotland, kilt. Awek dia pakai baju agak mendedah jugak, biasalah awek taiwan. Tapi bukan selalu orang akan pakai baju kebangsaan tu. Mesti ada special occassion. Rupa-rupanya...Mereka dah kahwin. Baca komen pada gambar tersebut. Huhuhu...sedih plak rasa... Haha.. walaupun dah lama tak contact dia, dan dia pun dah lupa kat aku kot.

Hmm.. tapi memang Steven ni minat kat gadis Asia kan. Haha... camne ek kalau aku jadi bini dia. Perh. jenuh mendongak kot.
Ahhh... takpela Steven. Harap kau happy dengan bini kau... Semoga kau bahagia k.
Cepat-cepat timang anak. LOL. 


29.9.14

Di bawah bintang-bintang yang berkelipan

Seandainya diri ini menyakitkan hati, maafkanlah aku...
Andai perbuatanku membangkitkan kemarahan, jauhkanlah diri dariku...
Andainya rupa aku menjelikkan, berpalinglah. Aku menerima apa adanya...
Wahai kasih, andai hatimu tak mampu lagi ku jaga, ampunkan aku...
Andai takdir ini memisahkan kita, pulanglah..
Sekeping hati ini hanya mahukan kau mengerti, aku amat perlukanmu...
Walau apapun yang terjadi, walau hati ini sakit dihunus seribu sembilu yang kau cipta,
di sebalik jendela, ku masih menantimu kasih.
pergilah rindu...
pulanglah sayang... ;'(






28.9.14

Panggilan Kekasih

Pasti semua orang yang pernah bercinta akan melalui proses ini. Mengenali dan dikenali. Setiap permulaan perkenalan kita akan bermula dengan nama dahulu. Kata ganti diri yang berubah mengikut peredaran masa, mengikut perubahan perasaan.

Pada mula mungkin kita berkenalan agak kasar.

"Hey..aku tengok kau kecik besar kecik besar je..."
"kalau ang tak pi, memang aku balun kau cukup-cukup"

Ada setengah orang agak sopan perkenalannya.
"saya nak awak nyanyikan satu lagu boleh?"
"Boleh, no hal...awak cakap je awak nak saya nyanyikan lagu apa".

Tapi yang pasti, semua perkenalan bermula dengan nama. Kerana dari nama, lahirnya satu perasaan ingin tahu. Ingin tahu tentang orang yang kita bertanyakan namanya itu.

"Assalamualaikum, saya Afzar. Nama awak siapa ye?"
"Waalaikumusalam. Saya Ayu."

Kalau dah perempuan pasti akan tersipu malu kerana ada lelaki mahu berkenalan dengannya. Dan akhirnya hubungan persahabatan itu membuahkan bibit-bibit cinta yang datang dari entah mana. Tidak perlu penafian, semua terungkai, dan akhirnya masing-masing meluahkan perasaan melalui nama panggilan yang manja.

"Sayangku Ayu...bila kita akan bertemu lagi?"
"Sabar ye darling...panjang umur kita akan bertemu lagi."

Dan cinta yang tersemai akhirnya dimeterai dengan satu janji. Dengan satu lafaz, mereka menjadi pasangan suami isteri.

"Darling Afzar... esok awak hantarkan saya pergi kerja ye? Kereta saya rosak."
"eh.. apa panggil Afzar ni. Kan dah kahwin....sayang panggil abang la..ok?"

Nama panggilan diri bertukar-tukar, tapi hati mereka tetap sama. Jadi mengapa perlu kerana nama panggilan ini kita terasa jauh hati?

Pada satu ketika dahulu Ayu berkenalan dengan seorang lelaki tampan, pilihan gadis malaya. Namanya Azman. Ayu memanggilnya abang. Walaupun dengan faktor Azman yang lebih tua daripadanya, panggilan 'abang' bukan sahaja untuk menunjukkan rasa hormat pada Azman, malah panggilan itu untuk menzahirkan rasa cintanya pada pemuda tersebut. Tapi pada suatu hari mereka terpaksa berpisah atas pilihan keluarga Azman. Hati Ayu berkecai. Dia berazam tidak akan memanggil mana-mana lelaki dengan nama 'Abang' lagi.

Jadi apa yang terjadi?

"Darling Afzar... esok awak hantarkan saya pergi kerja ye? Kereta saya rosak."
"eh.. apa panggil Afzar ni. Kan dah kahwin....sayang panggil abang la..ok?"

Ayu,...tidak dapat memanggil Afzar 'abang'. Ia...terhenti di situ. Afzar...walaupun berkecil hati, tapi ia tetap sayangkan Ayu sebagai isterinya. Tapi tiada siapapun dapat menafikan kecemburuannya itu. Afzar tahu mengapa Ayu tidak dapat memanggilnya 'abang' dan dia cemburu dengan Azman. Kerana Azman telah merampas satu nikmat kemesraan daripada isterinya itu.

Kerana itu...bercinta sebelum kahwin...hanya akan mengurangkan nikmatnya selepas kahwin.
Isteri... atau suami mana yang tak nak melalui hari-hari mereka dengan kemesraan nama panggilan. Cukup ke sekadar memanggil nama? Walau dalam hati masih ada sekelumit perasaan sayang?

Mungkin inilah yang perlu mereka telan. Pahitnya bercinta sebelum kahwin. Manisnya sudah hilang, magisnya sudah pudar. Yang tinggal hanyalah kenangan yang suram.

Walau sekuat mana kita nafikan, cemburu itu tetap akan ada. Tapi kerana sayang. Semua yang pahit perlu ditelan, dan mata yang bergenang dengan air mata...perlu ditahan, semahu-mahunya..


Wahai hati...kuatlah menghadapi semua ini. Walaupun ia sukar...tapi tepislah semua perasaan sia-sia itu...
Wahai mata...sabarlah...janganlah mengalah. Janganlah menitis lagi air mata untuk perkara yang tiada nilai untuk ditangisi.

Semua penderitaan ini akan berakhir nanti. Sabarlah... jangan bersedih...


Abang... kasih dan cintaku dunia akhirat...

25.9.14

Abah...nak kahwin.

Bukan mudah nak melawan perasaan untuk berteman. Lihat kiri, ada yang berteman, lihat kanan ada yang berteman, depan belakang semua berteman. Aku jalan sorang-sorang ke arah keretaku. Mengeluh. Ada kawan-kawan, semua takleh pakai. Bila perlu je baru cari aku. Mungkin sebab aku yang memulakannya dulu; cari mereka bila aku perlukan. Hmm...Ada tunang... tapi jauh. Jarang kontek. Kalau kontek jadi kekok. Tak tau nak cakap apa. Bila dah start berbual, bergaduh. Hm.. Ada famli... tapi.. mama abah ada satu sama lain. Kalau datang pada mereka pun sekadar mencuit rasa. Tak dapat membantu pun hilangkan kesunyian tu. 

Aku membawa kereta aku keluar daripada kawasan kampus. Akhirnya senang aku nak parking kat dalam ni. Kalau dulu kena jalan kaki daripada luar pagar. Kalau parking kat luar kena ada sticker daripada perbandaran kalau tak nak kena kompaun. sebulan RM50. Kalau 5 bulan, RM250. huuhu... Sekarang hanya beli sticker universiti RM5. Parking kat dalam sahaja. Jimat. Sambil nak keluar daripada kampus, sambil berfikir, nak makan apa ya. Tengahari tadi bangun-bangun tidur terus mandi dan bersiap. Tak makan pun, terus pergi kelas. Ni baru nak fikir pasal makan. Perut aku dah start bergeroncong pelbagai irama dan lagu dah.

Pastu aku terfikir. Sekarang petang. Nanti nak makan malam pulak. Takpela.. balik dulu la. Makan apa yang ada. Tapi sampai katil sahaja terus terbaring. Penat. Tak tau kenapa rasa penat sangat. Asaimen bertimbun tapi satu habuk pun tak start lagi. Tak tau kenapa rasa macam nak tangguh dulu. Tak ada semangat. Terus angkat telefon. Mesej abah.

"Abah...kakak nak kahwin"

Lama juga abah nak menjawabnya...akhirnya dia cakap,

"duit tabung cukupkah?"
Aku cakapla, "nak nikah cukup dah. kenduri abah sponser"

abah cakap, "kenduri nasi ayam leh la..."

Huhu... Aku cakap, tak payah nak nasi ayam bagai, bagi karipap ja... lepastu abah aku bebel...

"Dah kahwin awal kang tak terjaga suami tambah dosa ada. Belajar tak habis lagi. Masak makan sendiri tak lepas lagi".

Nak nangis rasa...

Huhu...dengan duit yang ada sekarang...cukup-cukup untuk bernafas. Nak kahwin dengan harapan rezeki boleh bertambah. Dah kahwin, sekurang-kurangnya semangat bertambah. Dah ada teman. Tak ada la sunyi macam ni. Tapi entahlah.. belum sampai masa lagi kot...

Aku rasa kalau aku dah kerja, dah sedap pegang duit nanti dah tak lalu kot nak kahwin. Haha.. Aku risau tu je... Tapi apa dehal. Lelaki leh cari lain. Ramai perempuan kat luar sana kan... Ex dia pun ramai yang single lagi... Single sampai mati. Mati nanti pun sorang-sorang jugak. Haha. Dahlah... malas fikir. Pukul 1 pagi dah. Nak tidur ke nak buat apa? Tidur la...tapi takleh tidur... hmm..

Tak ada orang. Rumet tak balik lagi. Karaoke la kejap. haha. :'D

24.9.14

Cara untuk mendengar masalah kawan

Bergerak solo, tanpa peneman. Pergi mana-mana sorang-sorang. Bukan tak ada kawan, tapi tiada yang rapat. Tiada yang mengerti. Kadang kala terasa seperti aku yang mengasingkan diri daripada semua orang. Tapi aku dah cuba. Mungkin ini kehidupan si pasif. Aku seorang yang pasif. Yang hanya bercakap bila perlu, yang lebih suka mendengar daripada bercakap. Aku boleh jadi seorang kawan yang seorang pendengar baik. Orang suka pergi pada aku untuk menceritakan masalah mereka. Sebab apa? Sebab aku takkan bocorkan rahsia mereka pada sesiapa. Aku jenis mendengar, memahami perasaan orang lain, dan cuba berkata-kata yang menenangkan perasaan mereka. Aku tak senang duduk kalau ada kawan aku yang ada masalah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba untuk menolong mereka. Hmm.... tapi tula.. masa aku perlukan seorang kawan untuk meluahkan masalah aku... tak ada sesiapa untuk aku luahkan. Kerana aku tau, kalau aku cerita, pasti mereka akan ceritakan pada orang lain. Susah nak jumpa kawan yang kita betul-betul boleh percaya.

Kalau ada pun kawan yang pandai menyimpan rahsia, mereka tak banyak menolong pun. Banyak memberikan cadangan yang tidak perlu, dan menyalahkan aku atas kelemahan aku. Naseb dapat kawan-kawan yang tak faham apa erti "mendengar masalah dengan berhemah", Mendengar, bukan sekadar mendengar dan memahami, tapi mencuba untuk menenangkan mereka. Kalau perkara yang dibuat salah, jangan disalahkan terus, jangan distujui terus, tapi diberi cadangan yang mereka boleh ambil pada masa akan datang, dan memberikan galakkan. Bukan menyalahkan. 

Bukan dengan mengatakan, "yang pergi buat macam tu pasai pa?"
Tapi kata-kata yang lebih elok seperti, "kan lebih elok jika awak buat macam ni... mungkin dia terasa kot. takpe bagi dia masa, jangan putus asa".

Ye. Manusia banyak salah silap. Tapi semua orang ada hak untuk berubah, dan tidak adil bagi kita untuk terus menyalahkan mereka. Sebaliknya bagilah harapan dan keyakinan bahawa mereka mampu melaluinya. 


23.9.14

Tarikh yang Berhantu

Kenapa setiap kali hampirnya dengan tarikh permulaan perkenalan kami, ada je benda terjadi nak pisahkan kami atau mendinginkan hubungan ini. Lagi beberapa hari sahaja... gaduh pasal benda kecil. Benda kecil yang dibesar-besarkan. Sakitnya hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bukan marahkan dia, tapi kecewa dengan diri, kenapa tak dapat jadi seseorang yang tak perlu dipersoal perlakuannya.

Aku mungkin tak seperti yang kau mahukan, tapi setiap hari aku cuba berusaha menjadi lebih baik. Setiap hari aku cuba tepiskan masalah-masalah yang datang tanpa sokongan sesiapa. Dan aku dipersalahkan atas perbuatan aku. Kau kena faham, tak ada sesiapapun yang menyokong aku, bagaimana aku mahu bangkit kalau kau juga sama meraguiku.

Sedih.

Apa gunanya sebuah hubungan jika tiada dasar kepercayaan dan tiada siapa yg diharapkan sebuah sokongan moral?

20.9.14

Masih mencari sebuah kasih abadi

Belum ketemu kasih, yang teguhnya seperti ikatan kekeluargaan. Pandang kiri, pandang kanan. Tiada seorang kawan pun yang boleh dikatakan jiwa. "Jiwa", bermakna yang sehati, yang betul-betul memahami, yang tidak akan mengecewakan. Sesungguhnya, walau dekat di hati, hakikatnya, kawan yang dah kenal bertahun pun tak dapat memahami hati ini sepenuhnya lagi. Tak payah kata kawan, keluarga sendiri pun tidak memahami jiwa ini. Hanya Tuhan sahaja yang bisa. 

Mengharungi hidup ini, meskipun dikelilingi selautan manusia, masih tidak dapat menghilangkan rasa kesunyian, rasa keseorangan. Setiap hari, bangun pagi. Rasa tiada perasaan. Rasa macam tak nak bangun kadang-kadang. Seolah tiada apa yang perlu diperjuangkan, Tiada yang mahu selami hati ini. Masing-masing menuduh ini itu, bersangka-sangka, menafikan kewujudan aku.

Yang paling menyedihkan, orang yang paling kita percaya, yang paling kita sayang, menidakkan tindak tanduk kita, tidak mempercayai kata-kata kita. Malah menyokong orang luar lebih daripada aku, orang yang paling terdekat dengannya. Rasa diri terhina, tidak berguna. Sekali lagi, rasa kewujudan diri tidak dihargai. Sedikit demi sedikit bayangku hilang dari pandangan orang ramai. Aku menjadi halimunan. Terlalu kerdil dan tidak bermaya. Tiada lagi yang tahu aku di situ. Tidak dipedulikan, tidak dihiraukan. Pergi ke mana, buat apa...tidak diajak. Diri, bersemadi dengan persekitaran. Halimunan.


Hakikatnya, tiada seorang manusia pun yang akan faham. Kerana mereka bukan kita.
Jika adapun yang memahami sebahagian diri kita, akhirnya akan tetap menyakitkan hati kita.

Dan tangisan dari mata ini pasti akan gugur jua.
Hati, hancur...

Hanya Tuhan sahaja yang memahami, hanya Dia sahaja yang tahu isi hati kita.
Tapi tika kita perlukanNya...kita teraba dalam kegelapan. Menunggu sesuatu..untuk membantu kita untuk bangun kembali.

Hikmahnya datang tidak disangka-sangka. Yang gelap akan menjadi cerah. Yang gerimis akan menjadi hangat. Yang dua akan menjadi satu. Di mana kau "jiwa"? Aku rindukan kau.


14.9.14

Kemurungan

Walaupun sukar untuk dipercayai, ye...aku ada penyakit kemurungan. Hmm.. :( Pantang sunyi sikit, dah membuka pintu seluas-luasnya untuk bermurung. Yang peliknya, aku seorang yang pasif. Tak suka berinteraksi dengan ramai orang. Suka bersendiri. Tapi kalau orang yang terdekat aku pun buat endah aku, aku jadi murung. Aku tau susah nak bendung perkara ini, jika aku amik hati sangat, tapi nak buat macam mana, hati aku halus. Kalau buat tak tau pun tetap akan terkesan dalam hati ini.

Sejak form 3 aku kena penyakit kemurungan ni, sampai ada dua personaliti. Bila murung, personaliti aku berpecah. Seolah ada dua jiwa yang berbeza dalam diri ini. Seorang yang kuat memberontak, dan seorang lagi kuat menangis. Dulu aku rajin sangat menangis, sehingga, personaliti aku yang kuat memberontak itu mengambil alih jasad aku. Lama juga la dia bertahan. Sampai aku dah kolej. Lepas kolej, aku bertemu dengan cinta pertama aku. Masa tu personaliti aku yang lembut muncul balik. Bukan senang nak lawan dengan dua personaliti. Nak timbang baik buruk semua. Aku masih ada iman! Semua ini sukar untuk aku :( Terasa macam orang gila pula. Tapi orang gila nampak bahagia je. Orang gila pun tak murung macam aku.

Selalu je ada benda hasut aku bagi aku sedih.

Terutama perkara yang berkaitan dengan love life aku.

Aku tau aku bukan yang terbaik. Tapi aku berhak mendapat yang baik.
I only want someone to appreciate my existence. If no one does, then whats the use of staying alive if no one sees me. if no one notices i'm there.

Please jangan biarkan ruang itu terbuka luas untuk aku bermurung. If you want me to be happy.
I know I'm asking for too much. Kita hanya layan orang yang kita sayang, cintakan saje. I get that. I just... arh.. :'( maybe all this is just a stupid phase. It's ok. I'll be fine.

13.9.14

Mr mechanic

Hari ni bawa kreta gi baiki dgn encik tunang. :) bestnye ada bakal suami mekanik.. Hihi... Klau nk hrpkn aku mmg mampus la kreta tu. Jahanam. Bljr banyak kali pun leh lupa. Byk bnde lupa. Haha. Bila si dia tanya, bila last tukar itu ini... Mmg blur la. Bukan xnk amek tau, tp pkara cm tu xleh nk save dlm memori... Cian haikal... Bukan x syg dia, tapi ntahla... Kalau ada duit, tiap bulan gi hntr haikal gi dokter tau. (Haikal nama kereta aku).

Balik dari bengkel singgah masjid sunway. Solat asar ngan mghrib. Lps maghrib leh jem plak kt sunway tu. Hmm.. Ntahla.. Mcm mana la org yg tinggal kt sana kn. Tiap hari jem. Dlu encik tunang awal2 msuk bandar asek nak marah2 je bile jem. Tapi skrg ... Setelah hampir 2-3 tahun, tengok dia releks je, senyum je. Sungguh, duduk kt bandor ni mngajar seseorang bsifat sabar. Bukan mudah. Huhu... Suka tgk dia senyum tadi. Cantik..

Masa sampai bengkel tadi pun nampak dia... Perh.. Kacaknya dia pakai uniform. Walaupun sekadar t-shirt keje biasa dan sluar cargo... Nmpk kacak gile. Aisehh... Mcm mana la peminat x kliling pinggang. Hmm... Nak buat mcm mana. Encik tunang ni pakai simple pun nmpk ensem. Pkai semart, lagi la btmbh hensem dia. Mcm mana org x cair tgk dia. Serius x ske berebut dgn org =.= tp iri hati tu tetap ada bila org len minat kt dia ni.

Naseb kaula... Dpt tunang yg ensem. Yg aku ni, org nmpk trus lari. Tak jadi nk knal... Muka cm tongkang pecah. Cmne la en tunang leh ada hati ngan kite...

Ye ke dia ada hati?
Rasa mcm tak je.
Org cm kite ni siapa nk...
Yg nk pun, kite xnk kt dia. Haha

Hmm... Kdg2 tgk cara org tgk kite ngan en tunang mcm x caye je kami terikat. Jauh mcm langit dgn bumi. Dia tinggi, kite renek je.

Tapi kan... Ntah kenapa, hati ni tetap damai bile teringat kat dia. Mmg btul. Kuatnya jodoh kita bila kita rasa tenang je bila tringat kt dia.. Walau mcm2 dia dh buat utk sakitkn hati ini, tapi hati ni tetap trima dia, trima baik buruk dia... Dia memenuhi sparuh jiwa ini... Bila dia ada, terasa sperti hidup semula.

Lps maghrib, trus gerak balik kuar dari sunway yg jem tu. Singgah jejantas sg buloh utk mkn jap. Lepastu gerak balik. Smpai umh dia msj kjap je. Lepas tu dia diam... Sama ada tertidur, main game, atau layan awek lain..

wa malas dh nk fikir berat2... Buat sakit hati je pikir bukan2. Kalau btul pun, biarla kt dia. Hmm.. Itu hak dia nk kwn ng siapa2 pun.. Hati org kite xleh paksa. Klu hti dia milik kita, dia tetap akn pulang kepada kita.

**awak... Meskipun  awk x pnh ada hati kat sy, tapi sy tetap akn tunggu masa tu utk tiba, waktu hati awk dh trbuka utk sy spenuhnya. Klau jodoh, umur kita panjng, sy nk cuba utk bahagiakan awk sbg istri awk yg sah..  Walau sy xde apa2 yg istimewa, tapi sy ada cinta tulus setia. Kalau awk x suka sy pnggil awk syg, xpela... Lpsni sy x pnggil dh... Bile tibe masanya nti sy pnggil k.

10.9.14

Minah Keyell

Sekarang dah semester baru. I have so much to cover up. =.=" Sorry korang. Cerita Restoran Bahagia terpaksa diberhentikan. Haha. Alaa.. korang bukan baca pun kan. Ia cumalah suatu cara aku nak release tension daripada kerja partime aku sebelum ni di restoran. Ya Allah... macam-macam orang aku jumpa. (juga satu cara aku nak kutuk diorang yang sakitkan hati aku.). haha.

Well, adik yang datang minta kerja ngan suami dia tu, dah berhenti kerja. Lepas aku berhenti, dia pun sibuk nak berhenti jugak. Katanya tak larat, pregnant. haha. Baru sebulan lebih dah tak larat ek? Baru aku tahu susahnya mengandung ni. Oh mann.. camne la aku nanti? =.="

Anyway, ada satu cerita ni, aku nak kutuk sorang minah high class ni. Ceritanya begini. Pada suatu malam yang biasa, di mana customer ramai la jugak datang, memenuhi setiap meja, ada satu geng customer ni datang. Dua orang minah 'keyell' ngan sorang mamat, gaya macam kontraktor je cara dia pakai yang agak selekeh, tapi cara bercakap penuh gaya. Lelaki tu masuk lambat sikit. Di duduk depan dua orang minah keyell tu. Pastu aku macam biasa amik la order diorang. Kenapa aku panggil minah keyell? Sebab gaya diorang tak macam orang sini yang rendah diri dan open minded, diorang ni macam bajet bagus.

Masa aku amik order tu, yang sorang minah tu yang banyak buat hal ngan aku. Dia tanya macam-macam benda yang "memperlekehkan" restoran tu.

"Hmm... asal laksa dia mahal sangat? Banyak ke laksa dia?"
"Standard laksa RM4 je..."
"laa...banyak ni je ke laksa dia? ingatkan besar ni....." (dengan mendepa tangan dia, sambil mata ke atas)

Masa tu Tuhan je tau, betapa sabarnya aku tak meletup depan minah ni.

Aku amik order macam biasa, lepas tu pass kat dapur.

Time bagi tu tu boleh plak minah ni complain pasal order kawan dia. Kawan dia diam je kot.

"Eh... ni apa? Mana meatball nyee??" (sebab dia ada order pasta meatball. kawan dia order pasta bolognese)

Aku cakap la. "akak nye tak sampai lagi la. ni pasta bolognese"

Pastu dengan mata bulat dia tanya...

"Mana ayamnye?? tak nampak ayam pun?"

Hahaha... siot tul minah ni.

Aku nak cakap, "ayam dah dihancurkan" tapi tak terlepas pula. Sebab dah dia cakap dia tak nampak...

Dalam hati aku..."dah tak nampak tu pergi la buat spek, tak lama lagi la tuuu.."

Boleh plak dia nak cansel pasta meatball dia. Minah ni memang buat hal.

Saje je nak buat porak peranda. Rupa-rupanya, boss aku cakap, kakak minah tu orang femes jugak kat kampung aku ni. Diorang banyak kondem restoran ni kat fesbuk... haha Padan la perangai dia macam tu. Berlagak keyell, padahal orang sini je. adoi, petak pale.

itu baru satu cerita. Macam-macam lagi. Nanti kalau aku rajin, aku ceritakan kat korang. Kla... aku nk chiow. Minggu first ni tak bz sgt. tapi lepas ni tak taula kan macam mana. huhu..