23.9.14

Tarikh yang Berhantu

Kenapa setiap kali hampirnya dengan tarikh permulaan perkenalan kami, ada je benda terjadi nak pisahkan kami atau mendinginkan hubungan ini. Lagi beberapa hari sahaja... gaduh pasal benda kecil. Benda kecil yang dibesar-besarkan. Sakitnya hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bukan marahkan dia, tapi kecewa dengan diri, kenapa tak dapat jadi seseorang yang tak perlu dipersoal perlakuannya.

Aku mungkin tak seperti yang kau mahukan, tapi setiap hari aku cuba berusaha menjadi lebih baik. Setiap hari aku cuba tepiskan masalah-masalah yang datang tanpa sokongan sesiapa. Dan aku dipersalahkan atas perbuatan aku. Kau kena faham, tak ada sesiapapun yang menyokong aku, bagaimana aku mahu bangkit kalau kau juga sama meraguiku.

Sedih.

Apa gunanya sebuah hubungan jika tiada dasar kepercayaan dan tiada siapa yg diharapkan sebuah sokongan moral?

No comments:

Post a Comment