26.12.14

Kompang dipalu...pengantin baru! Duduk bersanding... tersimpul malu.. ewaahh!

Boleh ternyanyi plak tajuk blog entri kali ni. Hahhaha.. Bosan, tak tau nak letak tajuk apa. Tengah bosan malam ni, tak ada apa nak taip. Penulisan tesis semua dah siap, tunggu lecturer nak check je, pastu pergi jilid. Hari ni, nak cakap sal kahwin! Hoho.. Dah makin nak habis belajar ni, semangat nak kawin tu berkobar-kobar. Membara bak api yang membahang. (Ayat takleh blah tul..) Dulu masa sekolah, ingat lagi... aku cakap kat kawan aku, "eee...tak nak kawin la.. tak main la cinta-cinta ni". Tengok aku sekarang?? Haa...tu orang tua cakap, jangan cakap BESAW. Ambek kau satu timba, gatai sangat dah la ni.

Aku start bercinta time bila ye? Hmm.. lau ikutkan dulu, masa kecik-kecik aku ada crush kat sorang abg ni. Aku panggil dia Abang Hafiz. Umur 5 tahun lagi tua dari aku. Masa tu aku baru 5 tahun kot. HAHahaha.. Baru nak masuk darjah satu masa tu. (kat luar negara 5 tahun dah leh masuk darjah satu). Hmm.. Aku ingat lagi, ada satu ketika tu, aku tulis besar-besar kat kertas, "I LOVE YOU", lepas tu lekapkan kat cermin bilik, nak tunjuk kat Abg Hafiz masa tu, yang tengah main bola kat padang bawah rumah. Masa tu duduk rumah pangsa. Mana la abg tu nampak kertas tu. (fuh, naseb baik) memalukan btul perangai aku masa kecik dulu. =.=

Then aku balik Malaysia, masa UPSR pun aku ada minat sorang mamat ni. Ingat lagi nama dia, Khairul Akmal. Orangnya kecil, hitam-hitam manis. Bila dia senyum, walawehh rasa macam dunia ni berhenti berputar sesaat. Aku jumpa dia masa kelas tuisyen. Tapi dia duduk berdekatan dengan rumah aku. Tiap petang, aku akan duduk meja luar. Study la kononnya... Padahal dok tunggu si Khairul tu lalu depan rumah. Sebab petang-petang dia ada ko-kurikulum kat sekolah. Selalu dia naik basikal. Stiap kali lalu depan aku, mesti dia toleh dan senyum kat aku. Gile laa.. stok jatuh cinta ar time tu. Tapi lepas UPSR, aku dapat tahu dia pindah tempat lain, sbb ayah dia polis. Sampai sekarang tak tau dia kat mana. Try cari kat Facebook, tak jumpa. Haha.

Pastu 3rd crush masa sekolah teknik dulu. Haha... bab budak tu aku tak nak cerita. Mampos kalau dia jumpa entri ni kat internet. Senang cerita dia tu kawan baik aku la kat sana. Aku je syiok lebih kat dia. Hahaha... Then, aku start betul-betul cinta masa form 5 dulu. Dengan budak Taiping. Itu pun kawan yang kenalkan kat aku. Sebab tah, aku jenis nerd kan. Hidup aku dengan buku je. Mana la reti nak bercinta ni. Reti suka kat orang, ada la. Haha. Tapi tak lama pun ngan mamat tu, sebab aku nak tumpu pada SPM. then mamat tu pun rendah diri sangat. Putus pun sebab dia cakap aku pandai sangat. Dia takleh go on, sebab dia skolah vocasional je. Ek eleh mamat ni.. Macam aku pandang sangat tahap education kau tu. Huhu. Aku tak heran pun..

Masuk Diploma yang aku paling kerap bercinta. Woah. Gila, lebih 13 kali kapel. Kebanyakan on off kat internet je. Haha. Ramai yang tak pernah jumpa pun. Cyber love. LOL. Semua tak ngam ngan aku. Last-last jumpa dengan mamat skinhead ni. Entah camne aku leh lekat ngan dia. Haha. Hmm.. yang aku ingat... masa first time jumpa dia, benda pertama aku fikir, "suci gile muka budak ni" serius ensem. Makan pun malu-malu. Memang ciri2 lelaki yang aku suka. Sebab time tu pun aku jenis ganas je kan. So aku lebih suka lelaki yang lembut-lembut gitu. Senang nak buli. :D Tapi bila dah kenal mamat ni, aku jadi makin lembik plak. feminin gitu. Tu la kuasa cinta kan?

______________________________________________________________________________

Woi, lari tajuk ar aku ni. Haha. Aku nak cerita pasal perjalanan life aku lepas dirisik sebenornye. Gile ar. Ni kalau masuk periksa ni, karangan dah potong markah dah ni. HAHA...

Tarikh 11 June 2014. Semuanya berlalu begitu saje. Betul la cakap adik aku, kalau nak tau jodoh kita tu, semua akan berjalan dengan lancar. Kadang-kadang kita tak rancang pun, tapi semua menjadi senang, dipermudahkan. Huhu...
Serius, beberapa hari sebelum risik tu sebenarnya aku ada konflik sikit dengan mak aku. Hoho.. Bukan apa, dari kecil sampai ke besar ni, aku jenis anak yang tak banyak membantah, semua aku ikut cakap mak aku, taat. Tapi bila tiba soal jodoh aku ni, aku nak gak kebebasan untuk menetapkan beberapa perkara dalam perkahwinan aku. Selama ni aku ikut je. Tapi ni bukan melibatkan aku sorang, melibatkan bakal suami aku juga. Banyak kali try berunding ngan mak aku, minta jangan tinggi sangat wang hantaran. Sampai menangis-nangis.. Haha. Aku sedih, bukan sebab aku tak dapat apa yang aku mahu, tapi sebab mak aku tak faham. Tak faham keinginan besar aku untuk amalkan ilmu yang aku ada. Contohnya, aku tau, wang hantaran tu tak wajib, tapi kalau teruskan dengan wang hantaran yang tinggi, menyusahkan bakal suami... apa yang dapat? Aku tahu, kenduri tu biar besar-besaran dihebah-hebahkan, tapi jangan sampai membazir... kalau buat besar-besaran nanti, takut tak berkat perkahwinan aku. Macam-macam aku fight sebenarnya... pujuk-pujuk mak aku untuk permudahkan segalanya... sampai satu tahap aku dah malas nak pikir. Sampai satu tahap, aku mcm pasrah je kalau bakal suami tarik diri. Pernah sampai termimpi-mimpi yang bakal suami takleh terima dengan syarat-syarat mak aku dan tarik diri. Haha..

Then sebelum merisik tu, bakal ibu mertua ajak beli cincin risik sama-sama. Masa nak pilih tu... semua cincin besar. Haha. Jari aku kecik sangat. Last-last auntie tu keluarkan cincin-cincin saiz budak. =.= Ada dua. tapi aku minat sangat dengan yang satu ni. dia halus daripada yang satu lagi. Mak mertua aku suruh aku cari yang besar sikit. Tapi aku lagi suka yang halus. HAHA. Sebab aku rasa cantik. Kalau perempuan lain mesti pikir nak beli emas yang besar-besar, sebab nilai lagi besar. Tapi aku pilih yang cantik. Halus kecik je. Haha. Bakal mak mertua aku sampai macam berat hati je nak belikan, sebab dia risau mak aku cakap apa nanti sebab halus sgt. Haha. Tapi dia tengok aku macam suka, jadi dia pun terima la. Harga aku leh ingat lagi...Dalam RM200. Balik dari tu, mak aku tanya.. "berapa harga cincin"? Masa tu, aku was-was nak bagitau. Sebab aku kenal mak aku macam mana. Kalau dia tau, mesti dia cerita habis kat kawan-kawan dia. Jadi yang aku boleh fikir time tu, aku cakap la.. "biarlah rhsia..." Masa tu kat meja makan. 

Tiba-tiba dia kuar ayat sedih,
"kalau sekarang rahsia, dah kawin nanti lagi nak rahsia dengan mak? kalau macam tu, kawin semua buat sendiri-sendiri.." majok terus mak aku. Berapa hari tak bertegur sapa dalam rumah. Aku bukan jenis reti pujuk perempuan majok ni. Huhu... dari kecik aku memang tak rapat dengan mak aku, jadi aku rasa susah aku nak pujuk. Dalam masa yang sama, aku nak bagi dia cool down dulu. Masa tu kecewa sangat. Cincin risik dah beli, tunggu masa je bakal mertua nak datang rumah nak risik, tapi mak aku majok plak. Yang bakal mertua dah asik tanya "bila boleh datang?"

Masa tu harapan aku hanya melalui ayah je. Ayah aku pun cakap, "nanti ayah tanya mak, sebab mak tengah majuk lagi tu"... Masa tu Tuhan je tau, betapa sedihnya aku... Aku tak ada niat pun nak guriskan hati mak aku. Aku cuma tak nak dia aibkan orang je. Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Lepas risik tu, aku dengan mak aku dah baik balik. Dia siap cakap, "mak tengok cincin tu pun dah tau cincin untuk budak-budak. Cincin risik, standard la tu RM200". Ayat dia menghilangkan keraguan aku. Kenapa la aku fikir negatif sangat. Mak aku siap cakap, "mak faham, kau nak ikut sunnah. tapi zaman sekarang, kenduri tu... nak kena sewa khemah, kalau kau esok, konferm kat dewan, depan rumah tak muat khemah... berapa ribu dah sewa dewan, belum makan minum kenduri lagi". Sejak hari tu, aku memang tak jadi nak bangkang mak aku. Semua yang dia cakap, semua ada sebab dia sendiri. Dah tentu dia lebih tahu, dia lebih banyak makan garam dari aku.

Masa dia tetapkan mas kawin pun sama gak. Mak aku cakap, "mak dah tetapkan mas kawin kau. RM2701. Sebab tarikh birthday kau!" dia cakap dengan senyuman lebar. Tertelan air liur aku masa tu. Bagi aku yang tak kerja lagi, memang aku rasa berat hati. Sebab aku tak pernah pegang duit sebanyak RM1000 lebih. Aku rasa berat sangat. Haha. Masa tu aku bergurau balik dengan mak aku, "Kalau tarikh birthday, letak jela RM271" :P Sebenarnya dengan harapan mak aku boleh terima la... Fikiran aku meleset sekali. Haha. Dia cakap, " RM271 nak beli apa? Kalau RM2701 boleh la beli emas putih. Emas putih tak leh gadai. Mas kawin ni kita kena beli sesuatu yang kita leh simpan.."
Tengok..semua dia dah fikirkan. Semua bersebab. Sebab tu sekarang, aku diamkan aje kalau dia dah cakap macam-macam sal perkahwinan aku nanti.

Hasilnya.. sikit-sikit dia dah mula longgarkan syarat.
Daripada duit hantaran RM10 000, turun jadi RM8 000. Seriusly, zaman sekarang, ada ke orang nak bagi RM8000? Ok, ada la orang yang tak ada hantaran langsung, tapi tu dah luar biasa. Haha. Paling kurang pun RM10 000 la.. Ni pun campur mas kawin, RM10 000 lebih jugak la. Haha. Tapi hantaran boleh kongsi. Senyap2 sudah.. Haha. 

Ni pun bakal suami tak nak buat tunang dah... aku tak cakap lagi kat mak aku. Takut nak cakap, nanti dia majok lagi, tak reti nak memujuk . Haha. Harap-harap dia pun lupakan terus... Biar terus nikah je.
kalau ikutkan, mak aku cakap, masa risik, kalau nak tunang terus, bawak dua cincin. Tapi dah kata nak risik je, jadi memang bawa cincin risik je la. :p 

omaigod. aku tak nak masuk campur. Lepas ni, pandaila dia berunding ngan mak aku. Haha...

:) takpela... lepas ni usaha kumpul duit jela. Haha. tapi kalau dari dulu start kumpul, ase dah leh kawin dah :p tu la kau ayie... cuba la kau menabung dari kecik. kata nak kawin ala-ala princess. alaaa..... Tak pe arh.. pakai baju kurung putih masa kat dip pun ok lagi... kasi sental ngan klorok jek. HAHAHA...

7.12.14

Sesat di KL

Minggu-minggu hujung ni, macam-macam pula pensyarah ni minta kite buat. Hmmm... Pergi KL pun sebab kena cari lagi bahan untuk projek akhir sem ni. Duit dah nak kering. Haha. Habis aku keluarkan duit yang ada dalam bank. Duit dalam tangan tu la duit terakhir aku. Sebab tu susah hati bila ada orang nak pinjam walau sekejap. Haha... Sabtu semalam tengahari aku bertolak ke KL. Cadangnya nak pergi Ahad, tapi disebabkan kawan aku baru beritau yang kedai tutup hari Ahad, aku pun pergi la semalam. Pasrah je kalau kedai tutup awal. Tapi alhamdulillah. Ikut GPS, senang je sampai kedai tu kat Chow Kit. Cantekk... Kedai tu khas untuk Printing. Haaa... kat bawah ni gambar kedai tu dan isi-isinya. Siapa nak buat printing t-shirt boleh la cari barang silkscreen kat kedai ni. Terletak di belakang Hotel Vistana dan Bas Stesen Pekeliling. :) Kalau naik KTM, turun kat Titiwangsa tak silap.




Apa benda botol-botol ni? Haa.. ni la Rubber Dye. Pewarna untuk cetak baju. Tapi pakai yang ni lama-lama nanti tanggai gak. Sebab dia getah kn. Dia jual dalam kilo. Ada 0.8kg dan 1kilo. Macam aku pakai ni untuk belajar. So cetak pun atas kertas.

Then dah selesai beli barang kat kedai cetakan, aku pun ambil keputusan untuk ke Pasar Seni, cari kertas. Cadangnya nak balik rumah. Esok baru pergi Pasar Seni. Tapi dah alang-alang awal lagi, aku pun terus pergi cari. Guna GPS. Haaa tang ni yang sesat habis ni. Usya la gambar-gambar sesat aku kat KL. Berapa kali pusing-pusing, tapi tak jumpa-jumpa. Nampak Stesen Pudu, Nampak Masjid India.. tapi mana tah Pasar Seni. Grr... 


Memang sesat la cerita dia. Last-last aku give up. Ambil keputusan untuk ke Masjid Sunway. Sebab dah nak Maghrib. Esok jela pergi cari balik Pasar Seni tu.




Kat sini je aku selesa nak gi solat. Tak tau la kenapa. Sebab masjid ni ramai orang kot. Tak macam masjid lain. Huhuhu...Sunyi sepi je. Keesokan harinya aku ditemani Encik Tunang ke Pasar Seni. Yeah! Ada orang teman :) Nak kacau dia, tapi fikir dia penat seminggu. Cian plak. Tengok-tengok dia nak teman, Hehehehe... Dia cakap aku merajuk. huhu... Padahal aku hilang mood bila awek lama dia tiba-tiba mesej dia. Arghh ilang mood aih. Boleh plak minah tu kacau time keemasan macam ni.

Agaknya sebab nak pujuk aku, encik tunang nak ikut aku gi Pasar Seni. Heheh...Siap payung duit minyak tu!. Yahooo malam ni leh makan nasi. :D Sepanjang perjalanan pergi balik, aku tolong balaskan mesej awek lama dia.. HAHAHA..kalau minah tu tau, mau tercirit dia. Hmmm...motif sgt dok contact balik encik tunang. Geyammmmm.... Tapi tengok encik tunang, dah lain la sekarang. Dia banyak jaga perasaan aku. Dia betul-betul serius ngan aku. Huhu. Sungguh, aku takkan sia-siakan kesetiannya itu. Aku takkan mengalah! (muka serius) Aku akan fight untuk hubungan ni, selagi mana aku boleh. :)  Tadi cari kedai kat Pasar Seni tu. Rupa-rupanya kedai dia kat belakang. Haha... 



Punyalah cari. Rupanya kat belakang. :P


Tapi barang yang nak cari, tak ada kat sini. Kecewa :( Mana nak cari mounting board tebal yang mahai. Kebuntuan. Ke nak cari kat curve plak? Penat mencari. Penat badan, penat duit woo.. Esok jumpa lecturer, harap-harap dia permudahkan urusan. Huhu... Tak tau mana nak cekau dah duit. 

Selepas dah beli barang tu, jalan-jalan jap dalam Pasar Seni. Hehe Lepas tu balik. :D Happy sangat. Encik Tunang mcm tau je, keinginan perempuan untuk berjalan-jalan ni. Hahaha... puas betul cuci mata. Hahaha.. ;D bahagia rasa. Masa nak hantar encik tunang pulang ke rumah, tengok muka penat dia layan aku, rasa terharu sangat. Dalam perjalanan ngomel sorang-sorang sal duit. Dah macam rupa abah je, kira-kira duit sewa rumah, duit belanja, duit nak bagi aku, dan paling best, dia tak lupa nak bagi duit kat parents. Dah ada rupa betanggungjawab dah. :) My future husband. Nak cepat-cepat kerja, leh tolong dia dari segi kewangan. Boleh pergi jauh dengan bakat aku yang kreatif ni. Cewaaa... hahaha. :D Sekarang ni dalam fikiran aku ada beberapa perkara aku nak buat pada masa hadapan. Antaranya:-

-Jadi guru seni
-Part-time Pelukis 
-Tuisyen kelas seni di rumah
-Freelance graphic
-Photography untuk wedding
-Book illustration
-Part-time Novelist
-Activist Malaysian Vloggers

Tapi camner kalau dah jadi mommy ek? Boleh ke nak buat semua ni? Hhahaaha...
Hm..berangan jela dulu.. untung baby tu nanti. Mommy orang seni, Daddy mekanik. :P
ambik. gabung terus sastera dan sains.

:D Ok meleret dah entry ni.


3.12.14

Masa untuk Bersendirian

Ketika ini, fikiran aku dibelenggu oleh pelbagai perkara yang remeh. Memang aku boleh memilih untuk lari dari semua tu, tapi jika aku lari pun, sampai bila? Masalah takkan hilang selagi kita tak hadapinya. Haih...Sedih dengan perangai kawan yang suka ambil kesempatan. Rasa tenang lagi masa gaduh dulu. Masing-masing tak bertegur siapa. Walaupun agak sunyi masa tu, sebab tak ada kawan, tapi sekurangnya banyak masa untuk diri sendiri. Bila dah berbaik balik, dia mula la perangai lama dia balik. Dahlah pentingkan diri sendiri! Dari dulu, tak pernah berubah. Tak pernah pikir, "aku ni menyusahkan orang ke tak?" Janji kerja dia siap, susahkan orang pun takpe. What the hell.

Hari ni memang tahap sabar aku dah sampai ke hadnya. Rasa nak meletup je tadi, tapi sedaya upaya aku tahan. Berapa banyak kali sudah aku beristighfar di bawah nafas kemarahan aku. Cungap-cungap menahan marah. Dalam hati, sabar....sabar Seri...jangan sekali-kali meletup. Aku tau, kalau aku meletup, memang maki-maki aku nanti. dan Kata-kata itu sesungguhnya berbisa, bertahun lamanya pun tak mustahil lukanya masih merah lagi. Aku pun bukan jenis yang suka menyakiti hati kawan, tapi kalau orang tu sendiri tak jaga hati kawan, macam mana aku nak jaga hati dia? Berapa kali juga tadi aku asik tersasul marah kat dia masa tolong dia. Aku tolong dia angkat barang nak ke kampus, sebab dia ada penilaian dengan pensyarah. Masa tu tinggal lagi stengah jam nak ke kelas. Dia dah cakap awal dah, dia nak ponteng kelas tu. Tapi aku tak boleh nak ponteng, aku kena pergi juga kelas tu. Takut ada informasi yang aku tak dapat nant. Dan sudah tentu untuk mengisi kedatangan yang ada. Tak naklah nanti kena fail subjek semata-mata sebab tak hadir kelas.

Dua kali jugak hangkut barang pergi dan balik. Sebab barang yang diangkut tu pun besar. Kena ikat atas kereta dia. Siap letak plastik kat bumbung kereta, takut kena calar. Al-maklumlah, kereta baru. Puih. Nyampah gila. Pastu time nak balut barang dia tu, buat trip yang kedua, langit dah gelap, macam nak hujan, tapi belum hujan lagi. Aku tengok macam tak hujan lagi. Aku cakap la kat dia, "letak je atas kereta, nanti kalau takut hujan, plastik tu kemudian baru ikat." Tapi dia xnk dengar cakap aku. Dia nak ikat jugak satu-satu plastik. Terhegeh-hegeh dia ikat.. makin lama, makin teliti konon dia dok perkemaskan balutan. Aku dah pening dah. Dalam fikiran dok risau lambat pergi kelas. Yang aku geram, aku dah cakap aku nak pergi kelas. Dia boleh buat-buat lambat pula. Taulah dia tak nak pergi kelas, tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain! Bodoh.

Nak minta tolong orang, tapi menyusahkan orang, buat apa?

Lagi aku fikir, lagi aku nampak yang AKU je yang banyak tolong dia. Ada dia tolong aku buat apa2? Tak ada pun. Dia tolong pun, mesti ada niat tersembunyi nak suruh aku tolong dia. Geram aku! Patutlah aku tengok member dia yang sebelum ni dah tak pergi kelas sama ngan dia.

Hmmmm... Pastu tadi, setengah jam jugak lambat sampai kelas. Hujan lebat gila. Bertakung barang dia dengan air. HAHAHA padan muka! Bila dah siap, dia nak cover la kunun dia ambil berat, "Eh, takpela..pergila ke kelas." Tapi buat apa kalau dah lambat stengah jam? Aku sampai kelas je tadi lecturer tengok aku semacam. Tak sampai 2 minit, lecturer cakap, "ok, jumpa minggu depan"

What the hell? Kelas dah habis??? Banyak benda aku dah miss! Bila tanya kengkawan lain pasal apa yang pensyarah nak minggu depan, semua bagi jawapan samar-samar. Tak puas hati betul tak dapat dengar dari mulut pensyarah tu sendiri :( Ni semua DIA punye pasal! Kalau tak naik kereta dia, memang aku dah balik dah. Masalahnya aku naik kereta dia tadi. Nak tak nak kena balik ngan dia petang nanti. 

Then, aku dah janji dengan penyelia projek nak jumpa lepas kelas tu. So dalam hujan tu aku rushing pergi studio. Tunggu 1 jam juga, sampai dapat mesej dari penyelia yang dia tak dapat jumpa. Postpone esok pula. Hmmm... Yang kawan aku tu pukul 4.30 baru datang balik nak penialaian dengan pensyarah dia. Masa tu pukul 3.30. Aku pun mesej la kawan aku. Aku cakap, nanti dah habis, mesej aku. Aku tunggu la hampir tiga jam! Asar, maghrib solat kat studio. Orang lain semua dah balik. Dia tak habis menyelia lagi. Hmm...Time balik, pensyarah dia tak bagi bawa balik barang dia. Sia-sia je aku tunggu. Bukan nak kena tolong ke apa. Macam orang bodoh tunggu dia. Baik aku balik rumah buat kerja. Ni tak, tidurlah aku kat studio tunggu dia. Babi btul.

Bila dah time nak balik, dia cakaplah, "pensyarah tak bagi bawa balik. Esok baru bawa balik". Aku cakap la laju-laju, yang aku tak boleh. Dengan selambe dia cakap, "tak pe, tak pe.... si A ni ada untuk angkat" Babun betul. Seolah aku tolong dia tu, macam tak ada apa-apa. Pastu tak reti nak minta maaf plak tu...

Aku lambat pergi kelas... bukan masalah dia.
Aku tidur dalam studio tak buat apa-apa... bukan masalah dia.
Aku kena hujan, sakit, maigrain....bukan masalah dia.

Yang paling bengang masa nak balik tu. Dia cakaplah kat si A, yang duduk seat depan kereta dia.

"Hmmm laparlah. Dari pagi sampai malam ni tak makan lagi, Seri dah makan?"

Dia dah tau aku dari pagi sampai petang, ikut dia, stay kat studio tunggu dia... Dia boleh tanya dah makan ke tak? Aku geram sangat, aku balas balik, "Rasa-rasa?"

Si A gelak je ngan jawapan aku. Dia tak tau aku tengah tahan marah. Naseb baik duduk belakang kereta, sempat la aku kuarkan air mata jantan aku. Sedih sangat kawan buat aku macam ni! Dia pikir diri dia je. Orang lain susah, dia tak nampak.

Lepas ni, kau susah, aku malas nak tolong kau dah. Aku tolong, sebab aku kesian kau sebagai kawan. Tapi kau suka susahkan orang lain tanpa rasa bersalah. Kau pentingkan diri sendiri.

Aku teringat peristiwa sebelum ni... Masa tu print kerja asaimen dengan kawan-kawan. Ada masalah dengan komputer kedai, lambat buka file dia. Masa tu dah nak habis Maghrib. Aku cakap la kat dia, "dah nak habis Maghrib ni. Kita balik solat dulu la... nanti datang balik print", Dia cakap... takpe tunggu la sikit lagi kot. Sebab dia sorang, Aku ngan 3 orang kawan lagi tak solat maghrib. Dalam kedai tu juga aku tegur dia, sebab dah geram sangat, aku cakap kat dia, ngan mata aku terjegil, "weh... kau sedar tak Maghrib nak habis ni... entah-entah file ni tak bukak sebab kita tak solat lagi...jomlah balik solat dlu...buat yang wajib dulu". Boleh dia cakap, "takpela...korang balik la dulu, aku nak stay sini" Aku cakap, "kau ni tak nak solat ke?" Dia boleh cakap, "aku ada lagi skit kot"(period hujung). Dah tau tengah period, tak cakap awal-awal kat kami suruh balik dulu. Kami punyalah tunggu dia, dia boleh halau macam tu je?? Solat boleh main-main. Entah betul ke tidak period pun tak tau. Pentingkan diri sendiri, sampai leh heret kawan-kawan tak solat, heret kawan tak pergi kelas. Kawan apa macam tu?

Orang lain yang tak kenal dia, memang la cakap dia baik. Dia tu talam dua muka. Dia cakap, lembut je, ayu je...sweet talker betul. Tapi perangai.... Ya Allah.. kalau tak duduk serumah, takkan taulah...

Macam mana la pakwe dia leh tahan dengan dia. Ngan pakwe dia, toksah cakapla. Lagi teruk kena buli. Dari KL, suruh pakwe datang hari ni jugak, takde kompromi. Datanglah mamat tu. Ada password FB pakwe, habis semua perempuan dia blok. Punyerlah sekat pakwe dia dari berkawan, tapi belakang pakwe dia, gatal dengan jantan lain. Suka sangat bila lelaki ngorat dia, mcm dia hot sangat. Please la... Kalau aku kawan yang jahat, habis rahsia dia semua aku repot kat pakwe dia. Tapi buat apa aku buat macam tu? Biar ar Tuhan je yang balas perbuatan dia terhadap pakwe dia. Tapi kalau perkara yang melibatkan aku, jangan harap kau boleh main-mainkan aku lagi.


25.11.14

Cinta tak perlu dibuktikan dengan kata-kata :)

Bila teringat kembali tentang apa yang sudah berlaku pada masa lampau... rasa nak meronta-ronta! Haha... begitu banyak yang membuatkan aku sedih, geram...kekecewaan yang teramat. Namun aku tetap berada di landasan yang sama, tak berganjak walau sedikit dari tempat yang sama. Di sisinya. Walau sakit, walau pedih, semua badai aku lalui dengan tabah dan sabar, kerana aku yakin akan takdirNya untukku. Tapi seringkali aku dilanda rasa sangsi dengan pendirianya terhadap aku. Sayangkah dia padaku? Atau sekadar mengambil hati aku, kesian mungkin. 

Cinta...tak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Kerana walau kata-kata bisa menjadi tikaman yang paling berbisa, dan kadang-kala menipu. Tapi hati, tak dapat menafikan perasaan sebenar seseorang. Dia pernah mengucapkan yang dia tak pernah sayangkan aku, dia pernah mengucapkan yang semuanya dusta belaka, yang tak pernah wujud pun cinta untukku. Tapi pengakuannya yang menipu itu jua satu tipu daya. Egonya mempertahankan dirinya. Sedangkan yang ada di benak, sukar dilafazkan, kerana kepedihannya dua kali ganda.

Kalau tak sayang, kenapa dia masih menyimpan bantal yang aku berikan.
kenapa tiap malam dia masih memeluknya... walau setelah dia ketemu orang lain?
Apa simboliknya bantal tu?


Bantal yang masih tersimpan di sisinya. Menemani malam sepinya :)

Menyesal...kerana semua barang yang diberikannya padaku, aku pulangkan semula setiap kali kami bertengkar. Tapi barang yang aku berikannya, disimpannya hingga lunyai. Sayang sungguh dia. Membuatkan aku sedih :( Ternyata dia lebih setia. Allah... sungguh indah percaturan hidupMu. 

Lega hati kerana akhirnya terluah juga tentang kekhilafanku dari segi kesihatanku. Tapi dia tetap di sisi memberikan sokongan dan keperihatinannya. Allahu. PilihanMu juga adalah yang terbaik. Bersyukur kerana ditemukan dengan orang seperti dia. Walau kadangkala dia mengungkapkan kata-kata yang kurang rasional, tapi itu memang sikap semulajadinya. Dia terlalu jujur. Mengatakan sesuatu daripada hatinya, tanpa memikirkan akibatnya. Mungkin itu salah satu kekurangannya yang sudah aku lali. Mungkin orang lain akan mengatakan, "Kau memang bodoh sebab masih berada di sisinya!" Tapi bagi aku, aku sudah terima baik buruknya. Dan dia sebahagian daripada hidup aku. dan kami bakal melengkapi satu sama lain. Impian aku bersamanya hingga ke Syurga. Dia mimpi indah aku. Cinta dari ya Rabb. KurniaanNya yang besar bagi aku. Walau mungkin dia tidak sempurna di mata orang lain. Tapi bagi aku, dia cukup sempurna di mata aku. Kekurangannya membentuk kesabaranku, kelebihannya memuliakanku :)

Cinta awak <3

19.11.14

Having second thoughts.

This post is just my "2 cents" (2 cents= an english proverb that means "opinion/thoughts").

Lately... makin teruk maigrain aku. Tak tau kenapa teruk sangat sem ni. Banyak sangat yang difikirkan yang membuatkan aku tekanan (yang teramat sangat). First of all, projek final aku yang akan menentukan sama ada aku layak graduasi atau tidak. Risau tak dapat grad. Nanti kalau tak dapat grad, tak boleh kahwin. Haha... Sebab apa tak boleh kahwin? sebab tak boleh kerja, tak boleh cari duit. Duit nak buat apa? Nak buat hantaran, nak bayar balik budi ibubapa, nak bayar hutang PTPTN. Aku yang perempuan, tapi aku plak yang risau pasal hantaran. Bukan aku tak caya kat tunang aku, cuma, kita tau kemampuan kita. Dan aku tau sangat yang kita tak mampu melakukannya BERSEORANGAN. Kalau terpaksa lanjut satu sem lagi, PTPTN dah tak ada. Mana aku nak stay? nak cari duit lagi untuk satu sem tu? Kerja partime? Hmmm... terpaksa la nampaknya... (kalau jadi begitu).

Yang keduanya, risau dengan subjek 'cetakan' ni. Senior-senior, kawan-kawan yang pernah amik, kebanyakan dapat gred rendah. Walaupun lulus, tapi gred yang rendah tu akan menurunkan CGPA. Nampaknya...tak ada harapan aku nak dapat first class degree. Andai aku dapat 4 flat pun, tak mampu nak dapat 3.7 atas (yang membolehkan pengecualian daripada bayar PTPTN). Hmm...

Yang ketiganya, duit...duit dan duit... duitt!!! :( Walaupun terpaksa...dah sebulan makan maggi tengahari. Malam makan nasi. Sekarang maggi dah habis...duit pun dah habis. Asaimen bertangguh sebab duit tak ada. Dah 2 hari makan roti siang malam. Cuba minta dengan mama abah, tapi mereka pun bukannya orang senang. Orang tengok dari luar, nampak mereka macam senang...tapi diorang tak tau... hutang keliling pinggang. :( dan sebagai anak sulong, aku paling tak suka meminta duit dari mereka, sebab aku tau mereka tak ada banyak nak bagi. Tapi nak tak nak...terpaksa juga. Tapi time ada jela... Sementara nak tunggu duit pencen abah masuk esok, aku tak keruan...terpaksa keluarkan juga duit last dari tabung kahwin aku. RM50 yang terakhir dalam bank :( sebab lapar nasi sangat. Ya Allah...nikmatnya dapat makan nasi tadi... Macam mana agaknya orang yang tak makan berminggu. Deritanya rasa :'( Teringat pula aku pada satu malam minggu lepas... pulangnya aku daripada makan luar, aku parking kereta di luar rumah. Ada anjing hitam tidur depan pagar rumah.



Serius, kesian dengan dia. Anjing ni tak pernah kacau orang. Selalu kalau dia nampak aku keluar kereta, dia mesti lari dari aku. Aku yakin sangat kalau aku keluar kereta masa tu, dia mesti lari. Masa tu kesian tengok dia tidur macam tu. Teringat bila hari-hari hujan dia mesti berjalan-jalan kat luar cari tempat berteduh. Setiap pagar rumah dia pergi, sambil merenung ke dalam, mengharapkan ada orang sudi buka pagar untuk dia berteduh. Tapi sorang pun tak ada. Terfikir sejenak, dia tak demam ke selalu kena hujan? Kesian sangat. Kita tidur atas katil empuk, tapi dia...? Bagai pelarian... dunia ini rumah dia. Sambil tunggu dia terjaga, dalam kereta aku tak sedar air mata berguguran. Terasa satu perasaan keinsafan dalam diri. Bersyukur dan pada masa yang sama, menyesal kerana mensia-siakan nikmat Allah. :(

Tengok muka aku pun dah jelas nampak ketensionan, dengan tumbuhnya jerawat yang begitu banyak sekali. Dah macam apa je aku tengok. SELEKEH. Pakai tudung, baju yang sama berulang-ulang. Dah malas nak berhias. Buat apa berhias, nak tambat hati siapa? Allah tak pandang pun semua tu, kalau ibadah pun kongkang. Bersyukur sebab aku masih ada iman untuk ingat akan solat, walaupun kadang-kala lebur juga subuh, tapi aku qada selagi boleh. :(

Tak cukup dengan semua tekanan tu, aku ternampak pula status tunang aku. Pasal isu suami yang curang dengan isteri sebab isteri dia dah busuk, dah tak berhias. Dia cakap seolah semuanya salah isteri tu. Gugur air mata aku dengan bahasa yang dia gunakan. Sebagai seorang wanita aku terasa. Walau aku belum bergelar ibu, tapi aku boleh rasakan peritnya jadi seorang ibu. Dan kalau lelaki tau kesusahan seorang wanita... lelaki takkan letakkan semua beban pada perempuan. Tak payah pergi jauh, tengoklah ibu kita sendiri. Ingat senang ke nak kandungkan anak 9 bulan? Sakit membawa perut yang besar ke hulu ke hilir, sakit bersalin, sakit berjaga malam...tiap-tiap bulan sakit.. Walaupun begitu, cekalnya hati seorang wanita. Tak pernah nak fikirkan diri dia, tapi fikirkan anak dulu. Sambil menaip ni pun berguguran air mata aku nak cerita semua ni. terasa berat sangat rasa. Tersekat rasa kat kerongkong ni menahan tangis. Andai lelaki tau... begitu berharga pengorbanan, wanita fizikal dan mental... sanggupkah cakap semua tu??

Sebelum kahwin perempuan hanya ada keluarga, ada ibubapa, ada adik beradik yang menerima mereka seadanya... ada kawan-kawan. Tapi setelah kahwin... Allahu... semua tu terpaksa ditolak ke tepi, kerana kewajipan pada suami, pada anak-anak.... Sunyinya mereka, Ya Allah...Tuhan je tahu. Anak-anak akan membesar, semua akan pergi cari hidup masing-masing. Yang tinggal hanyalah suami... andai suami pun tak hargai wanita itu yang mengorbankan kecantikan tubuhnya untuk melahirkan anak, yang terpaksa berjauhan dengan mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan... kepada siapa lagi wanita ini ada untuk sokong mereka? Hanya Allah je yang ada. Andai wanita ini egonya seperti lelaki, aku rasa...mereka semua akan memilih untuk tidak berkahwin. Buat apa kehilangan terlalu banyak hanya untuk seorang lelaki yang bergelar suami, yang tak memahami?

Yang paling sedihnya.... ayat dia...

"Mula2 ja cntik tp lme2 aduh tgk pn xlalu"

Sedikit pun aku tak marah. Tapi kekecewaan itu melebihi segala-galanya. Sakitnya seperti ditikam berkali-kali.



Sehingga kini...air mata masih lagi menitis. Dan aku terfikir, "Layakkah aku teruskan dengan keadaan aku yang sekarang?" Kalau kecantikkan, kesempurnaan, kesihatan yang diinginkan...,
Aku... tak mampu.

Sedangkan sekarang pun aku tak terurus. Tiada sokongan sesiapa. Terpaksa berdiri di kedua-dua kaki sendiri. Berjuang hanya untuk meneruskan hidup, dengan sisa kudrat yang ada, sehingga mengabaikan perkara-perkara lain... Aku memang tak layak. Dengan sakit yang makin meragut hidup aku. Aku rasa nak give up. Maigrain makin teruk. Makan ubat pun tak nak hilang sakit. Mungkin semua ni atas dosa-dosa aku... Ya Allah ampunkan aku :(

Tadi hampir pitam dalam kelas. Kawan-kawan yang perasan, kata muka aku pucat gile. Rasa nak termuntah, badan bergetar... Aku tinggalkan kelas sebentar dan baring dalam kereta. Terfikir sejenak... bagaimana keadaanya jika tiba-tiba aku pengsan, dan tak terjaga sampai bila-bila? Terbayang wajah mama abah... tak sempat aku ingin membalas budi mereka... terbayang muka kawan-kawan... tak sempat aku nak katakan pada mereka yang walaupun mereka tinggalkan aku kadang-kadang, aku tetap sayangkan mereka... dan terbayang wajah dia....tak sempat aku nak katakan yang... walau sedalam mana dia sakitkan hati aku..aku tetap sayang dia, dan aku sendiri tak tau kenapa. Walau berkali-kali aku disakiti, tapi aku redha dengan pilihan yang Allah tetapkan untuk aku.

Andai jodoh aku dengan ajal terlebih dahulu...
Walau siapapun jodohmu selepas itu, pandanglah matanya yang sudah tua...menghabiskan sisa hidupnya bersamamu, walau selekah, berkedut sana sini... tapi lihatlah keikhlasannya dalam sinar matanya, kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi tu. Yang mengorbankan sebahagian besar hidupnya, hanya untuk menyempurnakan jiwa kamu wahai lelaki yang sekian lamanya kosong dan sepi. Hargailah dia... :'(

16.11.14

So many things to cry for

Too many things have been so hard on me lately. I can't help but cry. I dunno why I'm so emotional. Maybe I'm coming on my period. I dunno.

I've been crying for not having any money.
I've been crying for not having any friends to talk to.
I've been crying because nobody asks me out anymore.
I've been crying because my workload has been doubled.
I've been crying for all the long hours I had to do my assignment, and how complicated it is to finish.
I've been crying because I lost some friends, just to be with some other friends.
I've been crying because those friends i left for didn't appreciate me.
I've been crying for being so stupid to leave my friends, for friends who don't appreciate me.

and I'm always crying for being a loser.
Life sucks.


12.11.14

Kuaci


Tak tau apa kena ngan aku malam ni. Tengah bosan ke? Tension? Kuaci hamster pun jadi aku ni. =.="

Hahahhaa.... ok, shut up.

Hari ni dapat asaimen baru untuk cetakan. Gile banyak benda nak kena beli....
-sekuji 14 inci
-warna rubber dye putih
-masking tape (heavy duty)
-bekas tupperware bulat murah
-sudu besi sedozen
-botol spray air

Hmmmm.... rasa macam baru aritu minta duit mama untuk print.

FYP terpaksa buat sikit-sikit. Dengan lecturer penyelia dah 5 minggu tak jumpa, stress punye pasal. Haha... jahat tul aku ni. Sori pensyarah, bukan sengaja :(

11.11.14

I am so exhausted! -_-

Wow! Lama sudah tak berblogging, terasa nak luah segala-galanya!! haha... Firstly, Hamster aku beranak lagi! Kali kedua dah ni... :) Tapi kali ni, dia tak makan anak dia. Ada 6 ekor. Mungkin sebab aku tak pindah-pindahkan anak dia... Semua ikut bulu bapak warne coklat... Teringin sebenarnya nak anak hamster warna putih gold, tapi tak dapat =.="
Geram tengok masa baru lahir. Macam embrio siot. Dah la gerak kaki semua terkedek-kedek cam robot, comel siut.


Rasa macam hilang tension sikit bila tengok hamster. Kerja asaimen makin bertambah. Tapi alhamdulillah dah boleh melepaskan nafas lega sebab dah hantar satu asaimen cetakan. Ni satu hasil cetakan yang berwarna hitam. Haha. Ni final, satu lagi berwarna. Dua-dua hantar kedai nak buat bingkai, kos RM40. Haha.. Tension aku duit kuar macam ayor. Lesap macam tu je ke asaimen.


Yang bawah ni pula bunga crepe aku belajar dalam kelas pengajaran kraf. OMaigoddd...dah lama gile nak belajar buat benda ni. Tapi asik tak ada kesempatan je. cantik sioott... Aku kahwin nanti boleh jadikan bunga untuk bouquet aku. haha... jimat kos, pkai kertas crepe ngan dawai ja... suke suke!


Yang bawah ni pula belajar dalam kelas yang sama. Belakang dia ada pin. Ni brooch. Guna cengkerang dan gam dengan glue gun. Aku tak suka sangat guna glue gun, panas... haha. Ni brooch kawan aku punye. Cantik kan? Dia cakap dia buat bentuk ikan. Haha. Tang mana ikan, aku tak taulah.


Hari Ahad lepas Encik Tunang mai umah. Dia bagi satu bundle kertas A1, 30 keping. Haha... Aku order kat dia, sebab jauh kena beli kat Shah Alam. Alang-alang dia nak balik kampung, jadi aku pesan kat dia. Time nak hulur duit, dia cakap tak payah, simpan je. Huhu... Terharu rasa. T.T Masa tak ada duit ni, Tuhan hantarkan orang untuk menyenangkan kita. Nak nangis ase. Tapi aku tahan je. Haha.. Gile pe nak nangis depan dia. Malu kot. Dulu nangis depan dia sampai merah muka. Sumpah malu bila ingat balik =.="

Lepas tu dia ajak makan. Hehe. Dahlah tak gitau awal-awal nak mai aritu, sebab beberapa hari sebelum tu kata nak jumpa lepas balik dari kampung. So masa tu dah gi beli nasi lemak. Kenyang kot. Dia acah nak merajuk sebab tak nak makan ngan dia. Haha. Lepastu dia suruh ratah tomyam dia. Sambil sembang ngan dia, aku pun ratah la... sampai habis ayam dalam tomyam tu!! HAHAH! Dari kenyang boleh habis, sebab semangat layan dia sembang.. :P Nampak tak kuasa cinta? Haha.. poyo je ayat. Then tetiba dia ajak balik sekali. Haha...

Memandangkan tak ada duit masa tu, aku cakapla, boleh, tapi dia kena belanja minyak. Dia okey je. Hehehe..untung gile dapat balik kampung... Rindu mama abah :P Untung la tunang ngan orang yang sekampung ngan kite. hehe.

Sehari je, petang tu balik sini balik. Hmm... masa sampai umah, dia naik moto tu rasa macam bercampur perasaan. Sedih, happy..semua ada. Rasa macam tak nak lepas pun ada... Sayang...betul-betul sayang kat dia... :) Tapi aku berpegang pada kata-kata ini, jika dia milik kita, pergilah jauh macam mana pun, dia tetap akan menjadi milik kita.

Impian aku nak bersama dengan dia di Syurga... walaupun aku rasa diri ni tak layak... tapi itulah yang aku impikan dari dulu sampai sekarang... Allah... perkenankanlah...


Miss you Encik Tunang :(

13.10.14

3 Cara Menjimatkan Duit

Tak kisahlah kamu ni pelajar ke, dah bekerja ke, semua orang ada masalah daripada segi kewangan. Even orang kaya sekalipun ada masalah pasal duit. Ini 3 cara aku menjimatkan duit. Rajin tak rajin je cerita dia.

1. Beli apa yang perlu sahaja

Perempuan macam aku suka bershopping. Pantang tengok baju lawa sikit nak sebat. Dah terbayang bila pakai...pasti cun. Pantang ada duit, shopping sakan. Jadi sebelum kita beli sesuatu kita tanya pada diri sendiri... "Do I need this?" - sebaris skrip daripada Confessions of a Shopaholic. Contohnya... Tengah shopping, terjumpa baju cantik, tanyakan diri anda beberapa soalan. Seperti;

a) Cukup duit kah? Masa tengok harga, RM30. Duit dalam poket RM50. Ok lepas.
b) Baki RM20 tu cukup tak nak beli keperluan lain?
c) Penting sangatkah? Kalau tak beli, boleh mati tak?

Dapat soalan 'c' memang tak beli la baju tu. Haha. Yang pasti, kita tidak akan mati kalau tak pakai baju lawa tu. Banyak lagi baju kat rumah yang tak terpakai lagi. Melainkan baju tu untuk bawa pergi kerja. MATI kalau aku tak pakai uniform pergi kerja. Pernah tengok nurse pakai baju skirt ngan blouse kerja? NO. Exactly. Jadi benda penting mcm uniform tu kena la beli. 

2. Makanan

Ye, makanan memang penting. Tak makan boleh mati. Dalam seminggu kita tak makan apa-apa kita boleh mati. Jadi apa dehal dengan makanan ni? JENIS makanan apa yang korang makan. Nak jimatkan duit, kena la juga tengok jenis makanan apa yang korang makan. Mak aku selalu tegur, "Janganlah asyik makan maggi je.... memang la jimat, tapi makanan tu kan tak sihat". Dan adik lelaki aku memang pantang nampak maggi. Bukan pantang makan, pantang tengok. Nampak je dalam rumah, dia akan sembunyikan dalam bilik dia. Tak nak bagi aku makan. Wadehel -_-

Nak jimat, tak semestinya makan maggi je memanjang.

Dah tau duit tu tak banyak, janganlah tiap malam pergi restoran mahal makan sedap. Takyah nak sedap sangatlah. Seperti cakap abah aku, "makan-makan jadi taik juga" haha...

Ada lecturer aku pernah cakap, "Wa dah lama tak makan kepci sejak dah kerja dah berumah tangga ni, lu orang yang belajar lagi dah guna duit ptptn beli kepci tiap2 bulan...aiyoo"

So berpada-padalah. Nak makan sedap boleh, tapi terhadkan maybe sekali sebulan, atau sebagai ganjaran, contohnya Lulus exam pada akhir semester, baru belanje diri makan kepci.

Bersederhanalah, dan makan makanan yang sihat. Makanlah di kedai yang jual lauk tengahari, dan sebelah malam makan di kedai yang ada goreng-goreng. Jimat duit. Masak? Zaman sekarang dengan harga barang makin naik, aku rasa sama je makan dalam atau luar pun. Tapi kalau rumah sewa kau pun tak ada peti ais, tak ada dapur masak memang tak syiok la masak sendiri. Baik makan luar je. Jimat masa, tak yah susah2. Masak hampir satu jam, makan berapa minit je. Huk aloh. Tak payah nak pertikai kenapa kedai masak sekejap je. Diorang bolehlah... bahan2 semua dah siap sebelum masak, kita yang masak kat rumah kena siapkan bahan dulu. Baru freshh... LOL

3. Kumpul duit untuk perkara yang menjadi idaman

Kalau kita betul-betul inginkan sesuatu, kita akan berusaha. Betul? Aku memang berminat sangat nak beli kasut Dr Martin. Hari tu tengok kat kedai ngan tunang aku...rasa macam omaigod... I have to have this. Susah nak cari kot saiz aku yang comel ni. Muat-muat lak tu... Geram.

OH maii goddd comelnyeee.... #.#

Ok, benda-benda camnih, kalau kita beli terus, potong dari sumber kewangan kita, memang sakit la aku habaq terus terang. Harga RM330. Kalau gaji kita RM500 sebulan, baki tinggal RM170. Bayar sewa rumah pun tak lepas, apatah lagi makan minum. LOL! Jadi cara terbaik, kita simpan duit secara konsisten untuk tiap-tiap bulan, Sebulan simpan RM100. So tiga bulan dah boleh beli dah. Sabar je yang perlu. Tapi barang rare macam ni, selalu orang rembat je. Takut orang lain rembat dulu. Haha...

Benda lain, macam Kahwin. Nak kahwin ... cuba kalau famili bakal mentua letak hantaran RM10 000. Mana kau nak cekau? Lainlah kalau dari dulu kau memang ada simpan duit, esok pun leh kahwin. So benda macam ni ambil masa untuk kumpul duit. Tu yang sampai ada orang bertunang lama. Nampak macam tak patut je kan, tapi janji dua-dua bakal pengantin saling paham memahami. Setiap bulan kumpul la roughly RM500 untuk yang bergaji sedap. Dalam 20 bulan bersamaan dengan hampir dua tahun, dah beres. Haha. Sambil-sambil tu doakan la bakal mentua permudahkan majlis. Benda yang elok, elok dipercepatkan kan... haha....

k, itu sahaja tips aku pada hari ini... selamat beramal geng ;)

30.9.14

What is a crush?

Ramai yang tak tahu makna 'crush'. Meh aku bagitau korang yang tak tahu tu. Crush ni ada dua makna, satu yang biasa kita gunakan membawa maksud, menghancurkan. Contoh: I crushed the biscuit to pieces to feed the birds. Maksud ayat ni: Saya menghancurkan biskut itu menjadi kepingan-kepingan kecil untuk beri makan kepada burung-burung. Satu lagi makna crush yang tidak ramai tahu ialah Seseorang yang kita minat dalam diam.

Cakap pasal crush ni. Dulu masa aku belajar kat Scotland, ada seorang mat salleh ni aku minat sangat. Dia boleh dikategorikan bawah lelaki yang comel, sangat sweet dan baik sangat. Nama dia Steven Laird. Dulu aku rasa aku tak ada la perasan sangat kewujudan dia, sehinggalah kawan aku, Parbeer bertanyakan satu soalan kepada aku.

Parbeer: Hey Amni, what do you think about Steven?

Masa tu aku tengah salin kasut nak masuk perkarangan sekolah. Sekolah aku kalau nak masuk kelas, kena tukar kasut indoor. So kat tempat tukar kasut tu, nampak la Steven duduk sebelah Parbeer. Aku cakaplah kat Parbeer, "He's nice..." Masa tu pelik juga aku tengok diorang ni. Steven... haha aku takleh lupa masa tu dia tengah sengih malu-malu. Tiba-tiba Parbeer cakap.... "Steven likes you". 

Serius aku tak ingat apa aku buat masa tu. Malu...mungkin. Aku tak ingat apa aku cakap, tapi aku berlalu dari situ macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi sampai sekarang aku boleh ingat keadaan itu. Baru-baru ni buka Facebook, ternampak pula satu gambar. Steven dengan awek dia. Selalu aku macam , "wadeva..." tapi kali ini Steven nampak lain. Dia memakai baju kebangsaan Scotland, kilt. Awek dia pakai baju agak mendedah jugak, biasalah awek taiwan. Tapi bukan selalu orang akan pakai baju kebangsaan tu. Mesti ada special occassion. Rupa-rupanya...Mereka dah kahwin. Baca komen pada gambar tersebut. Huhuhu...sedih plak rasa... Haha.. walaupun dah lama tak contact dia, dan dia pun dah lupa kat aku kot.

Hmm.. tapi memang Steven ni minat kat gadis Asia kan. Haha... camne ek kalau aku jadi bini dia. Perh. jenuh mendongak kot.
Ahhh... takpela Steven. Harap kau happy dengan bini kau... Semoga kau bahagia k.
Cepat-cepat timang anak. LOL. 


29.9.14

Di bawah bintang-bintang yang berkelipan

Seandainya diri ini menyakitkan hati, maafkanlah aku...
Andai perbuatanku membangkitkan kemarahan, jauhkanlah diri dariku...
Andainya rupa aku menjelikkan, berpalinglah. Aku menerima apa adanya...
Wahai kasih, andai hatimu tak mampu lagi ku jaga, ampunkan aku...
Andai takdir ini memisahkan kita, pulanglah..
Sekeping hati ini hanya mahukan kau mengerti, aku amat perlukanmu...
Walau apapun yang terjadi, walau hati ini sakit dihunus seribu sembilu yang kau cipta,
di sebalik jendela, ku masih menantimu kasih.
pergilah rindu...
pulanglah sayang... ;'(






28.9.14

Panggilan Kekasih

Pasti semua orang yang pernah bercinta akan melalui proses ini. Mengenali dan dikenali. Setiap permulaan perkenalan kita akan bermula dengan nama dahulu. Kata ganti diri yang berubah mengikut peredaran masa, mengikut perubahan perasaan.

Pada mula mungkin kita berkenalan agak kasar.

"Hey..aku tengok kau kecik besar kecik besar je..."
"kalau ang tak pi, memang aku balun kau cukup-cukup"

Ada setengah orang agak sopan perkenalannya.
"saya nak awak nyanyikan satu lagu boleh?"
"Boleh, no hal...awak cakap je awak nak saya nyanyikan lagu apa".

Tapi yang pasti, semua perkenalan bermula dengan nama. Kerana dari nama, lahirnya satu perasaan ingin tahu. Ingin tahu tentang orang yang kita bertanyakan namanya itu.

"Assalamualaikum, saya Afzar. Nama awak siapa ye?"
"Waalaikumusalam. Saya Ayu."

Kalau dah perempuan pasti akan tersipu malu kerana ada lelaki mahu berkenalan dengannya. Dan akhirnya hubungan persahabatan itu membuahkan bibit-bibit cinta yang datang dari entah mana. Tidak perlu penafian, semua terungkai, dan akhirnya masing-masing meluahkan perasaan melalui nama panggilan yang manja.

"Sayangku Ayu...bila kita akan bertemu lagi?"
"Sabar ye darling...panjang umur kita akan bertemu lagi."

Dan cinta yang tersemai akhirnya dimeterai dengan satu janji. Dengan satu lafaz, mereka menjadi pasangan suami isteri.

"Darling Afzar... esok awak hantarkan saya pergi kerja ye? Kereta saya rosak."
"eh.. apa panggil Afzar ni. Kan dah kahwin....sayang panggil abang la..ok?"

Nama panggilan diri bertukar-tukar, tapi hati mereka tetap sama. Jadi mengapa perlu kerana nama panggilan ini kita terasa jauh hati?

Pada satu ketika dahulu Ayu berkenalan dengan seorang lelaki tampan, pilihan gadis malaya. Namanya Azman. Ayu memanggilnya abang. Walaupun dengan faktor Azman yang lebih tua daripadanya, panggilan 'abang' bukan sahaja untuk menunjukkan rasa hormat pada Azman, malah panggilan itu untuk menzahirkan rasa cintanya pada pemuda tersebut. Tapi pada suatu hari mereka terpaksa berpisah atas pilihan keluarga Azman. Hati Ayu berkecai. Dia berazam tidak akan memanggil mana-mana lelaki dengan nama 'Abang' lagi.

Jadi apa yang terjadi?

"Darling Afzar... esok awak hantarkan saya pergi kerja ye? Kereta saya rosak."
"eh.. apa panggil Afzar ni. Kan dah kahwin....sayang panggil abang la..ok?"

Ayu,...tidak dapat memanggil Afzar 'abang'. Ia...terhenti di situ. Afzar...walaupun berkecil hati, tapi ia tetap sayangkan Ayu sebagai isterinya. Tapi tiada siapapun dapat menafikan kecemburuannya itu. Afzar tahu mengapa Ayu tidak dapat memanggilnya 'abang' dan dia cemburu dengan Azman. Kerana Azman telah merampas satu nikmat kemesraan daripada isterinya itu.

Kerana itu...bercinta sebelum kahwin...hanya akan mengurangkan nikmatnya selepas kahwin.
Isteri... atau suami mana yang tak nak melalui hari-hari mereka dengan kemesraan nama panggilan. Cukup ke sekadar memanggil nama? Walau dalam hati masih ada sekelumit perasaan sayang?

Mungkin inilah yang perlu mereka telan. Pahitnya bercinta sebelum kahwin. Manisnya sudah hilang, magisnya sudah pudar. Yang tinggal hanyalah kenangan yang suram.

Walau sekuat mana kita nafikan, cemburu itu tetap akan ada. Tapi kerana sayang. Semua yang pahit perlu ditelan, dan mata yang bergenang dengan air mata...perlu ditahan, semahu-mahunya..


Wahai hati...kuatlah menghadapi semua ini. Walaupun ia sukar...tapi tepislah semua perasaan sia-sia itu...
Wahai mata...sabarlah...janganlah mengalah. Janganlah menitis lagi air mata untuk perkara yang tiada nilai untuk ditangisi.

Semua penderitaan ini akan berakhir nanti. Sabarlah... jangan bersedih...


Abang... kasih dan cintaku dunia akhirat...

25.9.14

Abah...nak kahwin.

Bukan mudah nak melawan perasaan untuk berteman. Lihat kiri, ada yang berteman, lihat kanan ada yang berteman, depan belakang semua berteman. Aku jalan sorang-sorang ke arah keretaku. Mengeluh. Ada kawan-kawan, semua takleh pakai. Bila perlu je baru cari aku. Mungkin sebab aku yang memulakannya dulu; cari mereka bila aku perlukan. Hmm...Ada tunang... tapi jauh. Jarang kontek. Kalau kontek jadi kekok. Tak tau nak cakap apa. Bila dah start berbual, bergaduh. Hm.. Ada famli... tapi.. mama abah ada satu sama lain. Kalau datang pada mereka pun sekadar mencuit rasa. Tak dapat membantu pun hilangkan kesunyian tu. 

Aku membawa kereta aku keluar daripada kawasan kampus. Akhirnya senang aku nak parking kat dalam ni. Kalau dulu kena jalan kaki daripada luar pagar. Kalau parking kat luar kena ada sticker daripada perbandaran kalau tak nak kena kompaun. sebulan RM50. Kalau 5 bulan, RM250. huuhu... Sekarang hanya beli sticker universiti RM5. Parking kat dalam sahaja. Jimat. Sambil nak keluar daripada kampus, sambil berfikir, nak makan apa ya. Tengahari tadi bangun-bangun tidur terus mandi dan bersiap. Tak makan pun, terus pergi kelas. Ni baru nak fikir pasal makan. Perut aku dah start bergeroncong pelbagai irama dan lagu dah.

Pastu aku terfikir. Sekarang petang. Nanti nak makan malam pulak. Takpela.. balik dulu la. Makan apa yang ada. Tapi sampai katil sahaja terus terbaring. Penat. Tak tau kenapa rasa penat sangat. Asaimen bertimbun tapi satu habuk pun tak start lagi. Tak tau kenapa rasa macam nak tangguh dulu. Tak ada semangat. Terus angkat telefon. Mesej abah.

"Abah...kakak nak kahwin"

Lama juga abah nak menjawabnya...akhirnya dia cakap,

"duit tabung cukupkah?"
Aku cakapla, "nak nikah cukup dah. kenduri abah sponser"

abah cakap, "kenduri nasi ayam leh la..."

Huhu... Aku cakap, tak payah nak nasi ayam bagai, bagi karipap ja... lepastu abah aku bebel...

"Dah kahwin awal kang tak terjaga suami tambah dosa ada. Belajar tak habis lagi. Masak makan sendiri tak lepas lagi".

Nak nangis rasa...

Huhu...dengan duit yang ada sekarang...cukup-cukup untuk bernafas. Nak kahwin dengan harapan rezeki boleh bertambah. Dah kahwin, sekurang-kurangnya semangat bertambah. Dah ada teman. Tak ada la sunyi macam ni. Tapi entahlah.. belum sampai masa lagi kot...

Aku rasa kalau aku dah kerja, dah sedap pegang duit nanti dah tak lalu kot nak kahwin. Haha.. Aku risau tu je... Tapi apa dehal. Lelaki leh cari lain. Ramai perempuan kat luar sana kan... Ex dia pun ramai yang single lagi... Single sampai mati. Mati nanti pun sorang-sorang jugak. Haha. Dahlah... malas fikir. Pukul 1 pagi dah. Nak tidur ke nak buat apa? Tidur la...tapi takleh tidur... hmm..

Tak ada orang. Rumet tak balik lagi. Karaoke la kejap. haha. :'D

24.9.14

Cara untuk mendengar masalah kawan

Bergerak solo, tanpa peneman. Pergi mana-mana sorang-sorang. Bukan tak ada kawan, tapi tiada yang rapat. Tiada yang mengerti. Kadang kala terasa seperti aku yang mengasingkan diri daripada semua orang. Tapi aku dah cuba. Mungkin ini kehidupan si pasif. Aku seorang yang pasif. Yang hanya bercakap bila perlu, yang lebih suka mendengar daripada bercakap. Aku boleh jadi seorang kawan yang seorang pendengar baik. Orang suka pergi pada aku untuk menceritakan masalah mereka. Sebab apa? Sebab aku takkan bocorkan rahsia mereka pada sesiapa. Aku jenis mendengar, memahami perasaan orang lain, dan cuba berkata-kata yang menenangkan perasaan mereka. Aku tak senang duduk kalau ada kawan aku yang ada masalah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba untuk menolong mereka. Hmm.... tapi tula.. masa aku perlukan seorang kawan untuk meluahkan masalah aku... tak ada sesiapa untuk aku luahkan. Kerana aku tau, kalau aku cerita, pasti mereka akan ceritakan pada orang lain. Susah nak jumpa kawan yang kita betul-betul boleh percaya.

Kalau ada pun kawan yang pandai menyimpan rahsia, mereka tak banyak menolong pun. Banyak memberikan cadangan yang tidak perlu, dan menyalahkan aku atas kelemahan aku. Naseb dapat kawan-kawan yang tak faham apa erti "mendengar masalah dengan berhemah", Mendengar, bukan sekadar mendengar dan memahami, tapi mencuba untuk menenangkan mereka. Kalau perkara yang dibuat salah, jangan disalahkan terus, jangan distujui terus, tapi diberi cadangan yang mereka boleh ambil pada masa akan datang, dan memberikan galakkan. Bukan menyalahkan. 

Bukan dengan mengatakan, "yang pergi buat macam tu pasai pa?"
Tapi kata-kata yang lebih elok seperti, "kan lebih elok jika awak buat macam ni... mungkin dia terasa kot. takpe bagi dia masa, jangan putus asa".

Ye. Manusia banyak salah silap. Tapi semua orang ada hak untuk berubah, dan tidak adil bagi kita untuk terus menyalahkan mereka. Sebaliknya bagilah harapan dan keyakinan bahawa mereka mampu melaluinya. 


23.9.14

Tarikh yang Berhantu

Kenapa setiap kali hampirnya dengan tarikh permulaan perkenalan kami, ada je benda terjadi nak pisahkan kami atau mendinginkan hubungan ini. Lagi beberapa hari sahaja... gaduh pasal benda kecil. Benda kecil yang dibesar-besarkan. Sakitnya hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bukan marahkan dia, tapi kecewa dengan diri, kenapa tak dapat jadi seseorang yang tak perlu dipersoal perlakuannya.

Aku mungkin tak seperti yang kau mahukan, tapi setiap hari aku cuba berusaha menjadi lebih baik. Setiap hari aku cuba tepiskan masalah-masalah yang datang tanpa sokongan sesiapa. Dan aku dipersalahkan atas perbuatan aku. Kau kena faham, tak ada sesiapapun yang menyokong aku, bagaimana aku mahu bangkit kalau kau juga sama meraguiku.

Sedih.

Apa gunanya sebuah hubungan jika tiada dasar kepercayaan dan tiada siapa yg diharapkan sebuah sokongan moral?

20.9.14

Masih mencari sebuah kasih abadi

Belum ketemu kasih, yang teguhnya seperti ikatan kekeluargaan. Pandang kiri, pandang kanan. Tiada seorang kawan pun yang boleh dikatakan jiwa. "Jiwa", bermakna yang sehati, yang betul-betul memahami, yang tidak akan mengecewakan. Sesungguhnya, walau dekat di hati, hakikatnya, kawan yang dah kenal bertahun pun tak dapat memahami hati ini sepenuhnya lagi. Tak payah kata kawan, keluarga sendiri pun tidak memahami jiwa ini. Hanya Tuhan sahaja yang bisa. 

Mengharungi hidup ini, meskipun dikelilingi selautan manusia, masih tidak dapat menghilangkan rasa kesunyian, rasa keseorangan. Setiap hari, bangun pagi. Rasa tiada perasaan. Rasa macam tak nak bangun kadang-kadang. Seolah tiada apa yang perlu diperjuangkan, Tiada yang mahu selami hati ini. Masing-masing menuduh ini itu, bersangka-sangka, menafikan kewujudan aku.

Yang paling menyedihkan, orang yang paling kita percaya, yang paling kita sayang, menidakkan tindak tanduk kita, tidak mempercayai kata-kata kita. Malah menyokong orang luar lebih daripada aku, orang yang paling terdekat dengannya. Rasa diri terhina, tidak berguna. Sekali lagi, rasa kewujudan diri tidak dihargai. Sedikit demi sedikit bayangku hilang dari pandangan orang ramai. Aku menjadi halimunan. Terlalu kerdil dan tidak bermaya. Tiada lagi yang tahu aku di situ. Tidak dipedulikan, tidak dihiraukan. Pergi ke mana, buat apa...tidak diajak. Diri, bersemadi dengan persekitaran. Halimunan.


Hakikatnya, tiada seorang manusia pun yang akan faham. Kerana mereka bukan kita.
Jika adapun yang memahami sebahagian diri kita, akhirnya akan tetap menyakitkan hati kita.

Dan tangisan dari mata ini pasti akan gugur jua.
Hati, hancur...

Hanya Tuhan sahaja yang memahami, hanya Dia sahaja yang tahu isi hati kita.
Tapi tika kita perlukanNya...kita teraba dalam kegelapan. Menunggu sesuatu..untuk membantu kita untuk bangun kembali.

Hikmahnya datang tidak disangka-sangka. Yang gelap akan menjadi cerah. Yang gerimis akan menjadi hangat. Yang dua akan menjadi satu. Di mana kau "jiwa"? Aku rindukan kau.


14.9.14

Kemurungan

Walaupun sukar untuk dipercayai, ye...aku ada penyakit kemurungan. Hmm.. :( Pantang sunyi sikit, dah membuka pintu seluas-luasnya untuk bermurung. Yang peliknya, aku seorang yang pasif. Tak suka berinteraksi dengan ramai orang. Suka bersendiri. Tapi kalau orang yang terdekat aku pun buat endah aku, aku jadi murung. Aku tau susah nak bendung perkara ini, jika aku amik hati sangat, tapi nak buat macam mana, hati aku halus. Kalau buat tak tau pun tetap akan terkesan dalam hati ini.

Sejak form 3 aku kena penyakit kemurungan ni, sampai ada dua personaliti. Bila murung, personaliti aku berpecah. Seolah ada dua jiwa yang berbeza dalam diri ini. Seorang yang kuat memberontak, dan seorang lagi kuat menangis. Dulu aku rajin sangat menangis, sehingga, personaliti aku yang kuat memberontak itu mengambil alih jasad aku. Lama juga la dia bertahan. Sampai aku dah kolej. Lepas kolej, aku bertemu dengan cinta pertama aku. Masa tu personaliti aku yang lembut muncul balik. Bukan senang nak lawan dengan dua personaliti. Nak timbang baik buruk semua. Aku masih ada iman! Semua ini sukar untuk aku :( Terasa macam orang gila pula. Tapi orang gila nampak bahagia je. Orang gila pun tak murung macam aku.

Selalu je ada benda hasut aku bagi aku sedih.

Terutama perkara yang berkaitan dengan love life aku.

Aku tau aku bukan yang terbaik. Tapi aku berhak mendapat yang baik.
I only want someone to appreciate my existence. If no one does, then whats the use of staying alive if no one sees me. if no one notices i'm there.

Please jangan biarkan ruang itu terbuka luas untuk aku bermurung. If you want me to be happy.
I know I'm asking for too much. Kita hanya layan orang yang kita sayang, cintakan saje. I get that. I just... arh.. :'( maybe all this is just a stupid phase. It's ok. I'll be fine.

13.9.14

Mr mechanic

Hari ni bawa kreta gi baiki dgn encik tunang. :) bestnye ada bakal suami mekanik.. Hihi... Klau nk hrpkn aku mmg mampus la kreta tu. Jahanam. Bljr banyak kali pun leh lupa. Byk bnde lupa. Haha. Bila si dia tanya, bila last tukar itu ini... Mmg blur la. Bukan xnk amek tau, tp pkara cm tu xleh nk save dlm memori... Cian haikal... Bukan x syg dia, tapi ntahla... Kalau ada duit, tiap bulan gi hntr haikal gi dokter tau. (Haikal nama kereta aku).

Balik dari bengkel singgah masjid sunway. Solat asar ngan mghrib. Lps maghrib leh jem plak kt sunway tu. Hmm.. Ntahla.. Mcm mana la org yg tinggal kt sana kn. Tiap hari jem. Dlu encik tunang awal2 msuk bandar asek nak marah2 je bile jem. Tapi skrg ... Setelah hampir 2-3 tahun, tengok dia releks je, senyum je. Sungguh, duduk kt bandor ni mngajar seseorang bsifat sabar. Bukan mudah. Huhu... Suka tgk dia senyum tadi. Cantik..

Masa sampai bengkel tadi pun nampak dia... Perh.. Kacaknya dia pakai uniform. Walaupun sekadar t-shirt keje biasa dan sluar cargo... Nmpk kacak gile. Aisehh... Mcm mana la peminat x kliling pinggang. Hmm... Nak buat mcm mana. Encik tunang ni pakai simple pun nmpk ensem. Pkai semart, lagi la btmbh hensem dia. Mcm mana org x cair tgk dia. Serius x ske berebut dgn org =.= tp iri hati tu tetap ada bila org len minat kt dia ni.

Naseb kaula... Dpt tunang yg ensem. Yg aku ni, org nmpk trus lari. Tak jadi nk knal... Muka cm tongkang pecah. Cmne la en tunang leh ada hati ngan kite...

Ye ke dia ada hati?
Rasa mcm tak je.
Org cm kite ni siapa nk...
Yg nk pun, kite xnk kt dia. Haha

Hmm... Kdg2 tgk cara org tgk kite ngan en tunang mcm x caye je kami terikat. Jauh mcm langit dgn bumi. Dia tinggi, kite renek je.

Tapi kan... Ntah kenapa, hati ni tetap damai bile teringat kat dia. Mmg btul. Kuatnya jodoh kita bila kita rasa tenang je bila tringat kt dia.. Walau mcm2 dia dh buat utk sakitkn hati ini, tapi hati ni tetap trima dia, trima baik buruk dia... Dia memenuhi sparuh jiwa ini... Bila dia ada, terasa sperti hidup semula.

Lps maghrib, trus gerak balik kuar dari sunway yg jem tu. Singgah jejantas sg buloh utk mkn jap. Lepastu gerak balik. Smpai umh dia msj kjap je. Lepas tu dia diam... Sama ada tertidur, main game, atau layan awek lain..

wa malas dh nk fikir berat2... Buat sakit hati je pikir bukan2. Kalau btul pun, biarla kt dia. Hmm.. Itu hak dia nk kwn ng siapa2 pun.. Hati org kite xleh paksa. Klu hti dia milik kita, dia tetap akn pulang kepada kita.

**awak... Meskipun  awk x pnh ada hati kat sy, tapi sy tetap akn tunggu masa tu utk tiba, waktu hati awk dh trbuka utk sy spenuhnya. Klau jodoh, umur kita panjng, sy nk cuba utk bahagiakan awk sbg istri awk yg sah..  Walau sy xde apa2 yg istimewa, tapi sy ada cinta tulus setia. Kalau awk x suka sy pnggil awk syg, xpela... Lpsni sy x pnggil dh... Bile tibe masanya nti sy pnggil k.

10.9.14

Minah Keyell

Sekarang dah semester baru. I have so much to cover up. =.=" Sorry korang. Cerita Restoran Bahagia terpaksa diberhentikan. Haha. Alaa.. korang bukan baca pun kan. Ia cumalah suatu cara aku nak release tension daripada kerja partime aku sebelum ni di restoran. Ya Allah... macam-macam orang aku jumpa. (juga satu cara aku nak kutuk diorang yang sakitkan hati aku.). haha.

Well, adik yang datang minta kerja ngan suami dia tu, dah berhenti kerja. Lepas aku berhenti, dia pun sibuk nak berhenti jugak. Katanya tak larat, pregnant. haha. Baru sebulan lebih dah tak larat ek? Baru aku tahu susahnya mengandung ni. Oh mann.. camne la aku nanti? =.="

Anyway, ada satu cerita ni, aku nak kutuk sorang minah high class ni. Ceritanya begini. Pada suatu malam yang biasa, di mana customer ramai la jugak datang, memenuhi setiap meja, ada satu geng customer ni datang. Dua orang minah 'keyell' ngan sorang mamat, gaya macam kontraktor je cara dia pakai yang agak selekeh, tapi cara bercakap penuh gaya. Lelaki tu masuk lambat sikit. Di duduk depan dua orang minah keyell tu. Pastu aku macam biasa amik la order diorang. Kenapa aku panggil minah keyell? Sebab gaya diorang tak macam orang sini yang rendah diri dan open minded, diorang ni macam bajet bagus.

Masa aku amik order tu, yang sorang minah tu yang banyak buat hal ngan aku. Dia tanya macam-macam benda yang "memperlekehkan" restoran tu.

"Hmm... asal laksa dia mahal sangat? Banyak ke laksa dia?"
"Standard laksa RM4 je..."
"laa...banyak ni je ke laksa dia? ingatkan besar ni....." (dengan mendepa tangan dia, sambil mata ke atas)

Masa tu Tuhan je tau, betapa sabarnya aku tak meletup depan minah ni.

Aku amik order macam biasa, lepas tu pass kat dapur.

Time bagi tu tu boleh plak minah ni complain pasal order kawan dia. Kawan dia diam je kot.

"Eh... ni apa? Mana meatball nyee??" (sebab dia ada order pasta meatball. kawan dia order pasta bolognese)

Aku cakap la. "akak nye tak sampai lagi la. ni pasta bolognese"

Pastu dengan mata bulat dia tanya...

"Mana ayamnye?? tak nampak ayam pun?"

Hahaha... siot tul minah ni.

Aku nak cakap, "ayam dah dihancurkan" tapi tak terlepas pula. Sebab dah dia cakap dia tak nampak...

Dalam hati aku..."dah tak nampak tu pergi la buat spek, tak lama lagi la tuuu.."

Boleh plak dia nak cansel pasta meatball dia. Minah ni memang buat hal.

Saje je nak buat porak peranda. Rupa-rupanya, boss aku cakap, kakak minah tu orang femes jugak kat kampung aku ni. Diorang banyak kondem restoran ni kat fesbuk... haha Padan la perangai dia macam tu. Berlagak keyell, padahal orang sini je. adoi, petak pale.

itu baru satu cerita. Macam-macam lagi. Nanti kalau aku rajin, aku ceritakan kat korang. Kla... aku nk chiow. Minggu first ni tak bz sgt. tapi lepas ni tak taula kan macam mana. huhu..