Bergerak solo, tanpa peneman. Pergi mana-mana sorang-sorang. Bukan tak ada kawan, tapi tiada yang rapat. Tiada yang mengerti. Kadang kala terasa seperti aku yang mengasingkan diri daripada semua orang. Tapi aku dah cuba. Mungkin ini kehidupan si pasif. Aku seorang yang pasif. Yang hanya bercakap bila perlu, yang lebih suka mendengar daripada bercakap. Aku boleh jadi seorang kawan yang seorang pendengar baik. Orang suka pergi pada aku untuk menceritakan masalah mereka. Sebab apa? Sebab aku takkan bocorkan rahsia mereka pada sesiapa. Aku jenis mendengar, memahami perasaan orang lain, dan cuba berkata-kata yang menenangkan perasaan mereka. Aku tak senang duduk kalau ada kawan aku yang ada masalah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba untuk menolong mereka. Hmm.... tapi tula.. masa aku perlukan seorang kawan untuk meluahkan masalah aku... tak ada sesiapa untuk aku luahkan. Kerana aku tau, kalau aku cerita, pasti mereka akan ceritakan pada orang lain. Susah nak jumpa kawan yang kita betul-betul boleh percaya.
Kalau ada pun kawan yang pandai menyimpan rahsia, mereka tak banyak menolong pun. Banyak memberikan cadangan yang tidak perlu, dan menyalahkan aku atas kelemahan aku. Naseb dapat kawan-kawan yang tak faham apa erti "mendengar masalah dengan berhemah", Mendengar, bukan sekadar mendengar dan memahami, tapi mencuba untuk menenangkan mereka. Kalau perkara yang dibuat salah, jangan disalahkan terus, jangan distujui terus, tapi diberi cadangan yang mereka boleh ambil pada masa akan datang, dan memberikan galakkan. Bukan menyalahkan.
Bukan dengan mengatakan, "yang pergi buat macam tu pasai pa?"
Tapi kata-kata yang lebih elok seperti, "kan lebih elok jika awak buat macam ni... mungkin dia terasa kot. takpe bagi dia masa, jangan putus asa".
Ye. Manusia banyak salah silap. Tapi semua orang ada hak untuk berubah, dan tidak adil bagi kita untuk terus menyalahkan mereka. Sebaliknya bagilah harapan dan keyakinan bahawa mereka mampu melaluinya.
No comments:
Post a Comment