Bukan mudah nak melawan perasaan untuk berteman. Lihat kiri, ada yang berteman, lihat kanan ada yang berteman, depan belakang semua berteman. Aku jalan sorang-sorang ke arah keretaku. Mengeluh. Ada kawan-kawan, semua takleh pakai. Bila perlu je baru cari aku. Mungkin sebab aku yang memulakannya dulu; cari mereka bila aku perlukan. Hmm...Ada tunang... tapi jauh. Jarang kontek. Kalau kontek jadi kekok. Tak tau nak cakap apa. Bila dah start berbual, bergaduh. Hm.. Ada famli... tapi.. mama abah ada satu sama lain. Kalau datang pada mereka pun sekadar mencuit rasa. Tak dapat membantu pun hilangkan kesunyian tu.
Aku membawa kereta aku keluar daripada kawasan kampus. Akhirnya senang aku nak parking kat dalam ni. Kalau dulu kena jalan kaki daripada luar pagar. Kalau parking kat luar kena ada sticker daripada perbandaran kalau tak nak kena kompaun. sebulan RM50. Kalau 5 bulan, RM250. huuhu... Sekarang hanya beli sticker universiti RM5. Parking kat dalam sahaja. Jimat. Sambil nak keluar daripada kampus, sambil berfikir, nak makan apa ya. Tengahari tadi bangun-bangun tidur terus mandi dan bersiap. Tak makan pun, terus pergi kelas. Ni baru nak fikir pasal makan. Perut aku dah start bergeroncong pelbagai irama dan lagu dah.
Pastu aku terfikir. Sekarang petang. Nanti nak makan malam pulak. Takpela.. balik dulu la. Makan apa yang ada. Tapi sampai katil sahaja terus terbaring. Penat. Tak tau kenapa rasa penat sangat. Asaimen bertimbun tapi satu habuk pun tak start lagi. Tak tau kenapa rasa macam nak tangguh dulu. Tak ada semangat. Terus angkat telefon. Mesej abah.
"Abah...kakak nak kahwin"
Lama juga abah nak menjawabnya...akhirnya dia cakap,
"duit tabung cukupkah?"
Aku cakapla, "nak nikah cukup dah. kenduri abah sponser"
abah cakap, "kenduri nasi ayam leh la..."
Huhu... Aku cakap, tak payah nak nasi ayam bagai, bagi karipap ja... lepastu abah aku bebel...
"Dah kahwin awal kang tak terjaga suami tambah dosa ada. Belajar tak habis lagi. Masak makan sendiri tak lepas lagi".
Nak nangis rasa...
Huhu...dengan duit yang ada sekarang...cukup-cukup untuk bernafas. Nak kahwin dengan harapan rezeki boleh bertambah. Dah kahwin, sekurang-kurangnya semangat bertambah. Dah ada teman. Tak ada la sunyi macam ni. Tapi entahlah.. belum sampai masa lagi kot...
Aku rasa kalau aku dah kerja, dah sedap pegang duit nanti dah tak lalu kot nak kahwin. Haha.. Aku risau tu je... Tapi apa dehal. Lelaki leh cari lain. Ramai perempuan kat luar sana kan... Ex dia pun ramai yang single lagi... Single sampai mati. Mati nanti pun sorang-sorang jugak. Haha. Dahlah... malas fikir. Pukul 1 pagi dah. Nak tidur ke nak buat apa? Tidur la...tapi takleh tidur... hmm..
Tak ada orang. Rumet tak balik lagi. Karaoke la kejap. haha. :'D
No comments:
Post a Comment